Followers

Thursday, November 11, 2010

TAHFIZ AL-QURAN

dejting guiden
amal jariah ku
(since 28.12.2010)



Hari ini... Khamis 11hb.November 2010...
Keputusan peperiksaan UPSR diumumkan... Ramai ibubapa yang lebih berdebar daripada anak-anak yang mengambil peperiksaan... Kalau Aku pun mungkin bersikap sedemikian juga... Sepatutnya Alif juga mengambil keputusan UPSR hari ini sekiranya dia memilih untuk meneruskan pembelajarannya...

Masih Aku ingat... sewaktu Aku menyambutnya pulang dari Kedah, setelah tamat Program Qalbun Salim awal Januari lalu... Aku amat terkejut melihat perubahan penampilan anakku... Aku rasa syahdu, sedih, pilu dan teramat gembira... Rasa rindu yang teramat lalu ku peluk dan ciumnya sepuas-puas hati ku... Harum bau minyak atar yang dipakainya sampai melekat ditangan dan baju ku... Ada sinar ketenangan pada raut wajahnya... Sejuk hati ku dan mata ku memandangnya... Ya Allah... Sungguh Aku rasa bertuah dan bersyukur melahirkan anak seperti Alif...

Monday, November 8, 2010

NAMA ISLAM

drdating.com
amal jariah ku
(since 28.12.2010)


Islam merupakan agama yang sempurna. Maka, nama menjadi salah satu perhatian utama sebagai identiti pengenalan umat Islam.

Rasulullah bersabda,


“Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.”

(Al-Hadith)

Sunday, November 7, 2010

ANUGERAH ALLAH

drdating.com
amal jariah ku
(since 28/12/2010)




Tanggal 29hb.Oktober yang lalu genaplah usia anak sulong ku,
MUHAMMAD ALIF BIN ROSLI 12 tahun.... Memang sudah terniat di hati ini untuk mencatat sesuatu sempena ulangtahun kelahirannya... Namun.. keadaan dan masa tidak mengizinkan... Lalu ku gunakan kesempatan waktu yang terluang di kala ini...

Masih ku ingat lagi saat aku membuat pemeriksaan samada aku mengandung atau tidak... kerana itulah pengalaman pertama yang ku lalui... Aku melakukan secara diam tanpa pengetahuan suami ku... kerana memang Aku bekerja di hospital... Memudahkan Aku untuk membuat pemeriksaan tersebut... Bila diberitahu positif mengandung... Bercampur baur yang ku rasakan saat itu... Terkejut..gembira... antara percaya dengan tidak.... Namun hakikatnya Aku teramat gembira... Alhamdulillah....

Saturday, November 6, 2010

MENYAHUT PANGGILAN ALLAH

drdating.com
amal jariah ku
(since 28.12.2010)




Pada 27hb.Oktober yang lalu... Lebih kurang jam 7.30 pagi suami ku menerima panggilan dari adiknya, Zaini mengatakan emak saudara kami, Wan Uda di Teluk Intan sakit tenat... Wan Uda yang kami anggap seperti ibu sendiri... Seorang yang baik hati, lemah lembut, peramah dan penuh dengan sikap keibuan...

Aku mengenalinya semasa beliau datang bersama rombongan meminang ku dulu... Waktu itu telah ku lihat sikapnya yang ramah dan senang mesra walaupun baru ku kenali... Begitu juga sewaktu majlis perkahwinan kami... Aku lihat Wan Uda dan keluarganya begitu rapat dan mesra dengan keluarga suami ku... Secara tidak langsung juga aku pun menjadi rapat dan lebih mengenali Wan Uda dan keluarganya...