Followers

Wednesday, July 21, 2010

PERGI TIDAK KEMBALI

| Post views: counter
cash
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dapat kita bersambung semula untuk memahami isi kandung ceramah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Azhar Idrus bertajuk BEKAL MATI...




Seterusnya....

1) Anak soleh mengikut pendapat Imam Nawawi ialah anak yang BERIMAN dan beragama ISLAM walaupun fasik kerana sebagai hambaNYA kita tidak terlepas daripada melakukan dosa... Tetapi bukan yang telah rosak Aqidahnya umpamanya menentang HUKUM ALLAH seperti HUKUM HUDUD...

2) Cuba-cuba perhatikan anak-anak kita sekarang... Siapakah diantara mereka yang telah menjadi anak yang soleh ?

3) Berpesanlah kepada anak-anak supaya sentiasa mendoakan kebaikan ke atas ibubapa sekurang-kurangnya selepas solat 5 waktu... Semoga amalan itu berterusan walaupun kita telah mati... Jangan diharap selepas mati sahaja... Dikhuatiri ia bukan menjadi satu kebiasaan buat anak-anak... kerana manusia MUDAH LUPA....

4) Sekiranya tiada zuriat sendiri... jadikanlah anak-anak yatim, anak orang miskin, anak-anak pengajian sekolah agama, anak-anak pengajian tahfiz sebagai anak angkat. Bantu pembiayaian pengajiannya setakat yang mampu.. Mudah-mudahan ia menjadi amalan yang soleh dan mereka juga menjadi anak yang soleh... Kita yang membantunya juga akan mendapat sahamnya walaupun sekadar anak angkat...

5) Bersikap perihatin kepada anak-anak yatim, anak miskin, anak-anak pengajian agama/tahfiz yang susah... kerana mungkin sikap mereka yang tidak meminta-minta...

6) Walaupun begitu pahala amalan yang soleh boleh lupus sekiranya kita menzalimi, memfitnah, menganayai, merampas hak orang lain, menyakiti hati orang lain dan seumpamanya... Pahala amalan soleh kita akan diberi kepada orang yang kita zalimi, khianati... Malah dosa yang dilakukan oleh mereka pula yang terpaksa kita ambil. Inilah yang dikatakan golongan MUFLIS di Akhirat nanti... Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan tersebut. Amiiin...

7) Sekiranya tiada bekal mati yang dibawa maka terjilat-jilatlah... ( jilat jari je ler...) dan berputih matalah sahaja... Umpama hidup di dunia ini kita melihat kesenangan orang lain berkereta mewah, berumah besar... tetapi kita tiada wang maka berputih mata sahajalah... Cuma dapat melihat kesenangan orang lain... Bukan sama-sama menikmatinya...

 8) Diantara amalan-amalan yang dikira sedekah jariah seperti:
  1. Membuat telaga/perigi untuk kemudahan orang ramai. Selagi mana perigi itu digunakan selagi itu pahala akan diperolehi. Sekiranya orang yang ditinggalkan tahu bahawa perigi itu untuk wakaf tidak boleh ditutup atau dikambus tanpa sebab yang darurat di sisi Islam.
  2. Mengajar orang lain ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat.
  3. Membuat parit atau sungai untuk kegunaan ramai.
  4. Menjirus tanam-tanaman. Selagi pokok yang dijirus itu hidup dan memberi manfaat kepada makhluk lain tidak kira manusia, haiwan, tumbuhan lain dan semua makluk Allah yang ada ... Insyallah akan mendapat ganjaran pahala...
  5. Membina masjd/surau... atau membantu dalam usaha untuk membina masjid/surau, pondok-pondok agama, sekolah agama dan seumpamanya. Begitu juga dengan masjid/surau atau pondok-pondok agama yang diwakafkan tidak boleh dirobohkan tanpa sebab yang darurat di sisi Islam. Orang yang merobohkan RUMAH ALLAH adalah BERDOSA BESAR....
  6. Meninggalkan Kitab-kitab Al-Quran untuk dibaca seperti sedekahkan kepada masjid/surau, pusat-pusat tahfiz dan sebagainya... Satu huruf yang dibaca kita juga mendapat satu pahala... Meninggalkan buku-buku agama, risalah agama, kaset agama dan sebagainya yang mana ilmu itu memberi manfaat dan tidak HARAM dari Syarak.  
* Oleh itu adalah HARAM meninggalkan buku-buku, majalah-majalah, vcd yang HARAM isi kandungnya dari HUKUM SYARAK seperti ada gambar-gambar yang mendedahkan aurat, perkara yang melalaikan, aksi yang menjolok mata dan sebagainya... Kalau ada hendaklah DIBAKAR SEKARANG kerana kita tidak tahu bila kita akan mati... Hidup sentiasa diintai KEMATIAN...

MATI itu PASTI... Mungkin sesaat lagi... mungkin esok... atau lusa... Sedarlah SETIAP DETIK YANG BERLALU... Mendekatkan kita dengan KEMATIAN.... TIDAK DAPAT DITUNDA ATAU DIPERCEPATKAN WALAU SESAAT PUN....

Ramai yang mencari untuk BEKALAN DI MASA HADAPAN... Bilakah kesudahan masa hadapan? Masa hadapan sekarang adalah esok... esok masa hadapannya lusa... lusa masa hadapannya... Sebenar-benar MASA HADAPAN KITA ADALAH KEMATIAN.... APAKAH BEKAL MATI KITA???

Dengar-dengarkan nasyid dari Rabbani ini.... Hayatilah liriknya... Semoga Allah mencucuri RAHMAT KE ATAS ROH ARWAH USTAZ MOHAMAD ASRI IBRAHIM.... Dengan harapan jua nasyid yang ditinggalkan ini menjadi amalan soleh beliau. Amiiin...


video



Wassalam....



rosniza jusoh
Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor





No comments: