PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Friday, July 30, 2010

MY ADVENTURE BOOK

| Post views: counter

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.






Salam di Hari Jumaat yang mulia ini... Semoga mendapat Rahmat dan Keberkatan dari Allah S.W.T...
Hari Jumaat hari yang ditunggu-tunggu... Beruntungnya kaum lelaki Muslimin kerana mendapat fadhilat dan pahala yang banyak pada Hari Jumaat... tetapi ramai yang melepaskannya...Selain daripada itu, Hari Jumaat pada ku.. hari melepaskan kerinduan... kerinduan kepada anak sulong ku yang sedang belajar di Kedah... Cuma Hari Jumaat sahaja aku dibenarkan menelefon dirinya untuk bertanya khabar...

Tetapi hari ini ku pendamkan sahaja kerinduan ini... Sengaja ku biarkan rindu ini bersarang... Biarlah anak ku menjadi orang yang lebih TABAH dan hatinya lebih CEKAL... Doa ibu Along menjadi HAMBA ALLAH yang SOLEH dan cita-cita mu untuk menjadi AHLI SYURGA akan dimakbulkan ALLAH S.W.T...

Perkongsian hari ini lebih berbentuk santai... Perjalanan sebuah kehidupan... Bila menonton animasi ini ... hati ku terdetik... Dahulu... aku selalu menulis di dalam diari tentang kisah kehidupan ku... kisah suka duka... pahit manis... rindu dendam... kasih sayang dan pengharapan...

Bila aku sudah berumahtangga... tiada lagi coretan... tiada lagi catatan... segala-galanya tertulis di hati...
Namun... masih ada yang terus mencatat segala apa yang ku lakukan... Tidak akan tertinggal satu pun... Dialah Malaikat Allah yang sentiasa ada di sisi ku... Segalanya akan terlihat di Akhirat nanti... Tidak pernah tidur walaupun aku sedang tidur... tidak pernah tersalah catat walaupun aku sering membuat kesalahan... Tidak pernah lupa walaupun aku sering terlupa...

Hari ini aku mencatat lagi... bukan dalam "Dear Diary" seperti dulu yang cuma aku menatapnya... tetapi untuk tatapan semua... Biar berjuta yang membacanya... kerana ianya bukan  lagi RAHSIA... Aku mahu catatan ini menjadi berguna untuk Hari Akhirat mahupun kehidupan di Dunia...

Walaupun apa yang ku kongsikan di sini hanyalah sebuah animasi... tetapi hayatilah apa yang tersirat di sebaliknya di kehidupan  realiti...

Alam perkahwinan itu... terikat dengan tanggungjawab, perkongsian kisah suka dan duka, tawa dan tangis, impian dan pengharapan...

Yang muda akan tua... yang kuat akan lemah... yang hidup akan mati... Bila tiada dirindui... Yang tinggal hanya "Memori"... Tetapi kehidupan harus diteruskan selagi hayat dikandung badan... Inilah sebahagian daripada catatan sebuah kehidupan...


Part 1




Part 2




Part 3







Wassalam
 rosniza jusoh









No comments: