PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Friday, July 23, 2010

WANITA YANG DILAKNATI ALLAH

| Post views: counter
cash
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t..

PERKONGSIAN DI HARI JUMAAT...



...Ketika saya asyik melayari facebook, terdengar kuliah jumaat di TV mengenai kemurkaan Allah terhadap wanita dan dimasukkan ke dalam neraka kerana perbuatan tersebut... Diantara perbuatan tersebut ialah melukis atau mencacah tatu pada badan... Mungkin ramai yang tidak menyedari telah ramai anak-anak gadis muslim yang melakukan perkara ini tanpa menyedari yang hukumnya HARAM.

Budaya di dalam perkahwinan sekarang bukan lagi mengikut Syarak sepenuhnya. Ramai yang terikut-ikut dengan persandingan dan berinai sehingga habis duit beribu-ribu menempah pelamin sedangkan dosa yang diperolehi lebih dari berjuta... Kasihan si suami baru sehari menjadi suami telah menanggung berjuta dosa akibat si isteri.

Berhias diri, berdandan, bersolek, memakai pakaian yang cantik hanya tatapan si suami sahaja.. tetapi bila bersanding berapa banyak mata yang bukan muhrim yang memandang... walaupun bertudung litup... apalagi yang mendedahkan aurat...

Begitu juga dengan berinai... Sekadar memakainya pada jari kuku adalah harus dan boleh jatuh makruh kalau niat untuk menunjuk-nunjuk... dan HARAM bila melukisnya di tapak tangan, di kaki... Itu sudah diibaratkan tatu... Ramai yang beranggapan tatu adalah apa yang dilukis yang berbentuk kekal... awasilah juga anak-anak kecil yang menampal tatu tiruan pada badan kerana perbuatan itu adalah HARAM...

Selain itu perbuatan mengasah gigi juga turut dilaknati oleh Allah kerana mengubah ciptaanNYA... melainkan perkara itu memudaratkan seperti membetulkan mulut yang sumbing...

Perbuatan mencabut bulu kening adalah perbuatan yang HARAM walaupun diniatkan untuk berhias atau mencantikkan diri kerana suami. Isteri boleh melanggar perintah suami sekiranya suami yang menyuruh melakukan kerana ingin dilihat cantik... kerana perbuatan itu adalah HARAM...

Wanita yang memakai rambut palsu juga adalah yang dimurkai ALLAH... Walaupun kepala botak mungkin disebabkan penyakit seperti akibat rawatan kimoterapi tidak boleh memakai rambut palsu... Pakailah jilbab..

Wanita yang keluar dari rumah dengan memakai bau-bauan yang wangi,berhias, bersolek, memakai baju yang berenda, bermanik, tidak menutup aurat dengan sempurna seperti tidak berstokin akan dilaknati dan dimurkai oleh Allah dan semua makhluk Allah di langit dan di bumi termasuk di lautan akan melaknatinya sehingga dia pulang semula ke rumah.

 Begitu juga wanita yang keluar rumah tanpa izin suaminya setiap langkahnya dilaknati semua makhluk ciptaan Allah di langit, di bumi dan di lautan. Segala amalannya walaupun sembahyang kepada Allah tidak akan diterima... tetapi sembahyang itu wajib juga dilakukan kerana itu adalah KEWAJIPAN utama sebagai HAMBA ALLAH S.W.T...

Oleh itu sebagai isteri hendaklah menunaikan HAK suami, menjaga hartanya dan anak-anaknya serta maruahnya...

Tanggungjawab menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak terletak di bahu ibu kerana Allah menganugerahkan sifat kasih sayang dan perasaan keibuan kepada wanita. Oleh itu HAK PENJAGAAN anak-anak diberi keutamaan kepada isteri bukannya suami jika berlaku perceraian atau kematian. Si isteri dan keluarga perempuan sebelah isteri lebih berhak kerana bentuk pendidikan dan pemberian kasih sayang daripada acuan yang sama daripada sebelah isteri. Keutamaan dalam turutan ialah :
  • Isteri @ ibu kepada anak-anak
  • Ibu kepada isteri @ nenek sebelah ibu kepada anak-anak
  • Adik-beradik perempuan isteri @ ibu saudara sebelah ibu kepada anak-anak
  • Suami @ ayah kepada anak-anak
Sekiranya kita kaji balik Islam Itu Indah... Ada sebab musabab diperintahkan begitu... Si isteri menerima didikan, asuhan dan kasih sayang seorang ibu dari ibunya sendiri... Jadi sedikit sebanyak bentuk didikan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anak dicontohi daripada ibunya...

Sekiranya si isteri tiada atau hilang hak maka hak berpindah kepada ibu kepada isteri... supaya anak-anak tidak merasa jauh cara asuhan yang diterima dengan ibunya sendiri... Sekiranya ibu kepada isteri telah tiada atau hilang haknya... seterusnya hak penjagaan jatuh kepada adik-beradik perempuan isteri... Ini kerana adik-beradik perempuan juga menerima asuhan, didikan dan kasih sayang daripada ibu yang sama dengan isteri... Yang keempat barulah jatuh ke atas suami atau ayah kepada anak-anak...

Janganlah dipertikaikan hak yang telah ditentukan Allah ke atas HAMBANYA... DIA yang menciptakan hambanya dan MAHA MENGETAHUI terhadap sesuatu yang diciptaNYA...

Walaupun HAK PENJAGAAN SUAMI jatuh ke tangga yang keempat tetapi HAK MEMBERI NAFKAH kepada anak-anak walaupun di bawah penjagaan isteri/ibu isteri atau adik-beradik perempuan isteri adalah yang PERTAMA... JANGAN DIABAIKAN...

Terimalah perkongsian ku hari ini... Semoga bermanfaat untuk kita semua... Mohon maaf atas segala kesalahan...


Wassalam


rosniza jusoh

No comments: