Followers

Thursday, November 11, 2010

TAHFIZ AL-QURAN

| Post views: counter
dejting guiden
amal jariah ku
(since 28.12.2010)



Hari ini... Khamis 11hb.November 2010...
Keputusan peperiksaan UPSR diumumkan... Ramai ibubapa yang lebih berdebar daripada anak-anak yang mengambil peperiksaan... Kalau Aku pun mungkin bersikap sedemikian juga... Sepatutnya Alif juga mengambil keputusan UPSR hari ini sekiranya dia memilih untuk meneruskan pembelajarannya...

Masih Aku ingat... sewaktu Aku menyambutnya pulang dari Kedah, setelah tamat Program Qalbun Salim awal Januari lalu... Aku amat terkejut melihat perubahan penampilan anakku... Aku rasa syahdu, sedih, pilu dan teramat gembira... Rasa rindu yang teramat lalu ku peluk dan ciumnya sepuas-puas hati ku... Harum bau minyak atar yang dipakainya sampai melekat ditangan dan baju ku... Ada sinar ketenangan pada raut wajahnya... Sejuk hati ku dan mata ku memandangnya... Ya Allah... Sungguh Aku rasa bertuah dan bersyukur melahirkan anak seperti Alif...



Sewaktu Alif menjamah jamuan yang dihidangkan oleh pihak Tahfiz Al-Kholidi... Dia menyatakan ingin meneruskan pengajian untuk hafaz Al-Quran... Menuntut ilmu di Pusat Tahfiz Al-Kholidi... Dan dia akan ditempatkan di Paya Mak Enson, Kedah... Ini bermakna Aku terpaksa berjauhan lagi dengan anak ku... Sedangkan semasa berpisah dengannya selama 40 hari... Aku sudah merasakan terlalu lama... Inikan pula untuk berpisah lama daripada itu... Biasanya 3-4 bulan sekali baru boleh cuti... Aku agak terkejut juga dengan keputusan Alif... Biasanya dia tidak mahu berpisah jauh dan lama-lama daripada keluarganya terutama daripada Aku...



Klip video semasa kepulangan pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Al-Kholidi
dari Pendang, Kedah ( Program Qolbun Salim 40 hari )

Kalau Alif memilih untuk belajar tahfiz.. ini bermakna dia tidak lagi meneruskan pembelajarannya di sekolah biasa... Sedangkan tahun ini adalah tahun penting baginya untuk mengambil UPSR... Aku inginkan kepastian... Betulkah ini yang ingin dipilihnya? Kenapa tidak ambil peperiksaan dahulu dan meneruskan tahfiz semasa Tingkatan Satu nanti? Sememangnya Aku ingin dia belajar tahfiz... tetapi biarlah selepas darjah enam... Tatkala Aku mendengar jawapannya Aku terdiam dan menerima keputusannya dengan lapang dada...

Katanya...

"Allah telah memilih dia diantara berjuta manusia yang ada...
Untuk lahir dari perut ku...
Allah juga telah memilih dan membukakan pintu hatinya...
Untuk belajar tahfiz diantara berjuta manusia yang ada...
Sekiranya dia melepaskan peluang yang telah diberi Allah...
Maka amat rugilah dia...

Katanya lagi...

ILMU AKHIRAT WAJIB DIPELAJARI...
ILMU DUNIA BOLEH DICARI...

Selain itu katanya...

Dia bercita-cita untuk menjadi ahli Syurga...
Dan membawa kami bersama-samanya..."

Ya ALLAH... Syukur alhamdulllah... Engkau anugerahkan anak sebaik Alif untuk ku...

Aku mencadangkan kepadanya agar Pihak Tahfiz menempatkan dirinya di cawangan Ukay Bistari, Selangor.... supaya dekat dengan keluarga dan senang untuk Aku melawatnya... Namun Alif mengatakan... biarlah dirinya belajar jauh di Kedah... Berjauhan daripada keluarga... Biar semangat untuknya belajar menjadi lebih kuat... Tidak menjadi anak manja... Dia ingin belajar berdikari... Biar jiwa dan semangatnya kental... Tidak ku sangka anak ku setabah ini...

Setelah berbincang dengan suami ku dan juga pihak sekolah... Akhirnya kami setuju dengan keputusan Alif... Apalagi Pengetua Sekolahnya juga memberi sokongan yang baik untuk anak ku... sehinggakan Aku melihat dia mengalirkan air mata sewaktu Alif memberi penjelasan kepada pihak sekolah... Kenapa dia memilih untuk belajar tahfiz daripada meneruskan persekolahannya... Sesungguhnya Aku tidak menyangka sokongan sedemikian yang diberikan... Aku sendiri menjadi terharu...

Kini... Aku tidak pernah menyesal dengan keputusan yang telah diambil oleh Alif... Walaupun dia tidak menghadiahkan Aku dengan keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR... Tetapi tiada yang dapat menandingi hadiah apa pun... Selain dia kini berusaha untuk menjadi seorang HAFIZ dan HAMBA ALLAH yang SOLEH... Itu lebih bernilai dan berharga buat ku...

Aku kini menahan sabar dan kerinduan untuk bertemu dengannya... Insyallah Raya Haji kedua nanti dia bakal pulang... Semoga dirinya sentiasa dilindungi Allah walaupun di mana jua dia berada dan terkabul segala cita-citanya...
Aamiiin.... Ya rabbal a' lamiiin...


Tontonilah Insan Istimewa Pilihan Allah S.W.T ini....
Walaupun pada pandangan manusia... pemikirannya tidak sempurna...
Tetapi hatinya diterangi dengan hafazan Al-Quran...
Subhanallah....


video

Sulit untuk mempercayainya... dia adalah seorang pemuda yg cacat mental, bila ditanya sesuatu dia akan jawab yg lain atau mungkin menjawabnya dengan soalan yang asal atau tidak menjawabnya kerana bingung, tidak faham pertanyaan dan sebagainya.


Seperti dalam video ini ketika ditanya kenapa kamu menghafal Qur’an..?
Dia menjawab 23 juz..
Ketika dijelaskan pertanyaan untuk apa kamu menghafal Al-Qur’an..?
Dia bingung dan menjawab 7 juz..
Bagaimana kamu menghafal Al- Qur’an..?
Dia agak bingung dan menjawab dengan soalan asal.


Tapi bila ditanya tentang ayat ayat Qur’an,
Misalnya kalimat ini ayat berapa, surah apa,
Teruskan kalimat ini dan sebagainya...
Dia dapat menjawab semuanya.

Subhanallah..
Seakan akan dia tidak mengetahui apa- apa...
Kecuali Al-Qur’an...

Di akhir video ketika ditanya,
Kamu tahu hukum tajwid..?
Dia jawab ya... hukum tajwid.
Kamu mengetahuinya..?
Dia jawab.. aa (ya)
Sebutkan salah satunya..
Dia pun beritahu... aa (iyaa)
Atau kamu hanya mendengar Qur’an dan menghafalnya..?
Dia menjawab... AL-Qur’an hafidz (hafal).


Subhanallah... Mashaallah...,
Laa Quwwata illa Billaah.


Inilah keajaiban Al-Qur’an...
Inilah bukti keagungan dan kebenarannya.


Allah s.w.t berfirman :

“ Sesungguhnya Kamilah yg menurunkan Al Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”.

( QS Al-Hijr : 9 )


صدق الله العظيم




Wassalam

rosniza jusoh







.

1 comment:

Anonymous said...

syukur alhamdulillah..tahniah adik.adik tlh b'jaya didik ank sdare k.di ke jalan yg d'redhai Allah..k.di tmpg gembira dan bangga..smoga Alif sntiasa d'lindungi yg maha pencipta..