Followers

Monday, November 8, 2010

NAMA ISLAM

| Post views: counter
drdating.com
amal jariah ku
(since 28.12.2010)


Islam merupakan agama yang sempurna. Maka, nama menjadi salah satu perhatian utama sebagai identiti pengenalan umat Islam.

Rasulullah bersabda,


“Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.”

(Al-Hadith)



Ibu... Mengapa ibu namakan Along, MUHAMMAD ALIF ?... Ramai kawan-kawan yang suka ejek nama tu... Mereka kata alif, ba, ta... Semenjak kecil sehingga dia bersekolah... namanya selalu jadi ejekan teman-temannya... Terkadang anakku marah bila dipanggil begitu...

Nama MUHAMMAD ALIF... itu adalah nama yang sememangnya Aku pilih sebelum kelahirannya lagi... Mengapa Aku memilih nama itu? Di hati kecil ku berniat untuk mencari nama yang dekat dengan Al-Quran... supaya anak ku juga bakal dekat dengan Al-Quran... Dan sememangnya Alif sedari di dalam kandunganku lagi dia sudah ku biasakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran... Malah semasa dalam 40 hari juga dia sentiasa di ribaan arwah ibu ku sambil arwah ibu mengajar murid-muridnya mengaji Quran... sehinggakan Alif tertidur di ribaannya...

Pertanyaan yang sama juga daripada suami ku bila Aku mencadangkan nama itu... Alif huruf pertama untuk mengenal huruf Al-Quran... Alif juga adalah anak pertama kami... Permulaan nama Allah dimulai dengan nama Alif... Alif juga bermaksud PERAMAH dan KAWAN YANG RAPAT... Dan sememangnya dia adalah kawan yang rapat bagi ku...

Suatu hari dia pulang dengan perasaan kesal apabila namanya diejek oleh rakan-rakannya... Aku cuba menenangkan perasaannya... Aku menerangkan mengapa nama itu yang Aku pilih untuk dirinya... Kata ku... sebenarnya nama itu adalah nama yang baik dan indah... Nama bila orang menyebutnya akan mendapat 10 pahala... kerana ia adalah huruf yang terkandung di dalam Al-Quran... Apalagi kalau ditambah dengan sebutan Ba dan Ta... Maka pahalanya akan lebih bertambah....

Aku juga menerangkan impianku semoga dengan memberi nama yang baik itu juga... Dia akan menjadi Hamba Allah yang baik dan soleh... Jadi biarkanlah orang mengejek nama itu... Sebenarnya nama itu memberi mereka pahala... Semenjak dari hari itu... Alif tidak bersedih lagi kalau ada orang mengejek namanya... Malah boleh tersenyum gembira...

Anakku ini semasa kecilnya sangat lasak dan sangat aktif... Dia tidak senang duduk diam... Ada sahaja yang dilakukannya... Kalau ke mana-mana... Aku sangat risau kehilangannya terutama ke pusat membeli-belah... Sudah beberapa kali dia hilang semasa di pusat membeli-belah... Dia tidak suka didukung atau dipegang tangannya... Kalau dilepaskan dia akan berlari ke sana ke mari sesuka hatinya... Sampai Aku dan suami terkejar-kejar... Dia pula jenis yang tidak takutkan orang asing... Kalau hilang... tempat yang pertama Aku cari ialah bahagian permainan... Sebab itu Aku suka membawanya ke taman-taman permainan daripada ke tempat membeli-belah... Tempat yang sesuai untuk dirinya berlari-lari dan bermain...

Kalau pergi ke rumah orang juga... Aku akan risau... Biasanya ada sahaja barang-barang kaca orang yang dipecahkannya... Kalau pulang ke kampung terutama ke rumah kakak ku, yang suka mengumpul barang-barang kristal... ada sahaja barang-barang yang dipecahkannya... Sampaikan keluarga dan rakan-rakan sudah maklum dengan kelasakan dan keaktifannya...

Namun walaupun dia seorang yang lasak... dia mempunyai hati yang lemah lembut dan penyayang... Kalau mahu ke mana-mana dia tidak akan pergi kalau Aku tidak turut serta... Kalau Aku bersedih atau menangis dia akan turut bersedih dan menangis... Dia seorang yang senang memahami hati dan perasaan orang lain terutama Aku sebagai ibunya... Seorang anak yang ringan tulang... Masih lagi Aku ingat ketika Aku penat dan lenguh sewaktu mengandungkan anak bongsu ku... Dia menolong memicit kaki ku sampai Aku tertidur... Selagi Aku tidak menyuruhnya berhenti... Dia tidak akan berhenti... Dia seorang yang suka beralah dengan adik-adik dan kawan-kawan untuk mengelakkan daripada bergaduh... Terkadang sikapnya yang begitu membuatkan dia senang dibuli pula...

Semasa dia di dalam darjah empat... Jiran ku telah menghantar anak kembar mereka ke sekolah yang ada pengajian tahfiz... Yuran bulanannya sebanyak RM 350.00 seorang... Aku juga berhasrat untuk menyekolahkannya di sekolah yang ada menyediakan pengajian tahfiz semasa dia masuk Tingkatan Satu nanti... Tetapi untuk menghantar ke sekolah swasta yang yuran bulanannya agak tinggi... Aku tidak mampu... Aku melihat Alif ada potensi kerana markah untuk subjek Agama dia agak tinggi... Surah-surah pendek senang untuk dirinya hafaz...

Lalu cuti akhir tahun semasa dia di dalam darjah empat... Aku masukkan dia untuk program "Smart Solat" selama seminggu anjuran salah sebuah pusat tahfiz... Itulah kali pertama dia belajar berjauhan dengan keluarganya... Selepas menghadiri program tersebut... Alhamdulillah... Aku lihat banyak perubahan sikap pada dirinya... Menjadi anak yang taat dan mendengar cakap... Rajin Solat dan Mengaji Quran... Hati ku sendiri tersentuh melihat perubahan sikapnya... Persepsi dia juga turut berubah... pemikirannya juga turut berubah... lebih mengutamakan soal-soal agama... Lebih mengingati mati...

Semasa dia di dalam darjah lima... Perubahan sikapnya yang baik memberi aura kepada keluarga kami terutama diri ku dan adik-adiknya... Sekiranya adik-adiknya bersikap agak nakal... Dialah yang menasihatinya... Dialah yang jadi ketua mengajak adik-adiknya solat berjemaah di surau... Kalau dulu keluarga kami jarang solat di surau... Kini makin kerap dan duduk menghadiri ceramah-ceramah serta kuliah-kuliah di surau... Dalam pada itu Aku tercari-cari pusat tahfiz yang sesuai untuk dirinya semasa Tingkatan Satu nanti...

Namun Allah ingin menunjukkan jalannya... Memudahkan pencarian ku... Secara kebetulan, semasa Aku mendengar tazkirah di surau semasa bulan Ramadhan tahun lepas, yang disampaikan oleh penceramah jemputan... iaitu Ustaz Yunus Kamaruddin, Mudir Pusat Tahfiz Al-Kholidi... Hati ku terus berminat bila Ustaz mengumumkan peluang untuk belajar tahfiz di tempatnya... Yuran bulanan cuma RM 100.00 sahaja termasuk pengajian,tempat tinggal dan makan minum...

Pada mulanya Aku mendaftarkan Alif untuk program selama 40 hari iaitu Qolbun Salim... Program yang dilaluinya semasa cuti sekolah akhir tahun... Tujuan ku supaya Alif mendapat pendedahan kehidupan seorang yang ingin belajar tahfiz... Untuk dia mendalami sendiri dan lebih berminat ke arah itu... Lagi pun Aku bercadang untuk dia belajar tahfiz semasa Tingkatan Satu... Selepas dia menduduki U.P.S.R semasa darjah enam pada tahun ini...

Selama 40 hari program yang dia lalui itu... Aku dan dirinya tidak dibenarkan berhubung atau berjumpa... Itulah dugaan pertama yang paling berat yang Aku dan Alif rasakan... Berjauhan dan berpisah dengan anak tersayang selama 40 hari... Program itu diadakan di Kedah... Hanya ALLAH yang TAHU betapa Aku rindu kepada Alif... Dan Alif lebih-lebih lagi... Namun daripada program inilah yang telah...

MENGAJAR DIA ERTI SEBUAH KEHIDUPAN YANG BERMAKNA....


Alif sewaktu program 40 hari " Qolbun Salim" yang diadakan oleh Pusat Tahfiz Al-Kholidi






Wassalam
rosniza jusoh








.

No comments: