PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Sunday, February 27, 2011

BERMULA CERITA KEBUN KECIL KU

| Post views: counter
låna
amal jariah ku
(since 27/02/2011)







Tercetusnya idea untuk saya berkebun di halaman belakang rumah bila arnab-arnab peliharaan anak-anak tiada tempat untuk bermain-main dan berlari bebas.... Asyik terkurung di dalam sangkar... Perancangan awal nak jadikan kebun untuk menanam kangkung bagi dijadikan makanan sampingan arnab-arnab tersebut... Alih-alih jadi kebun menanam sayur pulak...


Arnab yang diberi nama "Browniey"

"Jimmy" arnab kesayangan My Hubby...
Yang ni dua-dua ekor dah arwah...

Lama-lama dah jadi terbeli banyak ekor...

"Jimboy" juga sudah menjadi arwah gak... Arnab kesayangan baby....


Kawasan kat belakang rumah saya dikenali sebagai "ladang gandum" oleh keluarga mertua Ku... maklumlah kami ni terlampau rajin... faham-faham ler yea... Beginilah rupa kat laman belakang rumah kami sebelum dijadikan kebun sayur-sayuran....







Sudah duduk hampir 12 tahun baru ler datang rajin nak bercucuk tanam... Dulu ada ler jugak tanam serai... Lama-lama tak tahu dah yang mana satu serai dan yang mana satu gandum ( lalang lah tu..)

Seingat saya dalam 25hb.Jan.2011 hari tu baru ler bermula operasi untuk membersihkan laman kat belakang rumah tu... Ambil berkat sempena ulangtahun kelahiran anak ku yang paling last... Berusia genap 4 tahun....


Hari pertama Arif bersekolah di PASTI NUR INSANIAH

Maka bermulalah operasi bersama suami ku.... Sebenarnya bukan tidak pernah ditebas lalang kat belakang tu... Diracun pun dah... Bila hujan... panas... hujan... panas... kejap jer dia tumbuh balik....


Keadaan sebelum dibersihkan...

Keadaan selepas dibersihkan "pokok gandum"...

Untuk berkebun ni... Saya bukan ada pengalaman sangat... Arwah ibu Ku sememangnya orang yang amat rajin berkebun... Cuma anaknya ini pulak yang terlebih rajin sampai tidak terbuat... Bermulalah operasi saya mencari maklumat mengenai cara-cara menanam pokok sayur-sayuran di internet....

Antara pokok yang ingin ditanam ialah sawi pak choy, timun jepun, kangkung, pandan, ulam raja, kesum, serai, cili merah, betik,pegaga, kacang botol@ kacang kelisa, bendir dan terung....

Inilah tempat-tempat yang tidak seberapa luas mana pun tapi saya cuba nak tanam bermacam-macam pula...


 Keadaan tempat sebelum di tanam pokok sawi pak choy


Keadaan laluan masuk


Keadaan tempat selepas ditanam pokok sawi pak choy


Pokok-pokok sawi yang dah mula membesar....
Hepi giler tengok hasil tanaman sendiri

Keadaan laluan masuk setelah diberi sedikit sentuhan kreatif
(alahai perasanlah tu)


Pokok pandan

 Pokok betik dan kangkung

 Anak pokok kacang kelisa/ kacang kelisa

Pokok kangkung

 Pokok pegaga

 Pokok-pokok ulam raja

 Pokok ulam raja yang berbunga

 Pokok ulam raja kegemaran suami Ku...

 Pokok serai

 Pokok kangkung

 Anak pokok cili merah

 Pokok kesum

 Anak pokok timun jepun

 Batas timun jepun

Keadaan laman secara keseluruhannya...

Sekarang boleh dikatakan hari-hari saya akan memperuntukkan sebahagain besar masa terluang kat kebun kecil Ku ini.... Hati seronok sangat.... Tidak terasa penatnya... Tengok kehijauan pokok-pokok yang sedang membesar hilang rasa tension.... Rupanya berkebun ni satu terapi jugakkan....

Dalam pada itu... ada juga cubaannya bila pokok timun jepun yang saya tanam sama hari dengan sawi pak choy semuanya tumbang mati satu persatu akibat diserang penyakit "batang lembik"... Bab penyakit sayur-sayuran ni belum mahir lagi.... Sekarang cuba tanam pula untuk cubaan kedua... Harap-harap dapatlah merasa hasilnya nanti.... Biji benih terung baru disemai dan dalam proses menyediakan tempat untuk menanamnya nanti...

Kesimpulannya sekiranya kita berusaha... Insyallah akan mendapat rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.... Rezeki Allah ada di mana-mana... DIAlah yang menumbuhkan biji benih... DIAlah jua yang memberi rezeki kepada sesiapa yang DIKEHENDAKINYA....

Doa yang boleh dibaca ketika menanam.... Dari Surah Al-An'am ayat 95:

إِنَّ ٱللَّهَ فَالِقُ ٱلۡحَبِّ وَٱلنَّوَىٰ‌ۖ يُخۡرِجُ ٱلۡحَىَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَمُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتِ مِنَ ٱلۡحَىِّ‌ۚ ذَٲلِكُمُ ٱللَّهُ‌ۖ فَأَنَّىٰ تُؤۡفَكُونَ (٩٥
Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutuNya)? 



Wassalam
rosniza jusoh 

No comments: