PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Thursday, December 16, 2010

PROGRAM CUTI SEKOLAH

| Post views: counter
Ränta & lån
amal jariah ku
(since 28.12.2010)



Pengisian waktu cuti yang panjang ini dengan perkara yang bermanfaat dan berfaedah amatlah perlu untuk permata hati kita... Apalagi bagi kedua ibubapa yang bekerja... Sebelum cuti sekolah bermula sebagai ibubapa paling tidak sebulan sebelumnya sudah ada perancangan dan program yang bakal dilaksanakan... Biarlah ada 2 atau 3 alternatifnya... Kadang-kadang mungkin apa yang dirancang tidak menjadi kita boleh pilih alternatif B atau C... Kalau tiada perancangan dibimbangi anak-anak akan menjadi hamba TV atau komputer 24 jam...



Alhamdulillah... perancangan sebulan sebelum cuti untuk anak-anak hampir terlaksana dengan jayanya... Permulaan cuti sekolah... pada 19hb.November.2010 (Jumaat), kami membawa anak-anak pulang bercuti di kampung di Kuala Terengganu... Disamping mengambil peluang berehat di apartment yang disediakan oleh pihak pengurusan tempat suami bekerja... Anak-anak cukup teruja kerana dapat merasakan suasana yang berbeza daripada rumah...

Begitu juga dengan pengalaman mereka bermain dan berbasikal keliling kampung dengan sepupu-sepupu mereka... Mereka merasakan seronoknya tinggal di kampung... Kalau di KL ada banyak sekatan kerana faktor keselamatan... Bila pulang ke Terengganu makan keropok lekor perkara wajib bagi kami sekeluarga... Sampai sanggup beratur panjang dan menunggu lama... Oleh kerana anak-anak seronok dan tidak puas... Cuti yang dirancang sehingga hari Rabu sahaja di panjangkan sehingga hari Sabtu... Itupun disebabkan Kakak dan Kak Chik ( kedua-dua anak perempuan Ku ) akan menyertai Program Cuti Sekolah yang bermula pada hari Ahadnya... Lagipun Along akan pulang semula ke Tahfiz pada hari Isnin...

Kedua-dua anak perempuan Ku itu, Aku daftarkan untuk menyertai Program Tahfiz dan Fardhu Ain Amali yang dianjurkan oleh Madrasah Hidayatul Mutaqqin di Seksyen 13, Shah Alam... Program itu bermula 22hb.Nov. - 24hb. Dis. 2010.... Disebabkan Along cuma ada cuti seminggu sahaja, jadi Aku menundakan program untuk mereka lewat seminggu... Dan ku gunakan peluang ini untuk bercuti di kampung...

Pada 21hb. November (Ahad).... Lebih kurang pukul 8.00 malam kami sekeluarga menghantar puteri-puteri kami ke asrama di Shah Alam. Perasaan mereka bercampur baur... seronok..teruja... risau dan bimbang kerana inilah kali pertama mereka menyertai program seumpama ini dan terpaksa berjauhan dengan keluarga... Apalagi mereka baru sahaja darjah 3 dan darjah 1... Perasaan kami sebagai ibubapa pun sama...
Tetapi ini adalah permulaan kami untuk mendekatkan mereka dengan Tahfiz... Mudah-mudahan mereka juga akan mengikuti jejak Along yang belajar Tahfiz...

Hari ke 3 setelah mereka berada di sana... Aku menelefon mereka... Ingin tahu bagaimanakah perasaan mereka... Begitu riang Aku mendengar suara Kakak dan Kak Chik menceritakan pengalaman baru mereka... Terutama merasakan suasana baru dan mendapat kawan-kawan baru... Syukur alhamdulillah...
Pada setiap hari minggu kami membawa mereka pulang... Dalam minggu pertama dan kedua mereka masih seronok dan bersemangat...

Bila masuk minggu ke 3 mereka mula terasa ingin pulang... Petang semalam mereka menelefon Aku mengatakan sudah tidak sabar untuk pulang dan menamatkan program ini... Aku faham... kerana mereka masih budak-budak... Kadang-kadang mereka rindukan keluarga... Mahu bebas bermain seperti budak-budak lain... Dan Aku berjanji dengan mereka selepas semua ini selesai Aku akan mengajak mereka pergi  jalan-jalan atau mana-mana "water park" sebagai ganjaran buat mereka... Dan yang terfikir di fikiran Ku adalah "Desa Water Park" kerana harganya agak berpatutan sedikit berbanding tempat lain...

Esok petang kami akan mengambil mereka pulang untuk pulang bercuti di hujung minggu... Banyak juga perubahan sikap yang baik yang Aku lihat pada mereka... Sudah banyak juga doa-doa yang dapat dihafaznya... Mudah-mudahan mereka akan menjadi anak-anak solehah... Merekalah saham kami Dunia dan Akhirat... Aamiiin... Ya Rabbal a'lamiiin....

Ini adalah program yang diikuti oleh mereka di Madrasah Hidayatul Mutaqqin....

PROGRAM CUTI SEKOLAH MADRASAH HIDAYATUL MUTAQQIN







Wassalam

rosniza jusoh







.

No comments: