since 16/08/2011
Hari ini kita digemparkan dengan isu mentega " Golden Churn Creamy Butter " disahkan haram. Mentega ini ramai digunakan oleh pengusaha kek lapis Sarawak... Tetapi kita juga mungkin terlepas pandang isu penggunaan telur dalam murtabak dan roti canai yang menjadi santapan setiap hari umat Islam di Malaysia... Apalagi sekarang di bulan puasa...
Kenapa kena ambil berat tentang isu ini ? Haramkah telur ayam tu?
Sememangnya telur ayam itu Halal dimakan... Tetapi pernahkah kita ambil berat tentang penyediaannya? Telur ayam yang dijual biasanya tidak dibersihkan terlebih dahulu... Kadang-kadang masih tersalut najis ayam pada kulitnya...
Penjual-penjual murtabak dan roti canai adakah mereka membasuh telur tersebut terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan lain? Sekiranya tidak maka apa yang disediakan itu bercampur najis... Dan makanan yang mengandungi najis itu HARAM dimakan... Bila dimasak di atas kuali dan basah dengan minyak masak maka kuali itu juga telah dicemari najis... Namun berapa ramai yang bertanya kepada peniaga-peniaga murtabak dan roti canai samada mereka membasuh atau tidak telur tersebut sebelum digunakan... Kebanyakkan kita merasakan sudah pastilah orang yang mengaku beragama Islam akan menyediakan makanan yang HALAL dan SUCI dari segi Syarak... Tetapi berapa ramai orang Islam yang memahami HUKUM SYARAK?
Perkara ini bukan sahaja terhad kepada peniaga-peniaga murtabak dan roti canai tetapi hampir kesemua peniaga yang menggunakan telur sebagai bahan asas seperti peniaga burger, kuih-muih, biskut, kek dan seumpamanya... Sebelum ini saya sendiri pun tidak pernah bertanya kepada peniaga-peniaga ini samada mereka membasuh telur terlebih dahulu sebelum digunakan...
Memang mengejutkan bila saya bertanya kepada kebanyakan peniaga murtabak mereka tidak membasuh telur yang digunakan terlebih dahulu... Sedangkan selama ini telah berpuluh-puluh biji murtabak masuk perut kami sekeluarga kerana ia merupakan makanan kegemaran kami sekeluarga.... Allahu Rabbi... Bagaimana Allah mahu menerima Solat kami dan doa kami kalau dalam diri kami terbina dari sumber yang Haram? Sesuap termakan benda HARAM.... Allah tidak menerima SOLAT yang selama 40 hari... Masya Allah...
Isu ini juga telah diperjelaskan oleh Ustaz Yunus Kamaruddin, Mudir Pusat Tahfiz Al-KHolidi di dalam ceramah beliau baru-baru ini....
No comments:
Post a Comment