PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Sunday, September 26, 2010

40 PRINSIP AGAMA

| Post views: counter
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


‫السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله


الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

 







40 prinsip ini ada dinyatakan dalam buku
" JALAN PINTAS MERAIH HIDAYAH " 
yang merupakan intisari daripada
KITAB AL-ARBA"IN FI USHUL AD-DIN,
karya Agung Imam Al-Ghazali...

Buku ini juga diterjemahkan dari buku berbahasa Indonesia yang berjudul...
" JALAN MUDAH MENGGAPAI HIDAYAH - 40 Prinsip Agama " 

Di dalam buku ini digarap inti maksud kandungannya dan dihurai secara terperinci... satu persatu...
agar masyarakat dapat memahami KUNCI-KUNCI BAHAGIA...
melalui KETEKUNAN dan TAFAKUR...

40 Prinsip Agama itu meliputi ILMU dan AMAL...
Amal pula terdiri daripada Amal Lahiriah dan Amal Batiniah...
Amal Batiniah pula terdiri daripada Penyucian dan Penghiasan...


Setiapnya terdiri 10 Prinsip Agama iaitu:
  • 10 Prinsip ILMU...
  • 10 Prinsip AMAL LAHIRIAH...
  • 10 Prinsip PENYUCIAN  (AMAL BATINIAH)...
  • 10 Prinsip PENGHIASAN (AMAL BATINIAH)...

10 Prinsip ILMU meliputi:
  • Zat Allah
  • Penyucian ( Sifat MAHA SUCI ALLAH S.W.T )
  • Kuasa
  • Ilmu
  • Kehendak
  • Maha Mendengar dan Maha Melihat
  • Maha Berfirman
  • Tentang Perbuatan-perbuatan
  • Hari Akhirat
  • Kenabian

10 Prinsip Amal Lahiriah meliputi:
  • Solat
  • Sedekah dan Zakat
  • Puasa
  • Haji
  • Membaca Al-Quran
  • Berzikir Setiap Masa
  • Mencari Rezeki Yang Halal
  • Menegakkan Hak-hak Kaum Muslimin... dan Berhubung Baik Dengan Mereka
  • Amr Bil-Makruf dan Nahy 'Anil-Mungkar
  • Mengikut Sunnah

10 Prinsip Penyucian (Amal Batiniah)
  • Banyak Makan
  • Tidak Menjaga Lidah (Berbohong,Mengumpat,Perbalahan & Perdebatan, Gurau Senda, Pujian)
  • Marah
  • Dengki
  • Kedekut dan Mencintai Harta
  • Gila pangkat
  • Cinta Dunia
  • Sombong
  • Membangga Diri
  • Riak

10 Prinsip Penghiasan ( Amal Batiniah )
  • Taubat
  • Takut
  • Zuhud
  • Sabar
  • Syukur
  • Ikhlas dan Benar
  • Tawakal
  • Cinta
  • Reda dengan Ketetapan Allah
  • Mengingat Kematian dan Hakikat serta Bahagian-bahagian Seksaan yang Bersifat Rohaniah

Ini adalah intipati yang dibicarakan dalam buku ini.... Insyallah saya akan cuba kongsi apa yang saya perolehi melalui pembacaan saya dan juga Insyallah dapat kita sama-sama amalkan...



Wassalam
rosniza jusoh







.

No comments: