PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Saturday, October 23, 2010

PRINSIP ILMU KESEPULUH : KENABIAN

| Post views: counter
website-hit-counters.com
Provided by amal jariah ku
(since 28.12.2010)



‫ السلام عليكم. بسم اللهالرحمن الرحيم. لا إله إلا الله. محمد رسو ل الله

الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله. اما بعد



 



Prinsip Kesepuluh: KENABIAN


Sesungguhnya ALLAH S.W.T. ..
Telah menciptakan para Nabi dan Malaikat ...
Menguatkan Nabi dengan pelbagai mukjizat ...
Semuanya itu dapat dilihat ...

Sesungguhnya Malaikat-malaikat adalah hambaNYA ...
Tidak berpaling dari menyembahNYA ...
Tidak pernah merasakan penat atau putus asa ...
Mereka bertasbih siang malam tanpa hentinya ...

Para Nabi adalah utusanNya ...
Diutuskan kepada hamba-hambaNYA ...
Wahyu yang ingin disampaikanNYA ...
Malaikat Jibril sebagai wakilNYA ...
Para Nabi berkata-kata ...
Berdasarkan wahyu bukan nafsu semata ..

Muhammad utusan terakhir sekelian nabi ..
Muhammad Al-Mustafa ... Nabi yang ummi
Diberikan Al-Quran sebagai panduan ...
Penunjuk kebenaran di akhir zaman ...

Sempurnanya Iman dengan Syahadah ...
Tiada Tuhan selain Allah ...
Tidak sempurna jika tiada kalimah ...
Muhammad adalah utusan ALLAH ...

Semua makhluk diwajibkan untuk membenarkan ...
Segala yang diberitakan atau disampaikan ...
Oleh Muhammad Nabi pilihan ...
Segala urusan Dunia dan Hari Perhitungan ...

Perkara yang mendekatkan diri kepada Tuhan ...
Pasti baginda telah memerintahkan ...
Serta jalan-jalan yang lurus yang ditunjukkan ...
Supaya umatnya tidak ditimpa kecelakaan...

Perkara yang mendekatkan diri kepada neraka ...
Pasti ALLAH teramat murka ...
Semesti jua baginda telah bersabda ...
Mencegah umatnya dari turut serta ...

Begitulah sayang dan kasihnya Muhammad kepada umatnya ...
Di saat kematiannya ... hanya umatnya yang dirisaukannya ...
Itulah jua perkataan terakhir daripada mulut Baginda ...
Selawat dan salam semoga tercurah ke atas Rohnya ...
Begitu juga buat para sahabat dan seluruh keluarganya ...



IMAM AL-GHAZALI



Penutup: KITAB YANG DIANJURKAN UNTUK DIPELAJARI


Ketahuilah ...
Segala apa yang diutarakan ...
Berasal ilmu-ilmu dari Al-Quran ...
Berkaitan dengan Allah dan Hari Penghabisan ...

Ia merupakan penjelasan Akidah ...
Mesti difahami oleh hati setiap muslim dan muslimah ...
Meyakini dan membenarkannya setiap patah ...
Yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah ...

Beruntung kita telah diberi anugerah ...
Banyak kitab-kitab untuk ditelaah ...
Supaya tidak hidup sesal tak sudah ...
Ada dijelaskan dalam kitab "At-Taubah"

Selain itu ada kitab "Ar-Risalah Al-Qudsiyyah" ...
Begitu juga kitab "Al-Mahabbah" ...
Semoga kita mendapat HIDAYAH ...
Lain-lain kitab sila rujuk di bawah ....

  • Qawa'id Al-'Aqaid dari kitab Al-Ihya
  • Al-Iqtishad Fil-I'tiqad
  • As-Shabru Wasy-Syukur
  • At-Tawakkul
  • Al-maqshad Al-Aqsa Fi Ma'ani Asmail-Lahi Al-Husna





Kita tidak akan menerima pelajaran ...
Kecuali 3 perkara dihimpunkan ...

Pertama ...
Menguasai ilmu-ilmu lahir dan mencapai kedudukan imam ...

Kedua-dua ...
Terputusnya hati dari Dunia sepenuhnya ...
Setelah menghapuskan akhlak-akhlak tercela ...
Sehingga tidak tinggal bagi mu rasa dahaga ...
Kecuali hanya kepada ALLAH jua ...

Ketiga ...
Dianugerahi kebahagiaan dalam asas fitrah ...
Dengan tabiat yang bersih dan cerah ...
Serta kecerdasan sebagai anugerah ...
Untuk mendalami ilmu tidaklah susah ...
Memahaminya terasa mudah ...

Sesungguhnya jika orang bodoh melatih hatinya ...
Dan bersungguh-sungguh menguatkan jiwanya ...
Sebahagiannya beroleh juga kedalaman ilmunya ...
Hanya mungkin mengambil masa yang lama ...
Tetapi itu tidak mengapa ... yang penting berusaha ...
Mencari ilmu, memahami, menghayati dan mengamalkannya ...

Sesungguhnya ilmu akan diambil dari hati yang fitrah ...
Dalam keadaan bersih suci dari segala fitnah ...
Kerana tabiat diri yang menghalang hati mengenal ALLAH ...
Semoga ALLAH akan terus memberi HIDAYAH ...




Wassalam
rosniza jusoh






.

No comments: