amal jariah ku (since 29/01/2011) |
Kebinasaan kelapan... iaitu laknat
Iaitu adakalanya melaknat akan haiwan....
Dan adakalanya melaknat akan (جمادات)
seperti batu dan kayu dan lainnya...
Dan adakalanya melaknat akan manusia...
Sekeliannya itu ditegahkan oleh syarak...
(Melaknat iaitu suka bersumpah seranah, memaki hamun)
Sabda Nabi S.A.W...
المؤمن ليس بلعان
Ertinya:
" Bermula orang yang mukmin itu...
Tiada ia membanyakkan melaknat akan sesuatu.."
Dan Nabi S.A.W bersabda lagi...
ألا تلاعنوا للعنة الله ولا بغضبه ولابجهنم
Ertinya:
" Jangan kamu melaknat dengan laknat Allah S.W.T...
Dan jangan dengan murkaNYA...
Dan jangan dengan Neraka... "
Dan kata Hazifah رضى الله عنه ...
ما تلاعن قوم قط إلاحق عليهم القوم
Ertinya:
" Tiada melaknat seseorang akan sesuatu kaum itu...
Melainkan sebenarnya terkena atas kaum mereka itu sendiri..."
Dan berkata Saiditina A'isyah رضى الله عنها ...
سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم...أبا بكر وهو يلعن رقيفه فالتفت إليه فقال... يا أبا بكر أصديقين ولعانين كلاورب الكعبة وأعاد مرتين أو ثلاثا فأعتق أبوبكر يومئذ
بعض رقيقة وجأ إلى النبى صلى الله عليه وسلم وقال لاأعود
Ertinya:
" Mendengar Rasulullah صديقين
Akan Saidina Abu Bakar...
Dan dia melaknat akan hamba sahayanya...
Maka berpaling Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepadanya...
Maka... Bersabda Baginda...
"Wahai Abu Bakar!
Adakah berhimpun orang yang melaknat
Dengan orang yang Siddiqiin (صديقين) ?...
Dan Demi Tuhan Kaabah...
Tiada berhimpun yang sedemikian itu..."
Maka mengulangi lagi Nabi صلى الله عليه وسلم
Akan perkataannya itu dua kali atau tiga kali...
Maka Saidina Abu Bakar lalu memerdekakan...
Pada hari itu akan setengah hamba sahayanya...
Dan datang dia kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم
dan berkata: " Dan tiada aku kembali lagi yang sedemikian itu.."
Adapun melaknat atas seseorang itu...
Yang telah sabit kafirnya... seperti Abu Jahal...
Ataupun Fir'aun dan barang sebagainya...
Maka itu adalah HARUS...
Tetapi yang terlebih afdhal... JANGAN MELAKNAT!!!...
Dan jikalau atas iblis sekalipun maka yang lebih baik...
JANGAN MELAKNAT akan ia...
HARUS melaknat atas orang kafir atau fasik secara umum...
Seperti berkata Allah melaknat orang-orang kafir...
Atau Allah melaknat orang-orang fasik...
Tetapi TIADA HARUS bila disebutkan namanya...
Seperti Allah melaknat Si Fulan yang kafir...
Atau Allah melaknat Si Fulan yang fasik...
Kerana... Barangkali...
Harus yang kafir yang tertentu itu masuk Islam...
Harus yang fasik yang tertentu itu bertaubat...
Maka yang demikian itu TIADA HARUS
MELAKNAT akan ia...
Wassalam
rosniza jusoh
No comments:
Post a Comment