Followers

Wednesday, July 28, 2010

USTAZ YUNUS KAMARUDDIN - MEMELIHARA LIDAH

| Post views: counter
smslån
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t...

                                        

Perkongsian hari ini hasil saya mendengar kuliah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Yunus Kamaruddin, Mudir Pusat Tahfiz Al-Kholidi, Ukay Bistari, Ampang, Selangor... mengenai "MEMELIHARA LIDAH"..

Diantara kesimpulan dari kuliah tersebut ialah:

1) Jangan mengata orang atau binatang walaupun perkara itu betul... Dilarang mengejek apa yang ada pada orang lain walaupun hanya terdetik di hati seperti melihat orang pendek melintas di hadapan kita... lalu di dalam hati berkata.. "Eh! pendeknya orang tu.." Seolah-olah kita mengejek ciptaan Allah... Pendek atau tinggi sifat kejadian seseorang telah ditentukan Allah... Oleh itu hati hendaklah Redha... Terima apa yang telah ditentukan Allah...

2) Mengata atau mengumpat orang lain seperti memakan daging orang yang diumpat sehingga tinggal tulang sahaja.. Dosanya tidak akan diampunkan selagi tidak diminta ampun dari orang yang diumpat dan dia telah memaafkannya..

3) Dengan sebab LIDAH juga manusia boleh masuk Syurga ataupun Neraka...

Lidah yang sentiasa lembab menyebut nama Allah dan selawat terhadap Rasulullah, berzikir, berdoa, membaca aya-ayat Quran, mengingatkan dan menyampaikan perkara berguna, mengajar ilmu yang bermanfaat dan seumpamanya... Insyallah dengan Rahmat dan Kasih sayangnya ke Syurga...

Tetapi lidah yang digunakan untuk mengeji, mengumpat, mengata, menyakiti hati, berdusta, bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah apalagi haram menyebabkan empunyanya ke Neraka...

4) " LIDAH IBARAT ANJING GILA"... boleh bercakap apa sahaja... Awasilah percakapan mu... Banyak berbicara... banyak silapnya... banyak silap, banyak dosanya... orang yang BERDOSA Neraka tempatnya..

Oleh itu PENJARAKAN LIDAH MU DARIPADA BERBUAT DOSA KERANANYA...

5) Janganlah kita mengata orang lain kerana apa yang dikatakan itu akan kembali semula kepada kita...

6) Islam itu penuh dengan MALU... Malulah untuk berbicara perkara-pekara yang melalaikan... Malulah untuk melakukan DOSA... Bila tiada malu... tiadalah Iman.. MALU ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN... "MALU YANG SEBENAR ADALAH RASA SELALU DIPERHATI OLEH ALLAH"

7) Sebelum melakukan sesuatu dalam kehidupan sehari-hari... berfikirlah sejenak... bertafakur dalam diri... apa yang nak dibuat... apakah adabnya... bagaimanakah caranya... apakah doanya... Jangan main redah sahaja.. "ISLAM ADALAH CARA HIDUP... HANYA ISLAM YANG MEMPUNYAI PERADABAN YANG TINGGI..."

Kehidupan Islam merangkumi semua aspek kehidupan bermula saatnya celik mata di pagi hari... sehingga terlelapnya mata di malam hari...

8) Sunnah Nabi adalah sunat untuk diikuti dan dicontohi... Sunnah nabi tidak boleh dihina, dikeji, HARAM menghina Nabi... Umpamanya menjilat sisa-sisa makanan di jari selepas makan adalah Sunnah Nabi untuk mendapat berkah yang terdapat pada makanan... bagi orang yang boleh menerimanya... Alhamdulillah... ikutilah... tetapi mungkin juga ada yang rasa jijik... tak payahlah buat... tapi jangan dikutuk orang yang melakukan perbuatan tersebut...

9) Hendaklah sentiasa ada sifat MALU pada Allah kerana kita hanya menumpang hidup di Dunia milikNYA...

10) Tidak sempurna Agamanya bagi orang yang TIADA TAKUT... iaitu takutkan ALLAH... TIADA AKAL jika tidak dipeliharakannya.... Namun fikiran Akal hendaklah mengikuti SYARAK...
 Jangan HUKUM AKAL melebihi HUKUM SYARAK..

Kepincangan hidup berlaku sekarang kerana ramai yang menggunakan Hukum Akal melebihi Hukum Syarak seperti seorang wanita yang telah menutup aurat bila keluar rumah tetapi bersolek, berdandan cantik, berwangi-wangian, tidak berstokin, bertumit tinggi sedangkan HUKUM SYARAK adalah HARAM bila seorang wanita yang baligh keluar daripada rumah berbuat demikian... Namun HUKUM AKAL mengatakan... apa salahnya kerana aku dah menutup aurat... apa salahnya untuk kelihatan cantik... di dalam mematuhi HUKUM SYARAK tiada bertolak ansur...

11) Dosa-dosa yang dilakukan membuatkan HATI menjadi keras... Susah untuk menerima Hidayah Allah.. Sukar untuk taat perintah Allah dan menjauhi laranganNYA...

12) Tiada Ibadat sekiranya TIADA ILMU... Bila sudah ada ilmu.. manfaatkannya dengan mengamalkannya... Dalam mengamalkannya kena banyak SABAR dan menahan diri... Itulah BERMUJAHADAH namanya... Dugaan dan ujian pasti banyak untuk menguji sejauh mana KEIMANAN dan KESABARAN... "Orang yang banyak diuji oleh Allah adalah orang yang disayangiNYA..."

13) Tiada Imannya bila Tiada Warak... Orang yang Warak adalah orang yang berhati-hati di dalam bicaranya, tutur katanya. perbuatannya, tingkah lakunya, gerak-gerinya...

14) Jangan ambil HAK orang lain... Ambil bukan sekadar rampas atau curi... tetapi kalau sesuatu barang itu bukan HAK kita SENTUH pun tidak boleh... Itu sudah dikira mencuri... sudah dikira mengambil hak orang... tidak kiralah walaupun barang itu buruk atau kecil nilainya...

15) Tiada perikemanusiaan sekiranya tiada SEDEKAH... Sedekah itu akan melipatgandakan rezeki... Bagi wanita yang telah berkahwin tidak boleh bersedekah dengan harta suaminya tanpa keizinan terlebih dahulu... melainkan makanan yang akan basi kalau disimpan lama, boleh disedekahkan tanpa mendapat keizinan terlebih dahulu... Namun begitu hendaklah diberitahu juga...

" TIADA TAUBAT TANPA TAUFIK... (KEKUATAN UNTUK MELAKUKAN KETAATAN)
  TIADA KEMURAHAN HATI BAGI YANG TIADA MALUNYA..
 TIADA MENCEGAH DIRI DARIPADA BERBUAT MAKSIAT, PERUT BUMI ADALAH LEBIH BAIK BAGINYA DARIPADA PUNGGUNGNYA..."



Ustaz Yunus Kamaruddin
Get this widget

Track details
eSnips Social DNA
   
  Untuk  ceramah penuh sila dengar melalui MP3 di atas.
 
 
 
 
Wassalam...
 
rosniza jusoh
 

No comments: