PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Tuesday, August 17, 2010

MALAM LAILATUL QADAR

| Post views: counter
drdating.com
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


lailatul qadar Pictures, Images and Photos


سُوۡرَةُ القَدر



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH dan MAHA PENYAYANG

إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1)

 وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2)

 لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3)

تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤
Pada Malam itu, turun malaikat dan  Ruh( Malaikat Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4)

سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ (٥
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)

Alhamdulillah... kita semua diberi kesempatan untuk bertemu dan beramal ibadat di Bulan Ramadhan yang penuh Rahmat, Keampunan dan Keberkatan... Sebelum tibanya Ramadhan... kita sering memohon kepada Allah agar diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan... Berpuasa di Bulan Ramadhan... Dan kini Bulan Ramadhan sudah berada di ribaan... Lakukanlah pengisiannya...

Bulan Ramadhan bulan untuk melatih diri... Melatih diri untuk menundukkan dan melemahkan HAWA NAFSU... Jika bulan-bulan sebelum ini kita terpaksa berlawan dengan HASUTAN SYAITAN dan HAWA NAFSU... Satu IMAN di dada melawan 2 musuh yang nyata... Pasti akan tewas... Apalagi kalau Iman setipis kulit bawang...

Inilah masanya untuk kita melemahkan HAWA NAFSU dengan amalan BERPUASA.. Rakan baik NAFSU iaitu SYAITAN telah dirantai... Gunakanlah kesempatan ini... Bukannya melatih NAFSU dengan berbelanja di bazar Ramadhan dengan mengikut hawa nafsu... Berbuka dengan pelbagai juadah yang mana tidak kesemuanya dapat dimakan dan dihabiskan... berlaku pula pembaziran... Itulah sifat Syaitan... Berpuasa untuk merasa lapar dan dahaga... Rasa lapar itu yang melemahkan NAFSU.... Rasa lapar itu yang menyekat laluan SYAITAN... Jadi bila sudah berlalu Ramadhan... jadikanlah berpuasa itu sebagai satu amalan... seperti berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis... Insyallah hawa nafsu dapat ditundukkan...

Berpuasa... juga melatih diri Menahan KEINGINAN untuk melakukan sesuatu yang dilarang... Seperti dilarang bersetubuh pada siang hari... Menahan MULUT daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah, melalaikan apalagi berdusta... Menahan MATA daripada melihat perkara-perkara maksiat seperti melihat aurat orang lain yang terdedah, menonton filem yang pelakonnya mendedahkan aurat... Menahan HATI daripada bersifat mazmumah seperti ada perasaan dengki, dendam, marah, mengutuk dan mengata di dalam hati... Menahan DIRI daripada ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan maksiat seperti ke pawagam, berjanji temu di taman-taman, membeli belah di bazar Ramadhan... Kenapa bazar Ramadhan boleh membawa kepada MAKSIAT?

Antara sedar atau tidak ramai yang berpuasa PAHALANYA akan berkurangan bila pergi ke bazar Ramadhan... Sayang sekali seharian letih berpuasa... bila petang menjelang membeli- belah di bazar Ramadhan pahala menjadi kurang... Di bazar Ramadhan macam-macam ada... Berpusu-pusu orang datang membeli-belah... Dalam kesibukan ada yang bergesel badan, terhimpit tanpa disengajakan... dan kadang-kadang ada yang sengaja mengambil kesempatan... Pakaian yang dipakai bermacam-macam fesyen ada yang menutup aurat tetapi tidak lengkap, ada yang terdedah di sana sini... Seharian Menahan MATA semuanya percuma sahaja... Pastikah kita dengan juadah yang dibeli... Siapakah yang menyediakannya? Adakah dia menjaga SOLATNYA? Kalau hubungannya dengan ALLAH tidak dijaga apatah lagi hubungannya dengan manusia... Adakah yang menjual menjaga auratnya? Mungkin penyediaannya sambil lewa... Sedangkan hati dan darah daging kita terbentuk daripada apa yang dimakan... Apa akan jadi kepada HATI dan Pembentukan Akhlak jika memakan makanan yang disediakan daripada tangan-tangan yang FASIK? Bunyinya memanglah sakit... tetapi itulah REALITI...

Di bulan Ramadhan digalakkan banyak Mengaji Al-Quran kerana pahalanya berganda... Bila seseorang khatam membaca Al-Quran di bulan Ramadhan.. dirinya didoakan oleh ribuan Malaikat... Masyallah... Ini sebagai ganjaran dan latihan kepada diri... Sebenarnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca sahaja... Ia adalah KALAM ALLAH... Ada perkara PENTING yang disampaikan oleh ALLAH... Al-Quran adalah PENUNJUK kepada KEHIDUPAN kita di DUNIA... Bila kita tidak MEMAHAMI apa yang disampaikan PASTILAH TERSESAT daripada JALAN ALLAH... Jadikan amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan kita sehari-hari... Bacalah walaupun sebaris ayat setiap kali selepas Solat dan fahami maksud ayat tersebut... Selepas difahami, dihayati... jadikan AMALAN dalam kehidupan...

Selain daripada itu kita juga dianjurkan agar banyak bersedekah dan beramal jariah terutamanya di bulan Ramadhan ini... Pahala bersedekah itu terlalu banyak... Inilah pelaburan yang paling menguntungkan... Setiap nilai yang disedekahkan akan berlipat menjadi 7 kali ganda dan setiap cabangnya itu digandakan 100 kali lagi... Inilah Multi Level Marketing yang sebenar di dalam Islam... tetapi ramai yang tidak mahu merebut peluang ini kerana nilai pahala itu tidak nampak dipandangan mata kasar... Kalau dilihat daripada ayat-ayat perintah daripada Allah di dalam Al-Quran... Suruhan Solat sentiasa diiringi dengan suruhan Bersedekah...

Surah Al-Baqarah ayat 3...

ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣
Iaitu orang-orang yang BERIMAN dengan perkara-perkara Ghaib dan orang-orang yang mendirikan Solat dan orang-orang yang MENGINFAKKAN(Bersedekah) rezeki yang diperolehi mereka..

Surah Al-Baqarah ayat 43...

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٲكِعِينَ (٤٣
Dan dirikanlah Solat dan tunaikanlah Zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk...


Surah As- Sajadah ayat 16...

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمۡ عَنِ ٱلۡمَضَاجِعِ يَدۡعُونَ رَبَّہُمۡ خَوۡفً۬ا وَطَمَعً۬ا وَمِمَّا  رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُون   (١٦ 
Menjauh punggung-punggung mereka daripada tempat baring... mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan merendah diri... dan sebahagian daripada rezeki mereka disedekahkan...

Surah Al-Baqarah ayat 272...

لَّيۡسَ عَلَيۡكَ هُدَٮٰهُمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ يَهۡدِى مَن يَشَآءُ‌ۗ
Tidaklah menjadi kewajipan ke atas mu( Nabi Muhammad) untuk memberi Hidayah kepada mereka... Dan sesungguhnya ALLAH lah yang memberikan Hidayah  kepada sesiapa yang dinginiNYA...

وَمَا تُنفِقُواْ مِنۡ خَيۡرٍ۬ فَلِأَنفُسِڪُمۡ‌ۚ وَمَا تُنفِقُونَ إِلَّا ٱبۡتِغَآءَ وَجۡهِ ٱللَّهِ‌ۚ
Dan apa jua yang kamu semua Infakkan(Sedekahkan) daripada kebaikannya (pahala daripada bersedekah) itu adalah untuk diri kamu semua jua... Dan tidaklah kamu semua memberi infak(sedekah) kecuali untuk mencari KEREDHAANNYA ALLAH...

وَمَا تُنفِقُواْ مِنۡ خَيۡرٍ۬ يُوَفَّ إِلَيۡڪُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ (٢٧٢
Dan tidaklah kamu infakkan(sedekahkan) daripada kebaikannya pahala itu dikembalikan kepada kamu dan kamu semua bukanlah orang-orang yang dizalimi...

Allah menegaskan di sini apa jua yang kita sedekahkan adalah sebagai saham akhirat untuk diri kita jua... Katakan kita ada duit RM 100... dan kita sedekahkan RM 10... Ramai yang beranggapan baki yang RM 90 itulah hak kita dan RM 10 itu menjadi hak orang lain iaitu menjadi hak kepada orang yang disedekahkan... tetapi HAKIKAT SEBENAR adalah berbeza... Hak yang menjadi milik anda yang anda laburkan untuk bekalan di akhirat nanti hanyalah RM 10 sahaja... RM 90 itu cuma anda belanjakan untuk kehidupan Dunia yang belum tentu menjadi milik anda... Mungkin anda laburkan untuk membeli rokok, mengisi minyak kereta, tukar tayar kereta yang pancit, beli alat make up dan sebagainya...

Beruntunglah orang bersedekah sebanyak RM 90 dan yang tinggal cuma RM 10 untuk keperluan diri... Janganlah rasa takut dan rugi kerana menderma... kerana janji ALLAH yang dia akan mengantikan dengan rezeki yang LEBIH BAIK lagi... Allah yang MAHA PEMBERI REZEKI... Sekiranya itulah rezeki yang ALLAH tentukan untuk kita tiada satu kuasa pun yang dapat MENGHALANGNYA atau MENYEKATNYA... YAKINLAH dengan JANJI ALLAH...

Amalan bersedekah ini juga jadikan amalan harian walaupun bukan di bulan Ramadhan... Walaupun tidak banyak... hanya RM 1 sehari pun sudah memadai... Masukkan RM 1 ke dalam tabung surau atau masjid setiap kali solat berjemaah di sana... Ajar dan didiklah anak-anak kecil dengan sikap suka bersedekah seperti galakkan mereka menyumbang RM 0.20 atau RM 0.50 daripada wang belanja sekolah... Ceritakan kebaikannya dan ganjaran pahala yang diperolehinya... Bukan nilai yang jadi ukuran tetapi KEIKHLASAN HATI dan mendidik sikap yang baik... Ini lebih baik daripada mereka membeli makanan ringan yang merosakkan kesihatan dan akhlak.... Fikir-fikirkanlah...

Amalan sunat lain yang tiada di bulan lain ialah dengan mengerjakan Solat Sunat Terawih Berjemaah... Di bulan Ramadahan melakukan Solat Sunat ganjarannya seperti melakukan Solat Fardhu... Sememangnya bila kita melakukan amal ibadat bukan kerana ganjaran pahala... tetapi rebutlah kesempatan yang Allah berikan... Jadikanlah latihan di bulan puasa solat Terawih berjemaah di surau atau masjid sebagai kesinambungan amalan Solat Fardhu Berjemaah di surau atau masjid di bulan-bulan lainnya... Janganlah surau atau masjid hanya meriah sebulan dalam setahun... tetapi sunyi sepi di bulan-bulan lainnya...

Ramai juga yang memperuntukkan masa dengan melakukan solat-solat Tahajud di waktu Sahur terutama di bulan Ramadhan ini... Ini adalah antara amalan-amalan Rasulullah yang tidak pernah baginda tinggalkan... Bertahajud di penghujung malam... Lebih-lebih lagi mengharapkan bertemunya MALAM LAILATUL QADAR...  Ramai alim ulamak berpendapat malam ini berlaku di sepuluh penghujung Ramadhan iaitu 10 malam terakhir Ramadhan... Allah sengaja merahsiakan bilakah berlakunya Malam Lailatul Qadar... supaya hamba-hambaNYA yang Soleh BERUSAHA untuk mencari Malam tersebut... Hari ini baru hari ke 7 umat Islam berpuasa... Masih jauh lagi... Betulkah begitu?

Walaupun ada yang berpendapat masanya Masih Jauh lagi... tetapi HENDAKLAH BERUSAHA dari sekarang... Jadikan Solat Tahajud itu sebagai amalan... Bukan sekadar bangun sahur untuk makan kerana risau lapar pada esok hari... Isikan waktu sahur dengan solat-solat tahajud, berzikir dan bermunajat kepada Allah, mengaji ayat-ayat Al-Quran...  Amalan ini bukan dilakukan kerana ingin mencari Malam Lailatul Qadar tetapi jadikanlah amalan setiap hari di bulan-bulan yang lain juga... kerana orang yang dapat bangun di malam hari untuk BERTAHAJUD HANYA ORANG-ORANG TERPILIH oleh ALLAH SAHAJA...

Untuk mencari MALAM LAILATUL QADAR... seringlah BERDOA SETIAP MASA YANG TERLUANG apalagi setiap kali selesai Solat Fardhu dengan DOA....

"YA ALLAH...
Kami memohon Redha MU dan SYURGA MU...
Dan kami memohon dilindungi daripada MURKA MU dan NERAKA MU...

YA ALLAH...
Masukkanlah kami ke dalam golongan yang diberi TAUFIK
Untuk mendapatkan malam LAILATUL QADAR...

YA ALLAH...
Sesungguhnya ENGKAU MAHA PEMAAF...
ENGKAU sukakan kepada KEMAAFAN...
Oleh itu...
Maafkanlah kesalahan-kesalahan kami...
Dan...
Kesalahan-kesalahan semua Muslimin dan Muslimat...

Dengan Berkat RAHMAT MU...
Wahai TUHAN yang MAHA PENYAYANG...
Dari segala yang penyayang...

Amiiin.... YA RABBAL A' LAMIIIN..."


Mudah-mudahan kita semua terpilih oleh ALLAH S.W.T untuk bertemu Malam Lailatul Qadar dan dapat BERAMAL dengan AMALAN yang SOLEH di malamnya...




Wassalam...
rosniza jusoh





No comments: