amal jariah ku (since 07/01/2011) |
Kebinasaan Kelima:
الآفة الخامسة الخصومة
Ertinya:
" Bermula kebinasaan yang kelima itu...
Iaitu berkelahi dan berbantah-bantahan...
Dan iaitu dicela oleh syara’ dan lagi haram..."
Kata Imam al-Ghazali رحمه الله maksudnya:
" Dan iaitu dicela pula oleh syara’...
Dan iaitu bahawa engkau berkelahi akan manusia...
kerana engkau tuntut daripadanya....
[supaya] menyempurnakan akan hakmu...
Atau kerana engkau menuntut akan hartamu... "
(Kerana) sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
إن أبغض الرجال إلى الله الألد الخصام
Ertinya:
" Bermula [bahwasanya] yang terlebih benci seorang laki-laki itu...
Pada Allah Ta’ala itu, iaitu orang yang sangat kuat berkelahi ..."
(Menurut takhrij al-‘Iraqi, hadits ini riwayat al-Bukhari)
* Bermaksud menjadi perkara yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka berkelahi...
Dan (lagi) sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
من جادل في خصومة بغير علم لم يزل في سخط الله حتى ينزع
Ertinya:
" Barangsiapa mujadalah di dalam perkelahian...
Dengan tiada ilmu...
Nescaya sentiasa ia di dalam murka Allah Ta’ala...
Hingga kembali ia daripada perkelahiannya kepada berdamai... "
(Menurut takhrij al-‘Iraqi, hadits ini Ibn Abi ad-Dunya dan al-Asbahani didalam at-Targhib wa at-Tarhib, Dhoif)
Rujukan link: http://al-fanshuri.blogspot.com/search/label/Kebinasaan%20Lidah
Wassalam
rosniza jusoh
No comments:
Post a Comment