بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Rasulullah berpesan “ Sampaikan dari ku walau pun satu ayat..”
Sambungan daripada ceramah “BEKAL MATI”….
1) Terdapat khilaf diantara ulamak mengenai menghadiahkan sedekah,doa, bacaan Al-Quran atau apa sahaja amalan yang baik di mana pahalanya diniatkan kepada si mati. Apapun niat mestilah IKHLAS bukan kerana upah atau pun mengharap ganjaran seperti ada sesetengah keluarga si mati mengupah orang untuk membaca Al-Quran dan diniatkan untuk si mati sehingga khatam dan seumpamanya seperti mengadakan doa tahlil.
2) Memberi pahala adalah HAK Allah s.w.t… Bukannya satu KEWAJIPAN Allah mesti memberi pahala… Dengan izin Allah… Insyallah setiap amalan baik yang ikhlas niatnya akan diberi pahala oleh Allah… Begitulah pengharapan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa berdosa.. Mudah-mudahan diberi pahala dengan izin Allah... dan dengan sifat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
3) Oleh itu INGATLAH!!! Jangan diingat biarlah hidup sekarang penuh dosa…