Followers

Friday, July 23, 2010

RUH KEMBALI

| Post views: counter
cash
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t...



Benarkah Ruh si mati boleh kembali semula? Kita sering mendengar orang-orang tua selalu mengatakan ruh si mati akan kembali ke rumahnya pada malam Jumaat. Benarkah begitu? Atau sekadar untuk menakutkan? Tapi kenapa perlu takut? Ruh itu bukannya hantu. Diri ini bernyawa kerana adanya Ruh. Bila Ruh keluar daripada badan, maka jasad tiada lagi bernyawa... dan jasad ini pun mati...

Daripada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idris (BEKAL MATI), ada Hadis yang mengatakan adanya Ruh kembali semula pada malam Jumaat tetapi Hadis itu sanadnya lemah dan dikategori sebagai Hadis Dhaif. Menurut Imam Nawawi Hadis Dhaif tidak boleh untuk dibuat berhujah atau memberi fatwa dalam HUKUM tetapi boleh digunakan untuk mengingatkan orang lain tentang Akhirat supaya tidak melupakan Akhirat dan juga untuk menggalakkan orang lain memperbanyakkan amalan yang bermanfaat.

Ruh orang yang BERIMAN akan diangkat naik ke langit. Orang mati yang meninggalkan hutang Ruhnya tergantung-gantung selagi hutangnya tidak diselesaikan. Oleh itu menjadi kewajipan waris yang tinggal untuk melangsaikan segala hutang piutang si mati dengan harta yang ditinggalkannya sekiranya ada. Sekiranya tiada harta, waris hendaklah berusaha membayarnya.

Oleh itu hidup janganlah dikelilingi HUTANG kerana akan menyusahkan diri dan waris kita kelak. Semua orang akan mati... Cuma masanya belum tiba lagi... Ada duit menjadi kewajipan dan keutamaan untuk membayar hutang terlebih dahulu. Sebaik-baiknya sebelum kita tidur cuba maafkan diri sendiri dan semua orang yang pernah membuatkan kesalahan pada diri kita dan menghalalkan semua orang yang ada berhutang dengan kita... manalah tahu tidurnya kita malam itu adalah saat terakhir kita hidup... Sekiranya esok pagi umur kita masih dipanjangkan Allah.. buka balik buku orang yang berhutang dengan kita..

Ada 2 perkara yang naik ke langit iaitu Ruh orang yang BERIMAN dan juga DOA yang dipanjatkan ke hadrat ILLAHI...

Ruh orang yang mengaku ISLAM dan BERIMAN tetapi melawan HUKUM ISLAM tidak akan diangkat ke langit. Diantara yang selalu diambil ringan seperti menolak hak suami untuk kahwin lagi. Allah telah membenarkan suami boleh berkahwin sampai 4 orang. Sesiapa menolak atau menentang hak yang telah dibenarkan dalam Islam dianggap telah menentang ISLAM. Berlainan dengan orang yang menerima hak itu tetapi dia bukan menentang hukum Allah tetapi menentang atas kemampuan suami untuk memberi nafkah sekiranya tidak layak... bukannya menentang HAK yang telah diberi oleh ALLAH...

Sama juga kalau menentang HUKUM HUDUD dan digantikan dengan HUKUM SIVIL yang mana bukannya HUKUM ALLAH... Sekiranya pesalah membunuh dihukum mati mengikut HUKUM SIVIL bukan kerana mengikut HUKUM ALLAH.. di Akhirat nanti tetap juga akan disiksa dan dipersoalkan.. Walaupun bentuk hukuman sama juga dengan HUKUM ALLAH... (orang yang membunuh orang lain hendaklah dibunuh balik...) sebagaimana ALLAH BERFIRMAN dalam Surah Al-Maidah, ayat 45...

"وَكَتَبۡنَا عَلَيۡہِمۡ فِيہَآ أَنَّ ٱلنَّفۡسَ بِٱلنَّفۡسِ وَٱلۡعَيۡنَ بِٱلۡعَيۡنِ وَٱلۡأَنفَ بِٱلۡأَنفِ وَٱلۡأُذُنَ بِٱلۡأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلۡجُرُوحَ قِصَاصٌ۬‌ۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ ڪَفَّارَةٌ۬ لَّهُ ۥ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡڪُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (٤٥) وَقَفَّيۡنَا عَلَىٰٓ ءَاثَـٰرِهِم بِعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلتَّوۡرَٮٰةِ‌ۖ وَءَاتَيۡنَـٰهُ ٱلۡإِنجِيلَ فِيهِ هُدً۬ى وَنُورٌ۬ وَمُصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَهُدً۬ى وَمَوۡعِظَةً۬ لِّلۡمُتَّقِينَ "

Terjemahannya :
 Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa dan mata dibalas dengan mata dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (45)

Orang yang tidak melaksanakan HUKUM ALLAH adalah orang yang ZALIM. Kata siapa? Kata ALLAH... Buktinya telah tertulis dalam Surah Al-Maidah...
Sebagai orang Islam... Janganlah melawan HUKUM ISLAM walaupun ianya dibawa oleh seekor binatang. Sekiranya ada fatwa atau hukum yang dikeluarkan oleh Pemerintah atau Imam Besar sekalipun tetapi menolak HUKUM ALLAH adalah HARAM untuk dituruti...

Marilah kita sama-sama merenung ke dalam diri masing-masing di manakah diri kita... Apalagi di hari Jumaat yang mulia ini... Semoga perkongsian ini memberi ILMU yang BERMANFAAT untuk kita semua...



Wassalam...

rosniza jusoh
bandar tasik puteri

No comments: