PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

MEMAHAMI PESANAN ALLAH

dejting guiden
amal jariah ku
(since 29/12/2010)


AL-QURAn adalah MUKJIZAT yang paling AGUNG... yang akan dipelihara ALLAH hingga ke HARI AKHIRAT... Ia bukan sekadar untuk dibaca dan di hafaz di bibir... tetapi yang PALING PENTING ialah 
" MEMAHAMI PESANAN ALLAH " itu..


1) SUNDAY, 08.08.2010  (4:13 am)



سُوۡرَةُ الفَاتِحَة   SURAH AL- FATIHAH ( SURAH PEMBUKAAN )

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١
Dengan nama Allah yang MAHA PEMURAH dan MAHA PENYAYANG.

# Hambanya disuruh menyebut nama Allah. Pertama-tamanya telah diajar RUKUN IMAN yang pertama iaitu PERCAYA( BERIMAN ) kepada Allah S.W.T. Awal-awal dalam Agama Islam ialah MENGENAL ALLAH.  Mulakan setiap perbuatan itu dengan nama Allah.

# Menunjukkan sifat Allah iaitu yang MAHA PEMURAH iaitu menganugerahkan berbagai Rahmat, nikmat dan rezeki kepada makhluknya seperti nyawa, jasad yang sempurna, segala kejadian di bumi, di langit, di lautan, di angkasaraya dan seluruh kejadian CIPTAANNYA... Sifat Allah jua MAHA PENYAYANG... menyayangi semua CIPTAANNYA... Walaupun ada hambanya yang berbuat maksiat dan dosa kepadanya... Allah tetap jua memanjangkan umurnya, memberikan nikmat kehidupan di dunia, memberi peluang untuk hambanya bertaubat, memberi pasangan dan zuriat, memberi tempat tinggal dan pekerjaan, memberi sahabat handai dan taulan... Semuanya kerana sikapNYA yang MAHA PENYAYANG... MAHA PENYAYANG ALLAH lebih daripada sayang seorang ibu terhadap anaknya...

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢ = Puji-pujian bagi Allah, Tuhan seluruh alam.

# Puji-pujian itu HANYA kepada Allah. ALLAH yang BERHAK dipuji kerana DIALAH TUHAN kepada seluruh ALAM. Seluruh kejadian adalah CIPTAANNYA.  HANYA ALLAH TUHAN YANG ESA..

ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣ 
 Yang MAHA PEMURAH ( Yang memberi RAHMAT ) lagi MAHA PENYAYANG

# Sekali lagi ditegaskan  sifat-sifat Allah itu. Ia juga merupakan nama-nama bagi Allah yang diantara 99 nama Allah. Walaupun nama-nama Allah itu banyak, namun ALLAH tetap yang ESA... Nama-nama Allah itu menunjukkan sifat-sifatNYA terhadap makhlukNYA... Sedangkan kita sendiri pun walaupun seorang mempunyai berbagai-bagai gelaran dan nama samaran.

مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤ = Raja ( Yang Menguasai ) Hari Kiamat.

# Allah mengingatkan Hari Kiamat itu BENAR akan berlaku. Hari Kiamat hari kehancuran DUNIA dan seisi alam... Bukan sahaja bumi yang hancur tetapi seluruh makhluk CIPTAANNYA... kerana ada golongan yang berfikiran Hari Kiamat hanya Bumi yang binasa dan mereka bersiap sedia untuk lari dan tinggal di bulan... sedangkan bila berlaku Kiamat bulan juga akan hancur... Matahari dan seluruh angkasaraya juga akan hancur binasa... Bilakah berlaku Kiamat? Hanya Allah sahaja yang MAHA MENGETAHUI... kerana DIALAH yang MENGUASAI Hari Kiamat..

# Mempercayai Hari Kiamat juga merupakan salah satu Rukun Iman yang ke 5. Allah berpesan supaya kita sebagai hambanya WAJIB mengimani bahawa HARI KIAMAT itu BENAR dan PASTI berlaku...



إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥ 
 Kepada Engkau, kami sembah (menghambakan diri) dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

# Sebagai hamba Allah. HANYA ALLAH yang SATU-SATUNYA berhak disembah, hanya ALLAH yang WAJIB disujud... Sekiranya ada yang berbuat demikian selain terhadap ALLAH maka dia telah SYIRIK dengan ALLAH. DOSA SYIRIK tidak akan diampunkan Allah walaupun dalam lakonan. Hamba Allah lazimnya sujud menyembah Allah ialah ketika Solat atau Sujud Syukur. Ayat ini juga bermaksud supaya kita hendaklah mengerjakan solat iaitu merupakan Rukun Islam yang ke 2.

# Bermakna setelah diserapkan KEIMANAN terhadap Allah, diperintahkan pula kepatuhan terhadapnya iaitu sembah sujud kepadaNYA. Dari ayat ini juga diajar kepada hambanya untuk BERDOA iaitu menaruh  harapan dan pergantungan kepada Allah.

# Tiada seorang pun yang dapat memberi pertolongan kepada sesiapa melainkan dengan pertolongan dari Allah jua. Sekiranya Allah tidak mengizinkan seseorang untuk menolong seseorang yang lain hatinya tidak terbuka untuk memberi pertolongan walaupun dipinta dan dirayu... Sebenarnya pertolongan yang diberi oleh pihak lain adalah dari pertolongan Allah yang melahirkan rasa kasihan belas, simpati, keinginan, kesediaan untuk menolong. Selalulah memohon PERTOLONGAN daripada Allah. Allah telah mengajar hambanya walau dalam keadaan apa jua HANYA ALLAH TEMPAT KITA BERDOA, MENGHARAP, BERGANTUNG DAN MEMINTA PERTOLONGAN...

# Tetapi manusia sering lupa... pergantungan harapan lebih kepada manusia... terutama yang mempunyai kuasa, yang berpangkat besar, yang berpengaruh... LUPA UNTUK BERHARAP KEPADA ALLAH YANG PALING UTAMA...

ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦ = Tunjuklah kami jalan yang lurus.

# Kita diajar supaya memohon Hidayah (Petunjuk) dari Allah ke jalan hidup yang benar, yang lurus. Hidup di dunia ini terdapat berbagai cubaan dan dugaan. Manusia tidak sempurna, serba kekurangan dan kelemahan.. Terkadang berada di persimpangan yang tidak kita ketahui apa yang ada di hadapan... Jadi HANYA KEPADA ALLAH kita memohon diberi PETUNJUK yang BENAR... Dikhuatiri akan terpilih jalan yang diberi petunjuk oleh syaitan dan konco-konconya... Na u zu billahi min zaalik..

صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat ke atas mereka.. dan bukan orang-orang yang yang Engkau murkai ke atas mereka dan bukan pula orang-orang yang sesat.

# Jalan yang lurus dan benar ialah jalan yang telah dilalui oleh orang-orang yang Allah telah beri nikmat ke atas mereka seperti Rasul-rasul Allah, nabi-nabi, para sahabat nabi, para syuhada, para solihin, para sobirin... Jadi amalan, perbuatan dan cara hidup yang  mereka telah jalani hendaklah dijadikan panduan dan diikuti... kerana telah terbukti itu adalah jalan yang benar... jalan yang diredhai Allah...

# Kita hendaklah sentiasa memohon kepada Allah supaya dijauhi daripada terpilih jalan-jalan yang telah Allah murka seperti Firaun, Qorun, dan bukan pula daripada orang-orang yang sesat seperti Yahudi dan Nasrani serta orang-orang yang kafir dengan Allah...

Jadi amalan, perbuatan, tingkah laku, percakapan, berpakaian orang-orang yang mengikut jalan Allah yang BENAR dan LURUS semestinya BERBEZA dengan orang-orang yang SESAT dan DIMURKAI Allah... Cermin-cerminkan diri kita sendiri adakah cara kita berbeza dengan orang kafir, yahudi dan Nasrani dari segi berpakaian, bertutur, bertingkah laku, amal perbuatan kita, pendidikan kita, cara asuhan anak-anak kita... atau pun nampak lebih kurang sama je... Sebenarnya jalan yang mana kita mahu... jalan yang mana pula kita pilih dan ikuti?...