PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Friday, September 3, 2010

PERSEPSI KITA BERBEZA

| Post views: counter
cash
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


السلام عليكم






PERSEPSI seseorang berbeza...
Berbeza mengikut Fikiran...
Fikiran seseorang berbeza...
Berbeza berdasarkan ILMU dan PENGALAMAN...
Ilmu dan Pengalaman seseorang berbeza...
Berbeza berdasarkan SUMBER ILMU dan GURU...
Sumber ILMU dan GURU berbeza...
Berbeza samada ianya berbentuk kepentingan Akhirat atau Dunia...

Dari ILMU datangnya IMAN...
Dari KEIMANAN lahirnya KEYAKINAN...
KEIMANAN dan KEYAKINAN membuahkan AMALAN...
Amalan perlu berterusan...
Walaupun sedikit yang penting ISTIQOMAH...
Itu yang lebih disukai ALLAH...

Kadang-kadang setiap orang melewati...
Masa yang sama...
Keadaan yang sama...
Tempat yang sama...
Tetapi apa yang diperolehi oleh setiap orang tetap berbeza...

Andaikan kita ke tepian pantai...



Seorang PELUKIS yang begitu merasakan suasana pantai itu begitu indah dan menarik...
Itulah PERSEPSInya...
Lalu... diambil kanvas dan keperluan untuk melukis...
Dengan segala ILMU dan KEMAHIRAN yang dia ada...
Dia melakarkan segala KEINDAHAN pantai...
Terhasillah satu LUKISAN yang menarik...
Si PELUKIS tersenyum PUAS dan BANGGA...
Dia lihat... dia buat.. dia dapat...



Seorang JURUGAMBAR juga ke pantai yang sama...
Melihat suasana yang sama...
Ingin merakamkan segala KEINDAHAN yang terlihat...
Lalu... diambil kameranya yang canggih dan moden...
Dengan semua ILMU dan KEMAHIRAN yang dia ada...
Dia merakamkan setiap sudut dan pandangan...
Yang dirasakan CANTIK dan MENARIK...
Terhasillah GAMBAR-GAMBAR yang cantik dan menarik...
Si JURUGAMBAR rasa GEMBIRA dan TERUJA...
Dia lihat... dia buat... dia dapat...



Seorang KAKI PANCING juga ke pantai yang sama...
Melihat suasana yang sama...
Melihat keadaan laut dan airnya...
Sekilas buih-buih di air... Dengan ILMU yang ada...
Dia dapat merasakan... di situ pasti ada REZEKINYA...
Lalu... dia mengambil peralatan memancingnya...
Dengan KEMAHIRAN yang dia ada...
Alhamdulillah... rezekinya lumayan juga...
Si KAKI PANCING rasa GEMBIRA dan terasa PUAS...
Dia lihat... dia buat... dia dapat...



Seorang JURUTERA CARIGALI minyak...
Ke pantai yang sama...
Persepsinya berbeza.. Mencari sesuatu yang berbeza...
Tersenyum penuh harapan...
Dengan ILMU dan KEMAHIRAN yang dia ada...
Dia tahu di pantai itu tersimpan KHAZANAHNYA...
Lalu dia mendapatkan segala keperluannya...
Tahulah dia... di situ memang benar tersimpan...
KHAZANAH BERHARGA...
Si JURUTERA rasa teramat GEMBIRA...
Dan... berangan menjadi BERTAMBAH KAYA...
Dia lihat... dia buat... dia dapat...



Seorang yang baru PUTUS CINTA...
Pergi ke pantai yang sama...
Segala KEINDAHAN tidak terasa...
Hatinya penuh rasa duka dan putus asa...
Melihat... sekadar melihat...
Duduk termenung di tepian pantai...
Masa terus berlalu senja...
Dia pulang dengan rasa hampa dan kecewa...
Dia hanya melihat... sekadar duduk sahaja..
Dia tidak mendapat apa-apa...

Bagaimana pula dengan kita?
Hidup ini bagaimana?
Apa yang kita lihat dan rasa?
Apa ILMU dan KEMAHIRAN yang kita ada?
ILMU Akhirat atau Dunia semata-mata?


Apa yang telah kita buat?
Apa yang telah kita dapat?
Adakah kita dilahirkan tiada bermatlamat?
Matlamat hanya Dunia... tanpa AKHIRAT?

Apakah kita merasa BAHAGIA?
Dengan kehidupan yang PURA-PURA?
Dengan kenikmatan SEMENTARA?
Tanpa dihirau DOSA... PAHALA?
Sedangkan HATI MENDERITA?

Kerana PERSEPSI kita memang BERBEZA...




Wassalam...
rosniza jusoh

No comments: