بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم
Perkongsian kali ini saya ambil dari ceramah yang disampaikan oleh Yang Berhormat dan Berbahagia Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar, Kelantan yang bertajuk
" JAGA PERANGAI ANAK-ANAK".
Anak-anak merupakan satu anugerah dan permata yang tidak ternilai yang diberi oleh Allah terhadap hambanya. Melalui kelahiran anak-anak menunjukkan hasil cinta dan kasih sayang pasangan suami isteri... Anak-anak merupakan satu tanggungjawab yang akan dipertanggungjawabkan di Akhirat nanti...
Namun kini ramai yang tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak yang dilahirkan... Ramai pasangan yang bersekedudukan melahirkan anak luar nikah, kerana ikut nafsu serakah, anak dibuang di tong sampah...
Ramai anak yang digelar anak derhaka... tetapi sebelum anak menjadi anak derhaka... Apakah pasti sebagai ibubapa kita telah mendidik anak-anak dengan sewajarnya... Betulkah kita tidak menderhaka kepada anak-anak? Betulkah kita tidak menderhaka kepada Sang Pencipta kita... Allah Yang Maha Esa?