Followers

Wednesday, July 14, 2010

MUKJIZAT AL-QURAN

| Post views: counter
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t.

Sesungguhnya kita lazimnya tahu Al-Quran itu adalah MUKJIZAT YANG PALING BESAR DAN BERKEKALAN SEHINGGA HARI AKHIRAT... Itulah Anugerah daripada Yang Maha Pencipta untuk hambaNya... diberi melalui Rasulullah yang dicintai... Disampaikan oleh Malaikat Jibrail kepada kekasihnya. Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W...

Melihat Al-Quran sahaja sudah mendapat pahala... Apalagi membacanya dan mengajar kepada orang lain... Setiap satu huruf mendapat 10 ganjaran pahala. Baca Bismillahirrahmanirrahiim sudah mendapat 190 ganjaran pahala. Belum lagi satu Surah Al-Fatihah... Apatah lagi kalau membaca satu surah panjang seperti Surah Al-Mulk... Dibaca dalam keadaan berwudhuk satu huruf 50 ganjaran pahala dan sekiranya dibaca di dalam solat satu huruf 100 ganjaran pahala...

Tetapi sayang pahala itu kita tidak nampak... Kalaulah pahala itu kita nampak umpama duit... pasti ramai yang berebut-rebut untuk membaca Al-Quran...


Namun itu adalah Kehendak Allah Yang Maha Berkuasa... Untuk mengetahui siapakah hambaNya yang tetap membaca Al-Quran kerana DiriNya walaupun pahalanya tidak nampak pada pandangan mata kasar manusia. Ini sebagaimana Firman Allah S.W.T di dalam Surah As-Sajadah, ayat 17.

 فَلَا تَعۡلَمُ نَفۡسٌ۬ مَّآ أُخۡفِىَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعۡيُنٍ۬ جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (١٧

Terjemahannya:
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang (menyejukkan pandangan mata), sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. (17)

Keadaan berbeza pada hari ini... Ayat-ayat Al-Quran hanya dijadikan hiasan pada dinding... digantung dan dilekatkan di dalam kereta... Bukan lagi menjadi hiasan hati...

Ada juga yang sering membacanya tetapi tidak memahami apa yang dibaca... Membacanya sebagai burung tiong yang diajar bercakap...

Al-Quran itu adalah Petunjuk Ke Jalan yang benar... Terkandung segala PERINTAH ALLAH yang wajib dipatuhi... Segala LARANGAN yang wajib dijauhi... Peristiwa untuk dijadikan TELADAN... Doa-doa...TAUHID... Untuk Mengenal ALLAH... Ilmu Sains... Kesihatan... Politik... Ekonomi... Sosial... Kewangan... Peradaban Yang Tinggi.. Segala macam ada...(Macam-macam ada...)

Marilah kita sama-sama mencintai Al-Quran... Peruntukkan sedikit masa sekurang-kurangnya membaca 10 ayat satu hari.. memahami ISINYA... Apakah yang ingin disampaikan oleh Allah. Apakah yang tersirat disebalik yang tersurat..

Alhamdulillah... bersyukur teramat sangat kerana arwah Bonda tersayang telah mengajar saya membaca Al-Quran. Ini adalah amal jariah Bonda yang ditinggalkan. Mengajar Ilmu yang Bermanfaat... Terima kasih Bonda... Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa mu... Menerima segala amalan mu... Dijauhkan dari azab kubur dan api neraka... Dimasukkan ke dalam Syurga dengan Rahmat Mu Ya. Allah..

Satu saat kita jua akan pergi... Tetapi apakah amalan jariah kita... mampukah anak-anak kita mendoakan untuk kita... iaitu DOA ANAK SOLEH...Apakah ILMU YANG BERMANFAAT yang kita ajarkan... Apakah HARTA BENDA yang telah kita WAKAFKAN... atau dibelanjakan pada JALAN ALLAH..

Harapan saya perkongsian yang sedikit ini mampu menjadi ILMU BERMANFAAT kepada sesiapa yang membacanya dengan Hidayah dan Taufik daripada Allah S.W.T...

Terkenangkan BONDA (Chik..)


video


Happy Viewing...


Wassalam...

Rosniza Jusoh
                                   

1 comment:

rosnah said...

semoga usaha adik diberkati Allah s.w.t..
sama - samalah kita mendoakan agar kita menjadi insan yang diredhai oleh Allah swt..
semoga kita jga menjadi ank yg solehah kepada kedua ibu bapa kita ..
semoga Allah swt mencucuri rahmat ke ats roh mereka.. AMIN..