Followers

Saturday, April 23, 2011

TERKINI DARI PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI ULU YAM

| Post views: counter
Since 23/04/2011
amal jariah ku


Asrama pelajar Tahfiz Al-Kholidi di Ulu Yam

Alhamdulillah.... Setelah menempuhi pelbagai rintangan dan cubaan akhirnya terbina juga Pusat Tahfiz Al-Kholidi di Ulu Yam, walaupun belum siap sepenuhnya... Hati seorang ibu juga turut berbangga kerana anak sulong saya juga sedang menjalani pengajiannya di sini... Lebih bangga daripada semasa saya menjejakkan kaki di UM(Universiti Malaya) dahulu... Biarlah Along menjadi salah seorang "Ulamak Akhirat" suatu hari nanti... Insyallah... Aamiiin Ya Rabbal'alamiiin...

Terlampau gembira bila Ustaz Yunus, Mudir Pusat Tahfiz Al-Kholidi "up-date" blognya dengan gambar terkini dan dapat menatap wajah Along.... Terubat rindu yang bersarang di hati....




 Sebahagian pelajar-pelajar Tahfiz di Pusat Tahfiz Al-Kholidi Ulu Yam


Sessi Pengajian Hafazan


Pelajar-pelajar Tahfiz sedang praktis bermain kompang...



Jom kita selusuri liku-liku pembinaan Pusat Tahfiz Al-Kholidi Ulu Yam....


Membersihkan jalan menuju ke tapak projek Pusat Tahfiz Al-Kholidi Ulu Yam...
Tapak projek masih jauh terkedalam...
(Sekitar Oktober - November 2009)


Membuat jambatan... menghubungkan jalan ke arah tapak projek...
Terdapat 4 buah jambatan yang perlu dibuat untuk menuju ke tapak projek...


Keadaan anak sungai Ulu Yam sebelum didirikan jambatan


Setelah didirikan jambatan


Jambatan yang telah disiapkan...
Kelihatan asrama pelajar dalam proses pembinaan


Jalan Menuju Syurga Pusat Tahfiz Al-Kholidi...
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...


Jalan yang telah diratakan... tetapi masih berbatu-batan...
Muatlah untuk laluan sehala...
Semasa rombongan ibubapa pelajar-pelajar melawat tapak Pusat Tahfiz yang masih dalam pembinaan
( 19/09/2010 )


Oleh kerana jalan berbatu batan dan berpasir... Tersangkutlah pulak lori ni...


Tinjauan di kawasan tapak yang akan didirikan Pusat Tahfiz Al-Kholidi...
(Bulan November 2009)
Tanah kebun durian yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah...
Saham Akhirat yang "TIDAK TERNILAI" dengan harta dunia..

Kawasan tapak yang telah ditebang pokok-pokok yang dahulunya hutan...


Tapak projek yang diratakan untuk pembinaan asrama...
(Sekitar March 2010)


Projek pembinaan bermula....
(Gambar diambil dalam bulan Julai 2010... Bulan Ramadhan)


Dalam proses mendirikan dinding dan atap...
(Sekitar Ogos 2010)



Ibu bapa pelajar-pelajar Tahfiz Al-Kholidi melawat tapak projek...
Jangkaan untuk menduduki selepas Aidilfitri tidak terlaksana kerana masih kekurangan "budget"...
(Gambar diambil pada 19/09/2010)


Namun Pusat Tahfiz Al-Kholidi cawangan Ukay Bistari tetap juga berpindah ke Ulu Yam... Menyewa sementara di sebuah rumah teres dua tingkat di Tamu Hill Park, Batang Kali sementara menunggu asrama di Ulu Yam disiapkan... Mereka menumpang di Surau At-Taqwa, Seksyen 4, Bandar Utama Batang Kali untuk sessi pengajian...


Tempat Pengajian sementara...



Sebahagian pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Al-Kholidi Ukay Bistari
yang mendaftar di Ulu Yam selepas cuti Aidilfitri 2010



Kelas Fardhu Ain... Pimpinan Ustaz Yunus, Mudir Pusat Tahfiz Al-Kholidi



Kelas Hafiz... Pimpinan Ustaz Malek



Kelas Hafiz... Pimpinan Ustaz Radhzi

Kini setelah penat lelah dan jerit perih terutama dari pihak Pengurusan Tahfiz... Akhirnya terbinalah asrama bagi pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Al-Kholidi Ulu Yam... Walaupun masih banyak kekurangan di sana sini.... Alhamdulillah mereka dapat menuntut ilmu Akhirat dalam suasana yang lebih selesa...


Kelihatan Asrama Pelajar-pelajar dan Kantin di sebelahnya yang masih dalam pembinaan...


Kantin/ Dewan Makan yang masih dalam pembinaan


Buat masa sekarang ruang legar yang kecil ini
dijadikan tempat serbaguna pelajar-pelajar...
Di sinilah tempat pengajian, ruang solat berjemaah, tempat makan,
tempat beristirehat dan sebagainya...


Waktu Riadhah....
Pelajar-pelajar bermain bola sepak di tanah yang berbatu batan...
Pihak Tahfiz dalam usaha untuk menanam rumput...
Seandainya ada pihak yang dapat membantu dalam usaha ini...
Alangkah mulianya...


Setiap Hari Jumaat Pelajar-pelajar Tahfiz akan berjalan kaki ke jalan utama
untuk menaiki bas yang disewa khas ke masjid yang berhampiran....
Jalan yang sempit dan berbatu batan tidak sesuai untuk laluan bas...
Insyallah setiap langkah kalian mengutip pahala...
Seandainya ada pihak yang dapat membantu untuk menaik taraf jalan ke "SYURGA" ini...


Bas sekolah yang disewa khas dengan kadar sewa RM 100 untuk setiap Hari Jumaat...


Sesungguhnya saya amat berbesar hati kerana Alif dapat peluang untuk sama-sama belajar Tahfiz di Ulu Yam ini semenjak Disember tahun lalu.... Sebelum ini dia belajar di cawangan Pendang, Kedah... Tidaklah terasa jauh sangat walaupun dapat berjumpanya dua bulan sekali.... Semasa di Pendang Kedah dahulu walaupun jauh tetapi dapat berbual dengannya di telefon setiap Hari Jumaat... Di Ulu Yam ni walaupun dekat tidak dapat berbuat demikian melainkan "KECEMASAN"... Apa pun saya redha... Yang penting dia dapat menumpukan pada pengajiannya...

Jumaat lalu... Ustaz Yunus menelefon saya memaklumkan yang sekarang ini pelajar-pelajar Tahfiz Al-Kholidi di Ulu Yam dalam program SOLAT BERJEMAAH yang tidak akan terlepas TAKBIR PERTAMA bersama IMAM selama 40 hari... Sekiranya ada yang tertinggal walaupun pada hari yang ke 39... Pelajar berkenaan akan diulang untuk memulakan semula program ini selama 40 hari lagi dan cuti balik kampung akan dibekukan... Mudah-mudahan Alif dapat menjalani program ini dengan jayanya...

Apa yang paling menarik sekali program di Pusat Tahfiz ini adalah setiap kali balik bercuti akan disertakan sekali dengan kertas "AMANAT DARIPADA USTAZ" yang perlu pelajar lakukan semasa bercuti dan perlu dipantau oleh ibubapa... Bila dilakukan ibubapa yang MESTI menandakan dalam kertas tersebut.... Setiap kali bercuti juga ibubapa akan diserahkan buku prestasi pengajian dan akhlak anak-anak untuk ditandatangani... Jadi sebagai ibubapa kita tahu anak kita sudah hafaz juz yang ke berapa, ada masalah akhlak dan disiplin atau tidak...

Di dalam hati terdetik... Anak-anak ibubapa yang pantau... Bagaimana pula dengan ibubapa sendiri? Siapa yang pantau? Bagaimana pula "AMANAT DARIPADA ALLAH" untuk ibubapa laksanakan? Sudahkah dijalankan sebagimana SEWAJIBNYA ?




Wassalam

4 comments:

wan_87 said...

salam... alhamdulillah... mudah2han mereka semua tergolong antara orang2 yang mendapat merasai keindahan syurga.. aminnn...

wan_87 said...

salam... mudah2han mereka ini tergolong antara orang yang akan mendapat perlindungan di arash iaitu salah satunya seorang pemuda yang hatinya telah jauh cinta kepada masjid... aminnn

Cik Ifti said...

sebak saya baca entri ni... :')

ROSNIZA JUSOH said...

Insyallah Wan... Mudah-mudahan begitulah...

Biarlah kita sebak sekarang Cik Ifti... Jangan sebak menyesal di kemudian hari.... Marilah kita sama-sama membangun dan menyumbang dalam bentuk apa sahaja kepada Pusat Tahfiz ini... Mudah-mudahan DIREDHAI ALLAH S.W.T...