PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Tuesday, May 17, 2011

MY LITTLE GARDEN

| Post views: counter
since 17/05/2011
amal jariah ku


Setelah hampir 4 bulan berlalu... alhamdulillah kami sekeluarga dapat merasai  hasil kebun kecil ku... Jiran-jiran juga dapatlah merasa sekali, walaupun tidak seberapa... Namun hati terasa amat gembira dan puas hati dapat makan dari hasil usaha sendiri...

Sebenarnya hati sudah lama nak update blog ni tetapi...
ada masalah untuk ambil gambar kerana "handphone" yang biasa saya gunakan untuk ambil gambar sudah hancur dilanggar kereta dan "handphone"  kesayangan hubby pula terjatuh dan hilang selang seminggu selepas saya punya sudah hancur.... Dugaan betullah...

Kebetulan pada 1Mei yang lalu... saya pinjam kamera digital anak buah untuk ambil gambar di Pusat Tahfiz Al-Kholidi, Ulu Yam... lalu saya gunakan kesempatan ini untuk ambil gambar kat kebun kecil ku... Inilah hasilnya....


Sebelum ini tempat ini ditanam dengan sawi...
Alhamdulillah pokok-pokok sawi ini hidup dengan subur
dan daunnya besar-besar sekali...


Semasa mula-mula gambar ni diambil anak-anak pokok sawi
ini baharu nak membesar...
Selepas seminggu masing-masing nak tunjuk kehebatan...
Semuanya besar-besar belaka...
Adalah ambil gambar masa tu... tetapi tak sempat nak upload...
Handphone dah hancur dahulu...


Sekarang ditempat yang sama dijadikan tempat menanam sementara
anak-anak pokok ulam raja dan cili...
Pokok sawi sudah habis dimakan...
Masa tu boleh dikatakan hari-hari ler makan lauk berasaskan sawi...
Nasib ler anak-anak tak jemu...


Keadaan kebun kecil ku di awal proses penanaman dahulu...
Pokok-pokok dalam proses mahu tumbuh...
Yang kelihatan tumbuh dengan subur pada masa tu anak-anak pokok ulam raja...


Sekarang pokok-pokok semua sudah membesar...
Terutama pokok ulam raja...
Beranak pinak bukan main banyaknya...
Sampai tak ada tempat dah nak tanam...
Semua tempat dah dipenuhi dengan anak-anak pokok terung, tomato, timun jepun, cili, ulam raja, pegaga, kangkung, kesum, betik, kacang botor dan pandan...


Semasa dalam proses menyiapkan tempat untuk menanam pokok terung...


Sekarang... anak-anak pokok terung sudah membesar...








Bunga pun sudah keluar...
Semasa gambar ni diambil baru je keluar bunga...
Hari ni dah berbuah...
Cuma tunggu beberapa hari lagi untuk buahnya besar sedikit...
Tapi sayang tak dapat nak ambil gambar kerana kamera telah pun dipulangkan kepada anak buah...


Disebabkan semasa tabur anak benih dulu... main tabur je...
Bila dah tumbuh... banyaklah pula anak pokoknya...
Ruang tanah yang ada terhad... Jadi kenalah tanam dalam polibeg...


Tidak cukup ruang kat belakang rumah...
Di hadapan rumah pun penuh dengan anak-anak pokok terung ni...


Nampaknya semua sudah membesar...
Nak kena tukar dalam polibeg yang besarlah sedikit...
Kalau tak nanti terbantutlah tumbesarannya
kerana tanah yang terhad dalam polibeg yang kecil ni...


Deretan anak-anak pokok terung dan ulam raja di hadapan rumah



Semasa mula-mula tanam 4 bulan yang lalu...
Pokok-pokok ulam raja dalam proses membesar...
Waktu itu adalah dalam 8 pokok sahaja...


Sekarang bukan main subur lagi setelah mengeluarkan biji benihnya...
Merata-rata dipenuhi dengan anak pokok ulam raja...


Berbunga lagi...


Anak-anak pokok ulam raja yang tumbuh sendiri hasil dari biji-biji benih yang jatuh bertaburan...


Sampaikan ruang yang sempit pun ditanam pokok ulam raja...
Bukan apa... sayanglah pulak tengok anak-anak pokok bersesak-sesak ditempat yang sempit...


Anak-anak pokok ulam raja ni mudah hidup walaupun di tepi longkang yang sempit ni...


Tak cukup tanah kat belakang rumah...
Ditanam pula dalam polibeg diletak di hadapan rumah...



Anak-anak pokok ulam raja juga ditanam di dalam bekas
yang diberikan oleh jiran belakang rumah...
Bekas ini diletakkan di luar pagar
supaya jiran-jiran yang mahu senang memetiknya...
Oleh kerana terlampau banyak... jiran-jiran juga diberikan anak-anak pokok ni...
Hari-hari ulam raja ni tidak ketinggalan dalam menu harian...
Apalagi dicecah sambal belacan...
Pehhh!!! Terangkat....
Yang kelakarnya bila buat sandwich pun diletakkan ulam raja ni...
Al-maklumlah.. timun jepun pun ditanam juga...


Batas anak-anak pokok timun jepun diperingkat awal penanaman


Sekarang pokok-pokok timun jepun ni sampai tak cukup ruang untuk memanjat...


Syukur alhamdulillah...
Akhirnya dapat merasa timun jepun hasil tanam sendiri...
Setelah cubaan untuk kali kedua...
Cubaan kali pertama semua anak pokok mati akibat diserang penyakit batang lembik...


Buah timun jepun ni rasa sangat sedap...
Ranggup dan manis...
Mungkin sebab tanam sendiri kot...
Jiran-jiran pun suka...
Anak-anak suka hati bila dapat petik buah timun ni...
Terutama Kak Chik... anak ku yang ke tiga...
Setiap hari dia akan meninjau kat pokok ni
kalau-kalau ada buah yang telah sedia dipetik...


Bunga pokok timun jepun


Namun tidak dapat dielakkan oleh serangan serangga yang seperti ladybird ni...


Beginilah rupa daun yang telah dimakan oleh mereka...
Sabar jelah...
Nak guna racun serangga takut merbahayakan pula...


Semasa awal-awal tanam dahulu pokok pegaga ni hanya sejemput sahaja...


Sekarang tumbuh subur...
Hampir keseluruhan batas pokok terung dipenuhi oleh pokok pegaga...
Pegaga ni banyak khasiatnya...
Asal anak pokok ni pun terjumpa semasa nak dibersihkan halaman belakang
pada peringkat awal pembersihan daripada "pokok gandum"(lalang lah tu )...
Sajalah cuba-cuba tanam...
Tak sangkalah sampai boleh hidup subur macam ni...
Semua itu KUASA ALLAH S.W.T...


Anak-anak pokok kesum pada peringkat awal penanaman...


Pokok-pokok kesum yang kian merimbun...
Bukan main suburnya...
Makin dipotong pucuknya untuk dimakan... makin subur...
Buat kerabu ulam kesum + pegaga + ulam raja...
Timun jepun dicicah pula dengan sambal belacan...
Pehh!!!!
Makan nasi sampai berpinggan-pinggan...


Anak pokok betik ni sebenarnya ditanam oleh anak-anak perempuan ku...
Yang dijumpai tumbuh terbiar...
Mungkin disebabkan bila makan betik biji dibuang merata-rata...


Rupa-rupanya sejuk tangan mereka...


Sekarang sudah mula membesar...
Cuma tak tahu ler.. Pokok ni jantan ke betina...
Harap-harap betinalah...
Hari-hari mereka sibuk bertanya...
Bila pokok betik ni nak berbuah...


Ni anak pokok cili... Baru je nak tumbuh...
Bila ditabur biji benih tu pada awalnya macam tak nak tumbuh je...
Lepas tu tabur lagi menggunakan biji daripada buah cili yang dibeli dari pasar malam...
Selepas sebulan anak-anak cili ni bukan main banyak lagi yang tumbuh...
Alih-alih terpaksalah dipindahkan dalam polibeg sebab tak cukup ruang...


Ni anak pokok cili yang benihnya dibeli dari TESCO...
Benih SERBAJADI katanya... Ni pun dah menjadilah ni...



Anak-anak pokok cili dah mula berbunga...


Malah dah ada yang mula berbuah...
Masa gambar diambil baru belajar nak keluar...
Hari ni sudah agak besar dan panjang...
Nak tunggu masaklah pula...
Mungkin dalam seminggu lagi kot...



Tak cukup ruang belakang...
Macam biasalah, ruang hadapan pula yang dipenuhi...
Pokok ni ditanam dalam pasu
sebab pada awalnya pokok-pokok ni yang membesar dahulu...
Dari biji benih SERBAJADI juga...
Tetapi yang ditanam kat tanah di belakang rumah yang berbuah dahulu...
Menunjukkan bercucuk tanam di tanah lebih baik daripada di dalam pasu ni..


Namun begitu pokok ni juga sedang mengeluarkan bunga...
Insyallah tidak lama lagi berbuahlah tu...


Yang ditanam di dalam polibeg ni adalah
dari biji benih yang saya beli buah cilinya dari pasar malam...



Deretan pokok cili di halaman depan rumah...
Sehinggakan hampir 80 anak pokok cili
yang tumbuh dan dipindahkan di dalam polibeg...
Sudah terlampau banyak, diagih-agihkan kepada jiran tetangga...
Jiran-jiran yang melewati di depan rumah
menyangkakan saya hendak jadi penjual anak pokok lah pulak...


Pokok kacang botor yang baharu sahaja nak tumbuh pada 3 bulan yang lalu...


Pokok kacang botor sekarang sudah memanjat pagar


Tetapi belum nampak tanda-tanda untuk berbuah...


Anak-anak pokok tomato yang ditanam semenjak sebulan yang lalu..


Sewaktu foto ini diambil pokok ini masih belum berbunga lagi


Pagi tadi sewaktu saya meninjau-ninjau di kebun kecil ku,
pokok tomato mula berbuah... alhamdulillah...


Pokok pandan semasa mula-mula tanam dahulu...


Alhamdulillah kini tumbuh dengan sihat dan suburnya...


Kini bertambah lagi koleksi dengan pokok limau kasturi dan limau purut...


Anak pokok longan yang baharu saja ditanam...


Cuba-cuba menanam pokok anggur...
Manalah tahu dapat merasa hasilnya nanti...
Apa spesiesnya tak tahu ler...
Bila tanya kat pak cik yang jual tu katanya yang berbuah hijau...
Anak pokok ni beli kat pasar malam je... RM 15 sepokok...


Yang ni pulak katanya  pokok anggur berbuah merah...



Pokok anggur dikatakan ditanam menggunakan keratan batang...
Yang ni cubaan sendiri...
Keratan batang tu didapati daripada jiran yang telah menanam pokok anggur ni..
Jiran pun kurang pasti apa spesies pokok yang dibelinya...
Katanya dibeli di Cameron Highlands...
Setakat ni pokok jiran tu belum lagi berbuah walaupun hampir setahun dah ditanam...


Alhamdulillah...
Hampir semua keratan batang tu hidup dan mengeluarkan akar yang banyak...
Mudah-mudahan dapat hidup subur dan berbuahlah nanti...



Jangan terkejut... Ini adalah pokok durian you...
Katanya pokok kacukan durian Musang King + D apa ntah...
Dah lupa...
Kata pak cik yang jual tu dalam 5-7 tahun berbuahlah...
Dan pokoknya tak tinggi...
Kalau panjang umur dapatlah merasa hasilnya...
Kalau tak... rezeki anak cuculah... Hi..hi..hi...

Bukan apa... Ilham nak tanam pokok durian ni datang
Apabila pergi kat Ulu Yam kat Tahfiz Along belajar tu...
Sepanjang jalan masuk ke sana dipenuhi dengan pokok durian...
Anak-anak seronok bila tengok buah-buah durian yang berjuntaian...
Nak merasa kebun sendiri... tak ada...
Lepas ni bercadang nak tambah 2 pokok lagi...
Masalah nak tanam tempat tu tak ada...
Hubby kata... mana ada orang tanam durian kat area perumahan ni...


Terkini ada ditambah beberapa jenis anak pokok lagi seperti pokok mangga, pokok rambutan dan pokok jambu mawar....  Baru sahaja beli... Cadang nak tanam kat depan rumah pulak... Yea lah halaman orang lain dah puas merasa hasilnya.... Saya baru je berminat nak bercucuk tanam ni... Orang kata baru sampai seru kot...



Anak-anak pula sibuk menambah koleksi binatang peliharaan...
Yang pening kepala saya dan hubby nak kena bersihkan najis-najis
yang baunya menusuk hidung...
Semuanya sudah besar-besar...


 

Yang ni dinamakan "Lily"...
Terpaksa diasingkan kerana suka bergaduh dan menyerang yang lain...


Sekarang ni selain Arnab mereka juga ada membela anak-anak kucing...
Dua ekor kucing ni diberi nama "Kit dan Kat"...
Kucing ni dijumpai terbiar dekat surau...
Yang kasihannya dianayai oleh budak-budak nakal sampai badan pun luka-luka...
Anak-anak tak sampai hati tengok, dibawanya balik...


Nasib ler kucing ni tak buang najisnya merata-rata kat dalam rumah...
Bila nak buang najisnya dia akan berlari keluar rumah...
Gelagatnya pula menghiburkan hati...
Menikus bukan main...


Si "Kit" kucing kesayangan Kakak...


Ini pula kucing kesayangan Abby... Si Kitty


Yang ni entahlah apa namanya...
Dua ekor ni pun kucing yang terbiar kat belakang rumah...
Anak-anak geram nak bela... tapi asyik lari je dari rumah...
Hendak dipegang dan dibelai pun susah...
Bila time nak makan baru datang....
Yang dua ekor ni tak semanja "Kit" dan "Kat"
yang suka dibelai dan mahu duduk dalam rumah je...

Catatan ni sudah lama ditulis... tetapi lama terperap dalam "draft" kerana ada masalah teknikal semasa nak upload gambar... Akhirnya hari ini selesai juga.... ALHAMDULILLAH.....


Wassalam


















No comments: