since 20/05/2011 amal jariah ku |
الآفة التاسعة الغناء والشعر أما الغناء فلقد سبق في باب السماع ذكره وأما الشعر فكلام حسنة حسن وقبيحه قبيح إلا أن التجرد له مذموم
Ertinya:
Bermula Kebinasaan Yang Kesembilan itu iaitu... الغناء
Yakni bernayanyi-nyanyi dan bersyair...
Maka tiap-taip yang menyebutkan di dalamnya itu perkataan kebajikan...
Maka ianya adalah kebajikan...
Maka tiap-tiap yang menyebutkan di dalamnya itu perkataan yang keji...
Maka ianya adalah kekejian...
Tetapi melazimkan masa semata-mata hanya bernyanyi dan bersyair sahaja...
Itu yang dicela oleh syarak...
Walaupun di dalamnya ada perkataan yang baik...
Kerana yang demikian itu...
Mensia-siakan waktu...
Dan tiada manfaat di dalam Akhirat...
Rasulullah S.A.W bersabda...
لأن يمتلىء بطن أحدكم قيحا خير من يمتلىء شعرا
Ertinya :
Bahawasanya perut kamu yang penuh dengan nanah...
adalah lebih baik daripada perut yang dipenuhi syair...
Imam Ghazali R.A berkata...
والمحذور منه المداومة وقطع الزمان به ولا فقد ورد ما يدل على جوازه
Ertinya:
Dan tertegah dari bersyair itu ialah...
melazimkan masa sehari-hari dengannya...
Memusatkan zaman (masa) dengannya...
Dengan penuh masghul ( مشغول ) dengannya...
Dan jikalau tiada melazimkan akan dia...
Maka sesungguhnya ada hadis Nabi...
Yang menunjukkan HARUS bersyair itu...
No comments:
Post a Comment