PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Friday, May 20, 2011

ISLAM : MEMULIAKAN WANITA

| Post views: counter
since 20/05/2011
amal jariah ku



Cara Islam memuliakan dan menaikkan darjat wanita bukan seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang pembebasan wanita... iaitu dengan menuntut persamaan hak dalam jawatan, kedudukan politik, gaji, kebebasan bergerak di luar rumah dengan meninggalkan tugas asas mendidik anak-anak dan melayan suami... Dan kadangkala boleh menjatuhkan maruah wanita itu sendiri...

Namun ISLAM MEMULIAKAN WANITA dengan cara...


  • Mengawal dan menjaga MARUAH mereka... Keseluruhan badan wanita adalah AURAT kecuali muka dan tapak tangan... Malah suara juga dikira aurat... ISLAM MEWAJIBKAN semua aurat wanita DITUTUP... Untuk MELINDUNGI WANITA ITU sendiri...
  • Meringankan beban tugas... kerana itu HAK menjadi KETUA dan PEMIMPIN diberikan kepada lelaki... kerana TANGGUNGJAWAB itu amat berat yang mana akan dipersolakan kelak di HARI AKHIRAT....
  • Melindungi demi keselamatan dan terhindar dari fitnah... Wanita tidak boleh keluar dari rumah tanpa ditemani oleh mahramnya...
  • Meringankan bebanan perasaan... Wanita tidak wajib keluar BERJIHAD di medan perang... Gelanggang Jihad wanita cukup sekadar di rumah... Menjalankan TANGGUNGJAWAB sebagai ISTERI dan IBU... Dilakukan SEIKHLAS HATI dan mengharapkan KEREDHAAN ALLAH... Pahalanya sama seperti kaum lelaki yang BERJIHAD di medan perang...
  • Diberi kemudahan untuk masuk SYURGA berbanding kaum lelaki... Dengan hanya melakukan solat yang wajib 5 waktu, berpuasa di Bulan Ramadhan, mentaati suami dan menjaga maruah diri... INSYALLAH boleh masuk SYURGA melalui pintu mana yang dikehendakinya... ITULAH JANJI ALLAH....

 Sumber rujukan: Ciri-ciri Wanita yang membawa ke Syurga (Jaafar Salleh) terbitan Al-Hidayah Publications

No comments: