PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Wednesday, August 11, 2010

JAGA PERANGAI ANAK-ANAK - Part 2

| Post views: counter
dejting guiden
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


السلام عليكم




Alhamdulillah... akhirnya Allah memberi diri ini kesempatan dan peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini... Semoga Allah jua akan mempertemukan kita dengan malam Lailalutul Qadar.... Amiin...

Selain memastikan diri dapat menunaikan ibadah puasa... pastikan jua anak-anak juga turut berpuasa... Latihlah anak-anak kecil untuk belajar berpuasa walaupu berumur 3 tahun... Tidak dapat sepanjang hari sekurang-kurang sebahagian hari atau mengikut kemampuannya... Yang penting didik dan asuh anak-anak erti bulan Ramadhan yang sebenar... Bulan Ramadhan bukan sahaja setakat berpuasa... tetapi
 kesempatan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan bersahur bersama-sama, berbuka puasa bersama-sama dan pergi solat terawih bersama-sama... Aktiviti yang tidak dilakukan pada bulan-bulan yang lain...



Hari ini ingin ku sambung kembali kesimpulan ceramah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz..." Jaga Perangai Anak-anak..."

(Hasil nukilan Adlina Kesayangan Ku..)

  1. Awasi percakapan anak-anak. Jangan dibiarkan anak-anak terbiasa bercakap dengan meninggikan suara, menjerit-jerit atau menengking-nengking... Apalagi yang memaki hamun, bersumpah seranah... Walaupun dalam pergaulan dengan rakan-rakan sebaya... Ini akan menimbulkan budaya yang tidak berhati-hati bila bertutur dan tidak menghormati orang lain dalam percakapan... Anak-anak akan menjadi kurang sensitif dengan apa yang dicakapkan...
  2. Jangan diajar bersumpah untuk orang mempercayai percakapannya... Ini menimbulkan rasa kurang yakin dan kepercayaan pada diri anak-anak... Bersumpah baru orang nak percaya... kadang-kadang boleh menyebabkan anak suka bercakap bohong kerana pada pemikirannya walaupun bercakap bohong orang akan percaya bila bersumpah...
  3. Ajar anak-anak tertib dalam percakapan... lebih banyak mendengar daripada bercakap... Diam dan mendengar bila orang lain bercakap... tunggu sehingga orang habis bercakap, baru bercakap... Beri peluang kepada orang yang lebih tua daripadanya bercakap dahulu... Ajar seperti..." Bila ibu atau ayah sedang bercakap.. tolong diam dan dengar..." , " biar along bercakap dahulu, baru adik boleh bercakap.." dan seumpamanya... Anak-anak kecil tidak boleh menyampuk percakapan orang dewasa... kurang hormat... kalau ingin menyampuk minta izin dahulu... seperti " Minta maaf menganggu... boleh saya bercakap sesuatu..."
  4. Kenali siapa rakan-rakan anak-anak.. Jangan dibiarkan anak-anak bercampur gaul dengan rakan-rakan yang bercakap kotor, mencarut, bersumpah seranah... Dibimbangi anak-anak akan terpengaruh dan meniru cara percakapan mereka.. Mencegah dahulu sebelum parah..  Ajar anak-anak untuk memulaukan rakan-rakan yang bercakap kotor atau mencarut.. 
  5. Jangan dibiarkan anak-anak bercakap lebih daripada sepatutnya... Nanti hilang perasaan malu... Bila banyak bercakap dibimbangi percakapan yang sia-sia... banyak bercakap yang tidak benar... ada tokok tambah... ada rekaan dan khayalan... ( Jangan biarkan semangat dalam diri keluar melalui banyak bercakap... nanti kerja lain tidak menjadi...)
  6. Larang anak daripada duduk menongkak dagu atau tidur dengan meletakkan tangan di atas dahi atau selalu berpeluk tubuh... Itu menandakan sifat kemalasan...
  7. Ajar, didik dan asuh anak-anak untuk menghormati orang dewasa atau orang yang lebih tua daripadanya.. Bila ada orang yang lebih tua datang ke rumah, tunjukkan hormat dengan bangun daripada tempat duduk, persilakannya masuk, bersalam atau berjabat tangan... Ramai anak-anak zaman sekarang yang kurang hormat pada orang tua... Walaupun ada tetamu yang datang tidak diraikan atau bersalaman... tetap terpaku sedang asyik menonton TV atau berkurung di dalam bilik...
  8. Ajar anak-anak untuk memberi tempat atau ruang kepada orang yang lebih tua... jangan lalu lalang sesuka hati di hadapan orang tua... duduk di hadapan orang yang lebih tua dengan penuh tertib dan hormat..
  9. Beri peluang untuk anak-anak beriadhah selepas penat belajar seharian di sekolah. Bermain untuk menyegarkan badan dan merehatkan fikiran.... galakkan anak-anak bermain permainan yang dianjurkan oleh Rasulullah seperti melempar batu ( untuk melepaskan perasaan yang terpendam ), memanah ( mendidik untuk lebih fokus atau memberi perhatian ),  berlumba lari, berenang,berpuisi, berpantun dan seumpamanya...
  10. Didik anak-anak untuk menghafal perkataan yang baik seperti doa-doa harian, zikir-zikir munajat, ayat-ayat Al-Quran, Hadis-hadis yang sahih, syair atau sajak-sajak yang baik dan bermanfaat.... Bukannya berbangga bila mendengar anak-anak menyanyi lagu-lagu ajaran Yahudi dan Nasrani seperti " Ba.. ba black sheep.. Are you sleeping... Humpty dumpty..".. Memang bagus untuk anak-anak fasih berbahasa Inggeris... tetapi sekarang telah banyak lagu-lagu yang berunsur Islam dalam bahasa Inggeris... biarlah mereka mendapat kedua-duanya sekali... Anak-anaklah penentu keturunan kita yang akan datang... Kalau bukan kita yang mendidiknya sekarang siapa lagi.. Jangan biarkan keturunan kita terus berbuat MAKSIAT kepada Allah tanpa rasa MALU dan BERDOSA... " JANGAN DIBIASAKAN ANAK-ANAK DENGAN PERKATAAN  " AH! BIASA LA..."

LAGU BERUNSUR ISLAM UNTUK ANAK-ANAK...




Untuk mendengar ceramah yang disampaikan sila klik audio player di bawah.
* Beliau menggunakan loghat Kelantan.. mungkin ada sesetengah kurang memahaminya. Harap maklum.


[Perkahwinan] Jaga...




Wassalam
rosniza jusoh

" andainya saat ini aku mati..."

1 comment:

JjajHanbaly said...

Apa yang penting dalam membesar anak-anak ialah penjagaan dari sumber pemakanan dan pastikan tiada ada unsur-unsur syubaha kerana elemen ini memungkinkan sukarnya ibubapa mendapat faedah anak-anak yang bersolat , berdoa serta kebaikan yang tertentu bila kita bermastautin dalam alam yang cukup menakutkan serta tiada siapa pun dapat mengagak akan suasana didalamnya ! Jjaj Hanbaly