Dalam Kenangan...
Gambar diambil sebelum kejadian berlaku...
Wajah-wajah riang terpancar dari hati mereka...
Rupa-rupanya Syurga telah memanggil mereka...
Betapa beruntungnya mereka...
Walaupun cara pemergian mereka menyayat hati...
Namun itulah JANJI ALLAH...
Setiap yang bernyawa akan merasai MATI...
Tidak akan tercepat atau pun terlambat walaupun SATU SAAT jua...
Bila melihat wajah-wajah mereka...
Membuatkan saya teringatkan anak sulong ku... Alif...
Yang jua kini sedang menuntut ilmu Allah di Ulu Yam...
Sebagai hati seorang ibu hati ku terpukul pilu...
Gambar Alif bersama-sama rakan-rakan seperjuangan semasa di PENDANG, KEDAH
Mereka yang telah pergi kembali ke RAHMATULLAH...
Disedekahkan ayat-ayat suci AL-QURAN & AL-FATIHAH...
Semoga RUH mereka semua ditempatkan di TAMAN-TAMAN SYURGA...
Kepada mereka yang terselamat...
Pasti meninggalkan TRAUMA di JIWA...
Semoga sentiasa TABAH menghadapi segala CUBAAN DAN UJIAN dari ALLAH...
Kita yang masih hidup ini belum pasti lagi saat dan waktunya bila akan dipanggil kembali...
NAMUN MATI ITU SENTIASA MENGEKORI...
SUDAH BERSEDIAKAH UNTUK MATI...
Lagi gambar-gambar kejadian tanah runtuh...