PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

GOLDEN CHURN CREAMY BUTTER DISAHKAN HARAM

hit counter

since 16/08/2011






Hari ini kita digemparkan dengan isu mentega " Golden Churn Creamy Butter " disahkan haram. Mentega ini ramai digunakan oleh pengusaha kek lapis Sarawak... Tetapi kita juga mungkin terlepas pandang isu penggunaan telur dalam murtabak dan roti canai yang menjadi santapan setiap hari umat Islam di Malaysia... Apalagi sekarang di bulan puasa...

Kenapa kena ambil berat tentang isu ini ? Haramkah telur ayam tu?

Monday, June 20, 2011

DOA

size=25
since 20/06/2011
amal jariah ku






Janganlah kalian meninggalkan doa!

Dan jangan sampai perbuatan dosa yang kalian lakukan...
Menghalangi kalian untuk berdoa kepada Allah...
Kerana sesungguhnya Allah telah mengabulkan permohonan Iblis...
Padahal ia adalah makhluk yang paling buruk...


(Lihat surat al-Hijr ayat 36 dan 37)


قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ


Iblis berkata... " Wahai Tuhanku... Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)". (36)


قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ

Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh" (37)



(Sufyan bin 'Uyainah)

Monday, May 23, 2011

GAMBAR-GAMBAR TERKINI TRAGEDI TANAH RUNTUH DI RUMAH ANAK-ANAK YATIM AL-TAQWA HULU LANGAT

click for free hit counter
since 23/05/2011
amal jariah ku





Dalam Kenangan...
Gambar diambil sebelum kejadian berlaku...
Wajah-wajah riang terpancar dari hati mereka...
Rupa-rupanya Syurga telah memanggil mereka...
Betapa beruntungnya mereka...

Walaupun cara pemergian mereka menyayat hati...
Namun itulah JANJI ALLAH...
Setiap yang bernyawa akan merasai MATI...
Tidak akan tercepat atau pun terlambat walaupun SATU SAAT jua...

Bila melihat wajah-wajah mereka...
Membuatkan saya teringatkan anak sulong ku... Alif...
Yang jua kini sedang menuntut ilmu Allah di Ulu Yam...
Sebagai hati seorang ibu hati ku terpukul pilu...

Gambar Alif bersama-sama rakan-rakan seperjuangan semasa di PENDANG, KEDAH

Mereka yang telah pergi kembali ke RAHMATULLAH...
Disedekahkan ayat-ayat suci AL-QURAN & AL-FATIHAH...
Semoga RUH mereka semua ditempatkan di TAMAN-TAMAN SYURGA...
Kepada mereka yang terselamat...
Pasti meninggalkan TRAUMA di JIWA...
Semoga sentiasa TABAH menghadapi segala CUBAAN DAN UJIAN dari ALLAH...

Kita yang masih hidup ini belum pasti lagi saat dan waktunya bila akan dipanggil kembali...
NAMUN MATI ITU SENTIASA MENGEKORI...
SUDAH BERSEDIAKAH UNTUK MATI...

Lagi gambar-gambar kejadian tanah runtuh...



Friday, May 20, 2011

MUSLIMAH SOLEHAH: KECERDIKAN DAN KECANTIKAN


size=25
since 20/05/2011
amal jariah ku



Kecerdikan seorang wanita...
Tidak hanya dinilai pada kepintaran akal...
Tidak lantaran berpendidikan tinggi semata-mata...

Kecantikan pula...
Tidak hanya dinilai pada wajah yang jelita...
Cantik bersolek, berhias diri...

TETAPI...

ISLAM : MEMULIAKAN WANITA

since 20/05/2011
amal jariah ku



Cara Islam memuliakan dan menaikkan darjat wanita bukan seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang pembebasan wanita... iaitu dengan menuntut persamaan hak dalam jawatan, kedudukan politik, gaji, kebebasan bergerak di luar rumah dengan meninggalkan tugas asas mendidik anak-anak dan melayan suami... Dan kadangkala boleh menjatuhkan maruah wanita itu sendiri...

Namun ISLAM MEMULIAKAN WANITA dengan cara...

TAZKIRAH: 10 PENYAKIT HATI

size=25
since 20/05/2011
amal jariah ku






1. Kamu kenal akan Allah S.W.T...
    tetapi kamu TIDAK TUNAIKAN HAKNYA...

2. Kamu mendakwa bahawa kamu menyintai Rasulullah S.A.W...
    tetapi kamu TINGGALKAN SUNNAHNYA....

3. Kamu membaca AL-QURAN...
    tetapi kamu TIDAK BERAMAL DENGANNYA...

4. Kamu menggunakan NIKMAT ALLAH...
    tetapi kamu TIDAK MENSYUKURINYA...

Monday, May 16, 2011

MEMAHAMI PESANAN ALLAH

since 16/05/2011
amal jariah ku




AL-QURAn adalah MUKJIZAT yang paling AGUNG... yang akan dipelihara ALLAH hingga ke HARI AKHIRAT... Ia bukan sekadar untuk dibaca dan di hafaz di bibir... tetapi yang PALING PENTING ialah  " MEMAHAMI PESANAN ALLAH " itu..


Sunday, January 30, 2011

SAMBUTAN HARI KEKASIH SALAH DI SISI ISLAM



Free
amal jariah ku
(since 30/01/2011)






Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini.

KEPENTINGAN MENJAGA SOLAT

amal jariah ku
(since 30/01/2011)







Riwayat: Riwayat at-Tirmidzi
Kategori: Ibadah

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab
pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang,
jika sembahyangnya diterima
maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia,
dan jika sembahyangnya tidak diterima
maka kecewa dan rugilah ia.
Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu,

Allah berfirman:




Monday, December 27, 2010

25 PESANAN LUQMANUL HAKIM

bredband
amal jariah ku
(since 28.12.2010)



Sampaikanlah Pesanan Ini Untuk Permata Hati Kita... Semoga Menjadi Panduan Dalam Hidupnya...


1) Hai anakku:
"Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini...
Bagaikan lautan yang dalam...
Banyak manusia yang karam ke dalamnya...
Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam...
Layarilah lautan itu dengan...
SAMPAN yang bernama TAKWA...
ISInya ialah IMAN dan...
LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH."

Tuesday, October 26, 2010

10 AMALAN TERBALIK

 



Marilah kita menilai atau bermuhasabah...
Menghitung kembali amalan yang tidak munasabah... 
Kadang - kadang dirasakan benar walaupun salah...
Menjadi penyakit budaya di dalam ummah...

Tahukah kita apakah dia amalan terbalik....
Sekali dengar semacam pelik...
Namun marilah pakat-pakat kita tilik...
Supaya akal kita kembali celik...

Saturday, September 25, 2010

KETIKA MULUT DIKUNCI

cash
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


‫السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله

الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

 
 
 
 
 
"Pada hari ini... Kami tutup mulut mereka...
Dan berkatalah kepada Kami...
Tangan-tangan mereka...
Manakala ...
Kaki mereka pula menjadi saksi...
Tentang apa yang telah mereka usahakan dahulu..."
 
Surah Yaasin, ayat 65....

Pada dasarnya...
Segala sesuatu yang diperlukan oleh manusia di dunia ini telah dipenuhi...
Dan disempurnakan oleh Pencipta yang Maha Agung... Allah S.W.T...
Dialah yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk...
Mengurniakan Akal dan Pengetahuan yang LUAR BIASA...
Serta mengutus para Rasul untuk memberi Petunjuk...
Pelbagai Khabar Gembira dan Peringatan telah disampaikan...

Hal ini telah dihuraikan dalam Firman NYA...

أَلَمۡ تَرَوۡاْ أَنَّ ٱللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَأَسۡبَغَ عَلَيۡكُمۡ نِعَمَهُ ۥ ظَـٰهِرَةً۬ وَبَاطِنَةً۬‌ۗ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُجَـٰدِلُ فِى ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬ وَلَا هُدً۬ى وَلَا كِتَـٰبٍ۬ مُّنِيرٍ۬ (٢٠

" Tidakkah kamu perhatikan... Sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan) kamu... apa yang dilangit dan apa yang di bumi... dan menyempurnakan ke atas kamu NikmatNYA ... Zahir dan Batin... Dan ada diantara manusia yang membantah tentang KEESAAN ALLAH tanpa Ilmu Pengetahuan dan Petunjuk... Dan tanpa Kitab yang memberi penerangan..."


Oleh kerana itu... di Akhirat kelak...

Ketika Padang Mahsyar terbentang...
Dan segala amalan mula dihitung...
Tiada lagi segala alasan...
Hujah atau keterangan...
Mulut kita terbungkam..
Dikunci Sang Pencipta Alam...
Kepala tertunduk malu tak tertahan...
Hati remuk menanggung kesalan...
Akal fikiran berseliratan...
Menyaksikan segala perbuatan..
Semuanya terbentang... tiada yang terpadam...
Bagaikan cermin di hadapan...
Kaki, tangan dan semua anggota badan...
Satu-persatu memberi kesaksian...
Terhadap segala perbuatan dan percakapan...
Di waktu siang dan malam...
Di kala berteman atau bersendirian...
Diluahkan atau yang dirahsiakan...
Semuanya dicatat dan dirakam...
Walaupun sebesar kuman...

Namun begitu...

Ingatkah kita setiap langkah yang pernah kita lakarkan...
Menjadi saksi utama pada Hari Perhitungan...
Setiap pelusuk di muka bumi yang dahulunya diam...
Tiba-tiba meluahkan memberi kesaksian...
Segala tindak tanduk insan...
Yang pernah hidup di permukaannya...

Subhanallah...!!!
Sebagai Muslimin dan Muslimat...
Bertauhid kepada Hari Akhirat...
Seharusnya kita selalu ingat...
Masa hadapan kita yang Hakikat...

Namun...
Yang nyata...
Kita mudah goyah dan alpa...
Dengan kilauan harta dunia...
Keindahannya membuatkan kita terfana...
Terlalu banyak khilaf dan dosa...
Setiap detik dan masa...

Aduh...!!!
Betapa beratnya Perhitungan...
Betapa telitinya perjalanan penulisan segala amalan...

Kita terlalu memandang remeh...
Bahawa mata, telinga, kaki dan anggota tubuh...
Sentiasa mengawasi dan menyuluh...
Setiap sesuatu yang dilakukan oleh pemilik tubuh...
Bila diperintah Allah... semuanya patuh...

Malah... angin, riak air, tanah yang dipijak...
Semuanya nampak...
Tidak mampu lagi untuk mengelak...

Oleh itu...

INSAFLAH...!!!



Wassalam...
rosniza jusoh






anDainya Sesaat lagi ajAL kU meNjemput.....

Friday, September 3, 2010

PERSEPSI KITA BERBEZA

cash
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


السلام عليكم






PERSEPSI seseorang berbeza...
Berbeza mengikut Fikiran...
Fikiran seseorang berbeza...
Berbeza berdasarkan ILMU dan PENGALAMAN...
Ilmu dan Pengalaman seseorang berbeza...
Berbeza berdasarkan SUMBER ILMU dan GURU...
Sumber ILMU dan GURU berbeza...
Berbeza samada ianya berbentuk kepentingan Akhirat atau Dunia...

Tuesday, August 31, 2010

PUISI PERSAHABATAN

smslån
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


السلام عليكم





DaRi soLat ku teMui kedamaian...
Dari Al-QuRan ku temui keiNdahan...
Dari haDis ku temui peDoman...
Dari diRimu ku temui peRhubuNgan...
Semoga uKhwah kita berkekaLan...

" Bila mana aku sujud menghadap Allah...
Dan..kau juga sujud menghadapNya...
Di situlah hati kita ber...satu..."

MUSLIMAH SOLEHAH

smslån
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


 . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.
‫السلام عليكم .....

لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد



Seorang muslimah solehah...
Adalah lebih baik daripada 70 orang wali...
Seorang muslimah solehah...
Adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh...
Seorang wanita yang jahat...
Adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat...

2 rakaat solat dari wanita yang hamil...
Adalah lebih baik...
Daripada 80 rakaat solat...
Wanita yang tidak hamil... 

Wanita yang memberi minum susu dada...
Kepada anaknya...
Akan dapat satu pahala...
Daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya...

Sunday, August 29, 2010

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

smslån
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



السلام عليكم





Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah


" Wahai manusia...

Dengarlah baik-baik...
Apa yang hendak ku katakan...
Aku tidak mengetahui...
Apakah aku dapat bertemu lagi...
Dengan kamu semua selepas tahun ini...

Oleh itu...
Dengarlah dengan telti kata-kataku ini....
Dan...

Wednesday, August 18, 2010

PUASA YANG SIA-SIA

sms lån
amal jariah ku
(since 28/12/2010)



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


السلام عليكم





Di bulan Ramadhan ini setiap muslim memiliki kewajiban untuk menjalankan puasa dengan menahan lapar dan dahaga mulai dari fajar hingga terbenamnya matahari. Namun ada di antara kaum muslimin yang melakukan puasa, dia tidaklah mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga saja yang menghinggapi tenggorokannya. Inilah yang disabdakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang jujur lagi membawa berita yang benar,

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.”

(HR. Ath Thobroniy dalam Al Kabir dan sanadnya sahih. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib no. 1084 mengatakan bahwa hadits ini sahih ligoirihi -yaitu sahih dilihat dari jalur lainnya)

Apakah maksud di sebalik ini semua? Mengapa amalan puasa orang tersebut tidak dianggap berpuasa, padahal dia telah bersusah payah menahan dahaga mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari?

Tuesday, August 17, 2010

MALAM LAILATUL QADAR

drdating.com
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


lailatul qadar Pictures, Images and Photos


سُوۡرَةُ القَدر



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH dan MAHA PENYAYANG

إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1)

 وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2)

 لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3)

تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤
Pada Malam itu, turun malaikat dan  Ruh( Malaikat Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4)

سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ (٥
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)

Alhamdulillah... kita semua diberi kesempatan untuk bertemu dan beramal ibadat di Bulan Ramadhan yang penuh Rahmat, Keampunan dan Keberkatan... Sebelum tibanya Ramadhan... kita sering memohon kepada Allah agar diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan... Berpuasa di Bulan Ramadhan... Dan kini Bulan Ramadhan sudah berada di ribaan... Lakukanlah pengisiannya...

Friday, August 13, 2010

DALAM HATI ADA CINTA...

drdating.com
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


Photobucket


السلام عليكم

Photobucket

Perkongsian hari ini DOA IKATAN HATI... Sebaik-baiknya diamalkan selepas membaca AL-Mathurat di waktu pagi dan petang... Sebelum dibaca doa ini... bayangkanlah wajah-wajah saudara-saudari sesama Islam yang kita kenali dan sayangi mahupun tidak dikenali... Rasakanlah hubungan
RUHIYYAH ( IKATAN HATI )... lalu doakanlah...

YA ALLAH... Sesungguhnya ENGKAU MAHA MENGETAHUI bahawa...
"HATI-HATI" ini telah BERHIMPUN dalam CINTA kepada MU...
Telah BERJUMPA dalam TAAT kepada MU...
Telah BERSATU dalam DAKWAH kepada MU...
Telah BERSATU HATI (berpadu) dalam MEMBELA SYARIAT MU...

Maka...

Wednesday, August 11, 2010

BULAN RAMADHAN - BULAN KEAMPUNAN

drdating.com
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


السلام عليكم






Alhamdulillah.. malam tadi malam pertama untuk muslimin dan muslimat mengerjakan solat terawih berjemaah di surau-surau atau masjid-masjid dan tidak kurang juga melakukannya di rumah... Walaupun di mana... yang penting ikhlas mengharap keredhaan Allah... Namun berjemaah lebih baik daripada bersendirian...

Malam tadi di surau tempat tinggal kami, solat terawih diimami oleh seorang Imam Muda dari Acheh, seorang hafiz... syahdu sekali bacaannya.. Masyallah... Selepas solat diberi sedikit tazkirah oleh Ustaz Ramli...

Diantara pesanan beliau ialah