PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Tuesday, April 26, 2011

MUTIARA ISLAM HARI INI : PENGETAHUAN TENTANG ALLAH

Since 26/04/2011
amal jariah ku



Barangsiapa ingin mengetahui kadar pengetahuannya tentang Allah...
Maka hendaklah ia melihat (dan membandingkan antara)...
Apa yang dijanjikan oleh Allah untuknya...
Dan apa yang telah dijanjikan oleh manusia untuknya...
Manakah diantara keduanya yang lebih diyakini oleh hatinya?


(Syaqiq bin Ibrahim)

Sunday, April 24, 2011

MUTIARA ISLAM HARI INI : HAFALKANLAH ILMU

size=25
Since 24/04/2011
amal jariah ku




Hafalkanlah ilmu yang telah anda kumpulkan!
Kerana orang yang mengumpulkan ilmu namun ia tidak menghafalnya...
Bagaikan seorang laki-laki yang duduk di depan hidangan...
Lalu ia mengambil hidangan tersebut sesuap demi sesuap...
Namun ia melemparkan suapan-suapan itu ke belakang punggungnya...
Bilakah anda akan melihatnya kenyang?


(al-A'masy)

Saturday, April 23, 2011

TERKINI DARI PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI ULU YAM

Since 23/04/2011
amal jariah ku


Asrama pelajar Tahfiz Al-Kholidi di Ulu Yam

Alhamdulillah.... Setelah menempuhi pelbagai rintangan dan cubaan akhirnya terbina juga Pusat Tahfiz Al-Kholidi di Ulu Yam, walaupun belum siap sepenuhnya... Hati seorang ibu juga turut berbangga kerana anak sulong saya juga sedang menjalani pengajiannya di sini... Lebih bangga daripada semasa saya menjejakkan kaki di UM(Universiti Malaya) dahulu... Biarlah Along menjadi salah seorang "Ulamak Akhirat" suatu hari nanti... Insyallah... Aamiiin Ya Rabbal'alamiiin...

Terlampau gembira bila Ustaz Yunus, Mudir Pusat Tahfiz Al-Kholidi "up-date" blognya dengan gambar terkini dan dapat menatap wajah Along.... Terubat rindu yang bersarang di hati....

MUTIARA ISLAM HARI INI: MENUNTUT ILMU

since 23/04/2011
amal jariah ku







Menuntut ilmu itu lebih baik daripada solat sunnat....


(Imam asy-Syafi'i)