PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Sunday, November 7, 2010

ANUGERAH ALLAH

| Post views: counter
drdating.com
amal jariah ku
(since 28/12/2010)




Tanggal 29hb.Oktober yang lalu genaplah usia anak sulong ku,
MUHAMMAD ALIF BIN ROSLI 12 tahun.... Memang sudah terniat di hati ini untuk mencatat sesuatu sempena ulangtahun kelahirannya... Namun.. keadaan dan masa tidak mengizinkan... Lalu ku gunakan kesempatan waktu yang terluang di kala ini...

Masih ku ingat lagi saat aku membuat pemeriksaan samada aku mengandung atau tidak... kerana itulah pengalaman pertama yang ku lalui... Aku melakukan secara diam tanpa pengetahuan suami ku... kerana memang Aku bekerja di hospital... Memudahkan Aku untuk membuat pemeriksaan tersebut... Bila diberitahu positif mengandung... Bercampur baur yang ku rasakan saat itu... Terkejut..gembira... antara percaya dengan tidak.... Namun hakikatnya Aku teramat gembira... Alhamdulillah....


Bila berita ini Aku kongsi dengan suami ku... Dia seakan tidak percaya kerana kami baru sahaja sebulan berkahwin... Namun Allah ingin memberi kami rezeki dengan cepat... Kami terima dan redha seadanya... Macam pelik pula.. bila sudah confirmed... Aku mula pening-pening dan alahan... Makan apa pun akan muntah balik... Dan yang paling Aku tak tahan bau badan suami Aku... Dia tidak boleh dekat dengan Aku... Bila berjauhan Aku rindu... Bila didekat Aku tidak mahu... Terpaksalah suami ku masuk bilik bila Aku sudah tidur... Nasiblah Aku dapat suami yang amat penyayang dan penyabar dengan karenah ku...

Bila kandungan mencecah 7 bulan selera makan bertambah... Musim alahan sudah berakhir... Aku paling suka makan manggo, plum, durian, yogurt dan minum susu serta air soya... Seingat Aku hari-hari Aku dan suami ku beli makanan dan minuman kegemaran ku di waktu itu... Mungkin secara berkebetulan dengan KEHENDAK ALLAH dan selera Aku semasa mengandungkan anak sulong ku, kulitnya putih dan gebu sewaktu dilahirkan... Kalau berbanding dengan adik-adik yang lain pun kulitnya lebih putih...

Amalan yang Aku sering amalkan sewaktu mengandungkannya ialah membaca ayat-ayat suci Al-Quran sambil Aku mengusap-ngusap perut ku... Kadang-kadang Aku berinteraksi dengannya... Dia seakan-akan dapat memahami dan bertindakbalas dengan rangsangan yang Aku berikan...

Aku dijangka melahirkan anak sulong ku pada 5hb.Nov. 1998... Oleh kerana ini adalah anak sulong... Aku ingin melahirkannya di kampung bersama arwah ibu ku pada ketika itu... Aku telah membeli tiket bas untuk pulang ke kampung Kuala Terengganu pada 30hb.Okt.1998... Seminggu lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor... Namun TAKDIR ALLAH mengatasi segalanya....

Pada pagi 28hb.Okt.1998 (Rabu)... Aku mendapati telah ada tanda-tanda awal kelahiran... Oleh kerana Aku bekerja di hospital... Lalu Aku ke wad bersalin untuk memastikannya... Aku diberitahu sudah ada bukaan untuk bersalin sebanyak 2 cm... Aku menelefon suami ku di pejabatnya...Waktu itu lebih kurang pukul 9.00 pagi... Aku dimasukkan ke wad bersalin...

Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama... Aku tertanya-tanya bagaimanakah rasa sakit bersalin... Aku sering mendengar betapa sakitnya ketika bersalin... Yang hairan Aku tidak merasakan sakitnya... Aku boleh gelak-gelak dan bergurau lagi dengan suami ku semasa di wad... Katanya Aku tidak seperti orang sakit hendak bersalin... Sedangkan ketika dia mendapat panggilan daripada ku tadi dia sudah cemas dan risau... Namun Aku tidak duduk diam... Mundar mandir di dalam wad... Kononnya supaya mudah bersalin... Selepas waktu Asar... tiba-tiba Aku rasa sakit yang mendadak sehinggakan tidak dapat berjalan lagi... Bila pemeriksaan dilakukan bukaan sudah 5 cm... Aku dihantar ke bilik untuk bersalin....

Aku ingatkan Aku sudah dekat untuk bersalin... Rupanya kena tunggu sehingga bukaan 10 cm dahulu... Ooohhh... Rupanya inilah yang dikatakan sakit bersalin... Bila sakitnya semakin kerap... Sakitnya ALLAH sahaja yang tahu... Sedih kerana terpaksa menghadapi sakit bersalin sorang-sorang... Suami ku tidak dibenarkan masuk untuk menemani... Terpaksalah Aku berpaut pada palang besi katil... Jam 8.00 malam bukaan sudah 8 cm... Jururawat mengatakan tidak lama lagi Aku dijangka bersalin... Sedangkan Aku rasa anak ku sudah mahu keluar... Dalam mengerang kesakitan... Aku tidak henti-henti mengucap dan berzikir kepada Allah agar dimudahkan Aku bersalin...

Jam sudah pukul 12 tengah malam... Aku terasa sakit yang teramat sangat... Air ketuban telah dipecahkan... sakitnya tidak tertahan lagi... Namun tiada kemajuan bagi laluan kelahiran... tetap juga 8 cm...
Aku sudah lemah dan tidak terdaya lagi... Tiba-tiba doktor mencadangkan kepada ku agar Aku bersalin melalui kaedah pembedahan... Kalau dibiarkan lama mungkin membahayakan kandungan ku... Demi keselamatan anakku... Aku bersetuju... Lalu Aku disorong ke bilik pembedahan... Rasa takut sudah tiada lagi... Yang penting nyawa anak ku... Bila Aku melihat wajah suami ku di luar wad semasa Aku ingin disorongkan ke wad pembedahan... Aku mendapat semangat dan kekuatan... kerana Aku amat rindu untuk melihat wajahnya semenjak Aku dimasukkan ke dalam wad bersalin tadi... dan bertarung dengan kesakitan seorang diri... Aku mendapat kekuatan bila dia mengenggam tangan ku sepanjang Aku disorongkan ke bilik pembedahan... Walaupun Aku dapat melihat kerisauan di wajahnya...

Semasa proses pembedahan Aku sedar sepenuhnya... cuma sakitnya tidak terasa... kerana Aku dibius cuma separuh badan... Dan Aku melihat segala-galanya melalui cermin lampu di siling bilik pembedahan... Ya Allah... Perut ku dilapah seperti melapah perut lembu... Saatnya tiba... Bila anakku dilahirkan pada pukul 12:46 pagi 29.hb.Oktober 1998... Paling Aku risau bila anak ku keluar dia tidak menangis... Allah sahaja yang tahu Aku mula terfikir yang bukan-bukan... Bila doktor menepuk-nepuk belakangnya barulah kedengaran tangisannya yang memenuhi segala ruang bilik pembedahan tersebut... Saat itu Aku juga menangis kegembiraan...

Dan saat yang paling Aku tidak akan lupakan sampai bila-bila ialah bila jururawat membawa bayi sulong ku kepada ku... Dia memberikan Aku SENYUMAN PERTAMA... SENYUMAN yang membuatkan SELURUH DUNIA KU TURUT TERSENYUM.... Dialah ANUGERAH ALLAH kepada kami... Di saat ku lihat wajahnya HILANG sudah segala kesakitan yang ku alami tadi...






Beginilah cara anak sulong ku dilahirkan dan begitu juga ke tiga-tiga adiknya...

KELAHIRAN MELALUI PEMBEDAHAN....



Wassalam...
rosniza jusoh







.

No comments: