Friday, August 5, 2011
PROGRAM AMAL JARIAH - SAHAM AKHIRAT ANDA
| Post views:
since 05/08/2011
Program Amal Jariah ini diwujudkan
Dengan NIAT kerana Allah S.W.T...
Untuk sama-sama menyumbang...
Dan berjuang di Jalan Allah...
Bersama-sama ingin melihat..
Pusat-pusat pengajian Ilmu Agama Allah
Maju dan berkembang...
Terutama di Pusat-pusat Tahfiz...
Melahirkan para Huffaz...
Membaca Al-Quran...
Memahami Al-Quran...
Menghayati Al-Quran...
Menghafaz Al-Quran...
Dan...
HIDUP BERPANDUKAN AL-QURAN...
KALAMU ALLAH....
Al-Quran walaupun hanya dipandang sudah mendapat pahala...
Membacanya lagi berlipat kali ganda pahalanya...
Satu huruf yang dibaca Allah memberikan 10 kali ganda pahala...
Membaca kalimah Basmallah sahaja diberikan 190 pahala...
Apalagi seorang yang sedang menghafaz Al-Quran...
Dalam sehari-hari bacaannya berulang-ulang...
Mungkin sahaja melebihi ribuan ganjaran pahalanya...
Orang yang turut sama menyumbang Insyallah juga mendapat pahalanya...
Semoga menjadi sedekah jariah kita...
Buat bekalan hidup di sana...
Harta Dunia tidak berguna...
Sekiranya tidak DIINFAK pada JALANNYA...
Oleh itu mari bersama-sama memberi sumbangan IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T...
Untuk membantu pembangunan dan pengurusan PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI...
Terutama sekarang ini mereka sedang berusaha untuk mengumpul DANA
Bagi mendirikan sebuah Masjid di Pusat Tahfiz Al-Kholidi Ulu Yam...
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala...
yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid...
Maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai...
Selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf...
Ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi...
Selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman...
Selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna...
Selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh...
Yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya...
Dan beristighfar baginya.
Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an...
Maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala...
Selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya...
Tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya
Antara Bentuk Sumbangan Yang Boleh Dilakukan:
1) Menyumbang terus ke Akaun PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI ...
2) Membeli sambil menderma CD ceramah-ceramah dalam bentuk Mp3
PENGAJIAN KITAB MUHIMMAH dan PENGAJIAN AL-HIKAM
( Terdapat 15 siri ceramah dalam satu keping CD )
Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian CD Mp3 ini sila KLIK DI SINI...
3) Melalui program Affiliate yang saya sertai
Iaitu TEKNIK HAFAZ AL-QURAN melalui KAEDAH JIBRIL...
Sekiranya anda berminat untu membeli CD ini...
Anda digalakkan membelinya melalui AFFILIATE yang saya sertai
Kerana setiap pembelian melaluinya akan disumbangkan RM 10.00
Kepada PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI
Semoga segala USAHA KITA DIBERKATI dan DIREDHAI ALLAH S.W.T...
Dan dikira sebagai salah satu AMAL JARIAH KITA nanti...
JAZAKALLAHU KHAIRON KHASIRA....
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment