Followers

Sunday, January 16, 2011

KEBINASAAN LIDAH YANG KETUJUH

| Post views: counter
sminkochmakeup.se
amal jariah ku
(since 16/01/2011)


Kebinasaan Ketujuh:






الآفة السابعة السب والفحش والبذاءة في الكلام، وهو مذموم

Ertinya:
"Kebinasaan yang ketujuh itu...
Iaitu memaki akan orang dan mengata akan manusia...
Dengan perkataan yang keji-keji...
Dan dengan perkataan yang jahat-jahat...
Dan iaitu dicela oleh syarak..."

Dan meriwayatkan oleh Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى akan hadits ini dengan katanya:


نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن تسب قتلى بدر من المشركين

Ertinya:
" Menegahkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم
Bahawa memaki akan orang yang mati di dalam perang Badar...
Daripada orang yang musyrikin..."

(hadits riwayat Ibn Abi Dunya - al-‘Iraqi)


Dan lagi sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم


إياكم والفحش، فإن الله لايحب الفحش

Ertinya:
" Takuti olehmu akan perkataan yang keji itu...
Maka bahawasanya Allah Ta’ala tiada kasih...
Akan orang yang berkata akan perkataan yang keji itu... "

(hadits an-Nasaie dan al-Hakim dan hadits ini shahih menurut al-Hakim – al-‘Iraqi)


Dan lagi sabda Nabi صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم


البذاءة والبيان شعبتان من النفاق

Ertinya:
" Bermula perkataan yang jahat...
Dan orang yang menyatakan ‘aib manusia itu...
Iaitu kedua-duanya cabang daripada munafiq..."

(hadits riwayat at-Tirmidhi (hasan) dan Al-Hakim (shahih) – al-‘Iraqi)


Dan kata Ibrahim bin Maisarah رحمه الله تعالى:

يقال يحشر الفاحش المتفحش يوم القيامة في صورة كلب أو في جوف كلب

Ertinya:
" Dikatakan oleh setengah ulamak
Bahawa dihimpunkan orang yang berkata-kata...
Akan perkataan yang keji itu pada hari qiamat...
Padahal ia datang di dalam rupa anjing...
Atau di dalam perut anjing..."

*(Maksudnya orang yang berkata perkataan yang keji..
Akan dihimpunkan dalam rupa anjing pada Hari Kiamat nanti)


Dan kata Imam al-Ghazali رحمه الله تعالى (maksudnya):

" Dan adapun had perkataan yang keji dan hakikatnya itu...
Maka iaitu mengibaratkan daripada segala perkataan yang keji...
Dan segala yang jahat dengan ibarat yang nyata...

Dan berlaku kebanyakan lafaz keji itu...
Di dalam beberapa lafaz wiqaa` yakni jimaa’...
Dan barang yang berkaitan dengan dia...

Maka bahawasanya bagi orang yang ahlil fasad
( orang yang jahat) itu...
Beberapa ibarat yang shorih (nyata)...
Yang keji yang isti’maalkan (digunakan) oleh mereka itu...
Akan dia di dalam perkataan mereka itu...

* (Bermaksud orang yang jahat...
Akan menggunakan perkataan yang keji dan kotor itu..
Dengan terang dan nyata seperti "fuc*, pergi mampus,puk* emak kau dan sebagainya..)
Bermula orang yang sholeh itu benci mereka itu...
Mendatangkan akan tiap-tiap lafaz yang keji itu...
Dengan menshorihkan (menyatakan) akan dia...

Tetapi adalah mereka itu mengatakan tiap-tiap lafaz yang keji itu...
Dengan lafaz kinayah (secara sindiran) jua...
Dan menunjukkan atasnya itu...
Dengan lafaz al-rumuz yakni dengan lafaz isyarat jua...

Bukan dengan lafaz shorih (nyata)...
Dan menyebutkan akan dia...
Dengan lafaz yang hampir dengan dia...
Dan lafaz yang ta’luq dengan dia..."

* (Manakala orang yang soleh...
Benci untuk menyebut perkataan kotor dan keji itu...
Kalau terpaksa pun dalam bentuk sindiran...
Atau maksud yang sama hampir dengannya...
Menggunakan ayat yang lebih lembut dan sopan..)
Seperti kata Sayyidina ‘Abdullah ibn ‘Abbas رضي الله عنهما:


إن الله حي كريم يعفوويكني
 كني باللمس عن الجماع
 فالمسيس واللمس
 واالدخول والصحبة كنايات
 عن الوقاع وليس بفاحشة

Ertinya:
" Bahawasanya Allah Ta’ala itu hidup..
Yang Kariim (Mulia)...
Menegah daripada perkataan yang keji...
Dan perkataan yang jahat...


Akan menshorihkan akan dia..
(Bahawa disebutkan dengan bahasa yang terang)...


Dan adalah mengibaratkan Ia akan dia...
Dengan kinayah jua seperti dikinayahkan...
Dengan lafaz ‘al-lamsu’ yakni menyentuh itu...
Daripada lafaz jimak akan perempuan...


Maka lafaz ‘masis’ dan ‘lamsu’...
Dan lafaz ‘ad-dukhuul’
Dan lafaz sahaabah itu kinayah...
Dan iaitu tiada keji.


Bersalahan jikalau dishorihkan...
Dengan lafaz jimak
Atau dengan lafaz wiqaa’...
Atau dengan wathi’...
Maka iaitu keji pada syarak...


Dan kiaskan olehmu sekelian lafaz yang keji...
Pada orang banyak itu...
Maka iaitu jangan engkau shorihkan....

* ( Bermaksud perkataan yang keji janganlah dinyatakan dengan terang...
seperti "bersama" dengan isteri lebih baik...
daripada dinyatakan "bersetubuh @ berjimak" atau "fuc* " dengan isteri...)

Dan bersalahan lafaz yang keji itu...
Sebab bersalah-salahan bahasa..
Dan bersalah-salahan negeri..
Maka kiaskan olehmu...
Akan sekelian yang demikian itu... "

*( Lain negeri... lain bahasanya... lain maknanya...
mungkin sebutan sama tapi lain maknanya...
kalau sedemikian eloklah gunakan bahasa kiasan...)
Segala kebinasaan lidah itu iaitu duapuluh (20) perkara...
[dipetik dari kitab Sairus Salikin;
Shaikh Abdusshamad al-Falimbani;
Maktabah wa Mathba'ah Sulaiman Mar’ie,
Singapore 1372H – 1953M; juz 3, halaman 78-79]


Rujukan link: http://al-fanshuri.blogspot.com/search/label/Kebinasaan%20Lidah


Wassalam
rosniza jusoh










.

No comments: