PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Friday, December 31, 2010

20 KEBINASAAN LIDAH

| Post views: counter

smslån
amal jariah ku
(since 31/12/2010)



20 KEBINASAAN LIDAH ini... Aku perolehi daripada KITAB SIRAS SALIKIIN...
Kitab peninggalan arwah ibu ku... Kitab yang begitu banyak sekali manfaatnya...
Semasa arwah ibu masih hidup... Aku tidak begitu ambil peduli tentang kewujudan kitab ini...

Arwah ibu selalu mengikuti kelas agama yang diadakan di masjid di kampung Ku...
Waktu itu Aku masih dalam belasan tahun... Bila ibu mengajak Aku mengikutinya sekali ke kelas tersebut... Aku sering menolak... Bagi Aku dulu... mendengar kuliah agama agak bosan apalagi yang hadir kebanyakan yang sudah agak berumur...

Namun...
. setiap kali habis belajar di masjid, bila pulang ke rumah... Ibu pasti menyuruh Aku membaca semula untuknya topik yang dibelajarnya tadi... Kata Ibu... Penglihatannya kurang jelas kerana tulisannya kecil... Lagipun Aku boleh membaca jawi... Bahasa yang digunakan di dalam kitab ini... adalah bahasa lama...
Jadi Aku pula menerangkan kepada Ibu tentang maksud yang ingin disampaikan... Secara tidak langsung Aku juga membaca ilmu-ilmu yang ada di dalam kitab ini...

Bila Ibu sudah tiada lagi...
Aku teringatkan kitab-kitab yang pernah Ibu belajar dahulu...
Bila Aku pulang ke kampung... Aku bertanyakan kepada kakak ipar Ku tentang kitab ini... Alhamdulillah kitab ini masih ada... Lalu Aku ingin berkongsi... apa yang Aku baca daripada kitab ini... Semoga ada manfaatnya... dan juga menjadi amal jariah buat Ibu... diri ku dan kita semua...


Segala kebinasaan lidah itu iaitu duapuluh (20) perkara.



1) الآفة الأولى الكلام فيما لا يعني

Kebinasaan pertama itu... iaitu berkata-kata di dalam barang yang tiada memberi faedah di dalam akhirat.



2) الآفة الثانية فضول الكلام

Kebinasaan kedua... iaitu berlebih-lebih perkataan, iaitu mengarang perkataan yang lebih daripada sekira-kira hajat yang terkaya daripadanya.
(Melebihi hajat yang sepatutnya)
 
3) الآفة الثالثة الحوض في الباطل وهو الكلام في المعاصي

Kebinasaan ketiga itu... iaitu masuk berkata-kata di dalam yang bathil dan iaitu berkata-kata di dalam perkataan yang maksiat (seperti) menghikayatkan [menceritakan] akan segala kelakuan perempuan yang helat dan menghikayatkan akan kelakuan yang meminum arak dan menghikayatkan ia akan segala tempat pekerjaannya yang membawa kepada fasiq....
(Bercakap perkara maksiat, pembuat maksiat dan pekerjaan yang maksiat)

4) الآفة الرابعة المراء والمجادلة

Kebinasaan keempat itu... iaitu Mira`un (al-Mira`), yakni mencela akan perkataan orang dan mungkir (mengingkari) akan dia dan mujadalah yakni membantahi akan perkataan orang dengan dalil, supaya ia menang dan supaya alah (kalah) orang itu...
(Perkataan orang lain salah je... Bila bercakap asyik nak menangkan diri sahaja... Dirinya aje yang betul)

5) الآفة الخامسة الخصومة 


Kebinasaan kelima... iaitu berkelahi dan berbantah-bantahan dan iaitu dicela oleh syarak dan lagi haram.


6) الآفة السادسة التشدق في الكلام بتكليف السجع والتفصيح فيه

Kebinasaan yang keenam... iaitu membaikkan di dalam perkataan dengan memperberati diri dengan sajak-sajak di dalam perkataan dan memperberati fasih-fasih di dalam perkataan, kerana yang demikian itu membawa kepada riya` iaitu dicela oleh syarak.

7) الآفة السابعة السب والفحش والبذاءة في الكلام، وهو مذموم

Kebinasaan ketujuh... iaitu memaki akan orang dan mengata akan manusia dengan perkataan yang keji-keji dan dengan perkataan yang jahat-jahat dan iaitu dicela oleh syarak...


8) الآفة الثامنة اللعنة اما حيوان أو جماد فو إنسان

Kebinasaan kelapan... iaitu laknat.. iaitu adakalanya melaknat akan haiwan dan adakalanya melaknat akan    (جمادات) seperti batu dan kayu dan lainnya... Dan adakalanya melaknat akan manusia sekeliannya itu ditegahkan oleh syarak...
(Suka bersumpah seranah, memaki hamun)


9)الافة التاسعة الغناٴ والشعر أما الغنإ فلقد سبق في باب السماع ذکره و أما  الشعر فکلام حسنة حسن وقبيحه قبيح إلا أن التجرد له مذموم

Kebinasaan kesembilan... iaitu bernyanyi-nyanyi dan bersyair.... Adapun bernyanyi dan bersyair yang melalaikan dan mengandungi perkataan yang keji...



10) الافة العاشر المزاح

Kebinasaan kesepuluh... iaitu bergurau-gurau dan bersenda-senda yang melebihi batas...

11) الافة الحادية  عشرة السخرية والاستهزاء وهو حرام

Kebinasaan kesebelas... iaitu mengajuk-ngajukkan orang atau mempersenda-sendakan orang atau menghinakan orang... Perkataan orang lain dijadikan bahan gurauan, diajuk atau dihina...
Perbuatan sedemikian adalah haram...

12) الافة الثانية عشرة افشاء السر وهو منهى عنه لما فيه من الايذاء والتهاون بحق المعارف والأصدقاء

Kebinasaan kedua belas... iaitu menzahirkan akan rahsia yang disembunyikan oleh orang lain...
Perbuatan sedemikian itu ditegah oleh syarak... Tidak amanah dengan rahsia orang lain...


13) الافة الثالثة عشرة الوعد الکاذب وهو منهى عنه وذلک من أمارات النفاق

Kebinasaan ketiga belas... iaitu janji yang didustai... Menyalahi akan janji...
Ianya ditegahkan oleh syarak... Dan yang demikian itu setengah daripada alamat orang yang munafik...

14) الافة الرابعة عشرة الکاذب في القول واليمين وهو من قبأح الذنوب

Kebinasaan keempat belas... iaitu berdusta di dalam perkataan... Dan berdusta di dalam bersumpah...
Dan itulah setengah daripada dosa yang terlebih keji...

15)الافة الخامسة عشرة الغيبة 

Kebinasaan  kelima belas... iaitu mengumpat akan orang... Hal ini sangat dicela oleh syarak...

16)الافة السادسة عشرة النميمة  

Kebinasaan keenam belas... iaitu mengadu-ngadu akan orang atau memindahkan perkataan orang lain padahal ia benci akan yang demikian itu...
( Supaya menjadi orang benci terhadap orang yang dituduh itu)... Perbuatan ini adalah HARAM...



17) الافة السابعة عشرة  کلام ذى السانين

Kebinasaan ketujuh belas... iaitu perkataan yang mempunyai dua lidah yakni seperti berulang-ulang seorang antara dua orang yang berseteru... padahal berkata-kata bagi tiap-tiap satu daripada dua orang yang berseteru itu dengan perkataan yang masing-masing bagi keduanya itu... Dan yang demikian itu iaitu hakikat orang yang munafik....
(Bermuka-muka... lidah bercabang dua... talam dua muka terutama kepada dua orang yang sedang berseteru@ bermusuhan)....

18)الافة الثامنة عشرة المدح

Kebinasaan kelapan belas... iaitu memuji akan seseorang itu dengan pujian yang tiada sepatutnya bagi mereka itu...

19) الافة التاسعة عشر الغفلة عن دقاءق الخطأ فى فحوىلکلام لا سيما فيما يتعلق بالله وبصفاته

Kebinasaan yang sembilan... iaitu lalai daripada tersalah mafhum perkataan yang halus-halus (yang tersirat maknanya... yang dalam maknanya)... Istimewa pula di dalam perkataan dengan segala zat Allah S.W.T... Dan segala sifatNYA... (Jika tiada ilmu dalam bab KETUHANAN... bertanyalah kepada alim ulamak)

20)
الافة العشرون سوأل لعوام عن صفات الله تعالى وعن کلامه و عن الحروف وانها
 قديمة أو محدثة وهو منهم فضول بل حقهم الاشتغال بالعمل دون العلم فان العوام
اذا خاضوا فى الکلام ربما تکلموا بما هو کفر ولا يشعون بذلک


Kebinasaan keduapuluh... iaitu pertanyaan orang yang awam daripada berbicara sifat Allah S.W.T... dan daripada kalam Allah S.W.T... dan daripada huruf kalam Allah S.W.T... dan bahawasanya huruf kalam Allah S.W.T... Qadim atau baru... Berlebih-lebih perkataan (membicarakan) yang tiada memberi akan dia faedah... Dan yang sedemikian itu tiada harus...


Insyallah... dengan izin dan kehendakNYA saya cuba untuk berkongsi penerangan lanjut bagi setiap kebinasaan lidah ini... Berdasarkan KITAB SIRAS SALIKIIN...

p/s:
Bagi Kebinasaan pertama sehingga ketujuh...
Saya juga mengambil maklumat daripada blog al-fansuri...
Link blognya: http://al-fanshuri.blogspot.com/search/label/Kebinasaan%20Lidah


Wassalam
rosniza jusoh

No comments: