PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Monday, July 26, 2010

USTAZ AZHAR IDRUS - BEKAL MATI (Part 2)

| Post views: counter
Powered by amal jariah ku.
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Rasulullah berpesan “ Sampaikan dari ku walau pun satu ayat..”

Sambungan daripada ceramah “BEKAL MATI”….

1) Terdapat khilaf diantara ulamak mengenai menghadiahkan sedekah,doa, bacaan Al-Quran atau apa sahaja amalan yang baik di mana pahalanya diniatkan kepada si mati. Apapun niat mestilah IKHLAS bukan kerana upah atau pun mengharap ganjaran seperti ada sesetengah keluarga si mati mengupah orang untuk membaca Al-Quran dan diniatkan untuk si mati sehingga khatam dan seumpamanya seperti mengadakan doa tahlil.

2) Memberi pahala adalah HAK Allah s.w.t… Bukannya satu KEWAJIPAN Allah mesti memberi pahala… Dengan izin Allah… Insyallah setiap amalan baik yang ikhlas niatnya akan diberi pahala oleh Allah… Begitulah pengharapan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa berdosa.. Mudah-mudahan diberi pahala dengan izin Allah... dan dengan sifat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

3) Oleh itu INGATLAH!!! Jangan diingat biarlah hidup sekarang penuh dosa…
 enjoy dulu.. umur masih muda… belum puas hidup… cari kekayaan dunia… mempunyai harta yang banyak…  Jangan diangankan nanti kalau aku mati pun aku akan tinggalkan wasiat supaya ada orang yang diupah untuk mendoakannya, membaca Al Quran untuknya, bertahlil untuknya dan sebagainya... kerana takut-takut nanti amalan itu tidak mendapat pahala dari Allah... Hidup sudahlah banyak dosa.. Bila mati apa yang orang lain sedekahkan tidak pula sampai  pahalanya...  Biarlah semasa hidup ini buatlah amal sebaik mungkin dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah... Berpandulah kepada Al-Quran dan Hadis yang SAHIH... Insyallah tidak akan tersesat jalan...

4) Ramai yang mendapat azab di dalam kubur bukan kerana melakukan dosa-dosa besar seperti membunuh, merompak, mencuri, minum arak dan sebagainya tetapi kerana kes yang kecil dan tidak melibatkan orang lain iaitu tidak menjaga air kencingnya... sebagaimana terdapat Hadis Nabi yang bermaksud...

"Bersih-bersihlah kamu, biar suci daripada air kencing... kerana kebanyakkan yang diazab di dalam kubur kerana air kencing.."

Contohnya sekiranya kencing berdiri... ada percikan yang terkena pada kaki seluar atau kain dan tidak dibersihkan dengan betul... ataupun selepas membasuh kencing ada lagi yang menitis tetapi sedikit dan dibiarkan... kemudian bila tiba waktu sembahyang tidak ditukar pakaian lain yang suci bersih ataupun bahagian anggota badan yang terkena percikan itu tidak dibersihkan... maka sembahyang itu menjadi tidak sah... perbuatan di atas kelalaian dan tidak mengambil berat tentang kebersihan dari air kencing itu dihukum HARAM di dalam solat dan dikira BERDOSA...

Sebelum menunaikan solat perhatikan dan fikirkan adakah badan kita bersih dari najis kencing, seluar dalam kita suci dan bersih, pakaian kita suci bersih dan tempat solat itu suci bersih... Janganlah Solat kita selama bertahun-tahun yang telah dikerjakan menjadikan kita di azab di dalam kubur kerana kes air kencing...

5) Kesusahan hidup di dunia dapat diikhtiarkan dan diusahakan dengan sedaya upaya... tetapi kesusahan hidup di dalam kubur dan Hari Akhirat nanti tiada apalagi yang dapat dilakukan selain penyesalan dan penyeksaan yang amat perit. Keperitan hidup di dunia dapat ditanggung... Peritnya azab kubur dan neraka tidak dapat digambarkan... Na u zu billah hi min za lik... seperti Allah telah memberi peringatan kepada kita semua janganlah menjadi golongan seperti yang di sebut dalam Surah As-Sajadah ayat 11 - 13....

            (11)  قُلۡ يَتَوَفَّٮٰكُم مَّلَكُ ٱلۡمَوۡتِ ٱلَّذِى وُكِّلَ بِكُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمۡ تُرۡجَعُونَ
Ertinya: Katakanlah (Wahai Muhammad) ... Ketika Malaikat maut datang mengambil nyawa kamu yang diperintahkan (oleh Allah) terhadap kamu... Kemudian kepada Tuhan kamu (Allah)... kamu kembali..

(12)  وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلۡمُجۡرِمُونَ نَاكِسُواْ رُءُوسِہِمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ رَبَّنَآ أَبۡصَرۡنَا وَسَمِعۡنَا فَٱرۡجِعۡنَا نَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ
Ertinya: Dan waktu itu kamu melihat  ketika orang-orang yang BERDOSA menundukkan kepala mereka ketika menghadap Tuhan mereka (Allah) lalu mereka berkata... Wahai Tuhan kami... Sesungguhnya kami  melihat dan kami mendengar... maka kembalikanlah kami ( ke Dunia )... kami akan beramal soleh.. sesungguhnya kami amat yakin...

Orang-orang yang telah melakukan DOSA ini mengakui sesungguhnya di dunia dahulu mereka telah melihat dan mendengar kebenaran dan ajaran Islam... mereka menyesal dan mahukan Allah pulangkan semula mereka ke Dunia supaya dapat mereka melakukan semula amal-amalan yang soleh... Mereka memberi keyakinan kepada Allah bahawa mereka akan melakukannya... Tetapi apa kata Allah kepada mereka?

(13)  وَلَوۡ شِئۡنَا لَأَتَيۡنَا كُلَّ نَفۡسٍ هُدَٮٰهَا وَلَـٰكِنۡ حَقَّ ٱلۡقَوۡلُ مِنِّى لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِينَ
Ertinya : (Lalu Allah menjawab)... Dan sekiranya KAMI (Allah) mahu, maka KAMI (Allah) jadikan setiap jiwa itu diberi HIDAYAH kepadanya... Tetapi sesungguhnya telah pasti kata-kata dari KU (Allah) ... Sesungguhnya akan dipenuhi Neraka Jahanam itu daripada Jin dan manusia seluruhnya...

Begitulah peringatan dari Allah S.W.T... Kalau Allah mahu, Dia BERKUASA membuatkan semua manusia di Dunia ini diberi Petunjuk dan Hidayah supaya semua beriman dan melakukan amalan yang soleh...
Allah sengaja menjadikan kehidupan di Dunia ini sebagai satu ujian untuk mengetahui siapakah hambanya yang benar-benar hambaNYA yang soleh dan siapakah yang tidak... sebab itu juga Allah jadikan Syurga dan Neraka sebagai balasan daripada amalan yang dilakukan di Dunia...

6) Hidup janganlah terpedaya dengan Dunia... Dunia hanyalah satu perjalanan untuk menuju Hari Akhirat... Dunia bukan Matlamat... Perjalanan Hidup di Dunia untuk membawa sebanyak mungkin bekal untuk kehidupan pada Hari Akhirat... Kalau bekalan cuma untuk kehidupan Dunia sahaja apa yang dibawa untuk Akhirat?

Fikirkanlah... apakah BEKALAN KU... RUMAH BESAR KU... KERETA BESAR KU... PANGKAT KEBESARAN KU... HARTA KU... ISTERI KU... SUAMI KU... ANAK-ANAK KU... Apa dia????
Harta yang banyak, anak yang ramai, duit berjuta... bila mati semuanya ditinggalkan... semua kebesaran kita ditinggalkan... semuanya tidak berguna lagi... pulanglah menghadap ILLAHI dengan sekerdilnya... Tiada apa amalan yang baik melainkan dosa-dosa yang tidak terkira... kalau ada boleh dihitung sedangkan dosa tidak terhitung... DOSA dengan IBUBAPA... DOSA dengan SUAMI... DOSA dengan ISTERI... DOSA dengan anak, adik-beradik, saudara-mara, rakan sekerja, jiran tetangga, orang di jalanan, orang yang tidak dikenali, dan DOSA-DOSA dengan ALLAH dan RASULULLAH... DOSA MATA... DOSA LIDAH... DOSA MULUT.. DOSA TANGAN... DOSA KAKI... DOSA HATI... DOSA RAMBUT... Banyaknya DOSA....

7) Peruntukkan masa untuk mencari ilmu-ilmu Allah terutama Ilmu Agama Islam dan Hari Akhirat... Terutamanya kuliah-kuliah di masjid-masjid, surau-surau... kerana mendapat berkat, rahmat dan sentiasa didoakan oleh para Malaikat yang mana tidak pernah berdosa selama mana kita berada di dalam masjid/surau...

8) Jangan terlampau sibuk dengan urusan Dunia sehingga bekalan untuk Akhirat ditinggalkan... Bayangkanlah kita semua tahu kita akan ke padang pasir yang panas, kering kontang... tetapi kita ke sana hanya membawa bekalan yang hanya cukup untuk sepanjang perjalanan menuju ke sana sahaja... tanpa membawa bekalan untuk tinggal di sana dalam tempoh yang lebih panjang daripada masa perjalanan menuju ke sana...pastilah kita kehausan dan mati kelaparan... Begitu jugalah kalau tiada bekalan untuk Akhirat...

9) Jangan jadikan masa yang berlalu dengan amalan yang sia-sia... Setiap manusia dianugerahkan masa yang sama iaitu 24 jam... MASA YANG PALING ADIL DI DUNIA... semua yang mendapatnya sama sahaja... tetapi ramai manusia yang RUGI kerana masa...

سُوۡرَةُ العَصر


وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣
Ertinya : Demi Masa... (1) Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.. (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan yang berpesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran...(3)
 
Mulai dari sekarang, bersegeralah untuk mencari BEKAL DI HARI AKHIRAT... Masing-masing dikira mengikut amalan masing-masing...
 
Ketahuilah sesungguhnya...
 
" MATI itu BENAR...
Ditinggalkan SEORANG DIRI di dalam kubur itu BENAR...
PERSOALAN di dalam kubur itu BENAR...
DISEKSA di dalam kubur itu BENAR...
Padang Masyhar itu BENAR...
SYURGA itu BENAR...
NERAKA itu BENAR...."
 
Kesudahan Kehidupan Di Dunia adalah KEMATIAN.... Bersediakah Kita Untuk Mati???
 
 
 
Wassalam- Mohon maaf atas kesalahan...
 
 
rosniza jusoh
 
 
 
 
 
 
 

No comments: