PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Saturday, January 8, 2011

KEBINASAAN LIDAH YANG KE ENAM

| Post views: counter
dejting guiden
amal jariah ku
(since 08/01/2011)



Kebinasaan Keenam:


الآفة الخامسة السادسة التشدق في الكلام بتكليف السجع والتفصيح فيه

Ertinya:
Kebinasaan yang keenam...
Iaitu membaikkan di dalam perkataan dengan memperberati diri dengan sajak-sajak...
Di dalam perkataan dan memperberati fasih-fasih di dalam perkataan...
Kerana yang demikian itu membawa kepada riya` iaitu dicela oleh syara’...

Seperti sabda Nabi صلى الله عليه وسلم:


أنا وأتقياء برءاء من التكلف

Ertinya:
Bermula aku dan umatku yang takut akan Allah Ta’ala....
Lepas daripada memberati daripada bersajak di dalam perkataan...
Dan lepas daripada berbuat perkataan yang fasih-fasih...

*[Kata Imam an-Nawawi, hadits ini tiada tsabit.
Dan diriwayatkan oleh ad-Daruqutni daripada Zubair al-Awwam
Di dalam al-Ifrad, hadits marfu’ – Ithaf]


(Dan lagi) sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

شرار أمتي الذين غدوا بالنعيم يأكلون ألوان الطعام ويلبسون ألوان الثياب ويتشدقون في الكلام

Ertinya:
Bermula yang terlebih jahat umatku...
Ialah mereka yang memakan yang sedap-sedap...
Iaitu memakan mereka itu beberapa warna makanan...
Dan memakai mereka itu akan akan beberapa warna pakaian...
Dan adalah mereka itu memberati diri mereka itu...
Berbuat perkataan yang bersajak-sajak...
Dan berbuat perkataan yang fasih-fasih...

[Hadits riwayat Ibn Abi ad-Dunya dan al-Baihaqi – al-‘Iraqi]


(Dan adapun) perkataan bersajak dan perkataan yang berfasih...
Dengan tiada bersusah dan tiada memberati diri buat akan dia itu...
Maka tiada dicela oleh syarak...
Kerana maksud [daripada] dengan perkataan itu...
Iaitu mudah memberi faham akan manusia...

Dan bersajak dan fasih dengan tiada bersusah itu...
Memberi faham di dalam hati...
Dan lagi meraghib [menggemarkan] akan hati...
Dan yang demikian itu tiada dicela oleh syarak...

Bersalahan berbuat perkataan yang demikian itu...
Dengan bersusah-susah maka iaitu membawa kepada riya`
Iaitu dicela oleh syarak...


[Sairus Salikin;
Shaikh Abdusshamad al-Falimbani;
Maktabah wa Mathba'ah Sulaiman Mar’ie, Singapore 1372H – 1953M;
juz 3, halaman 78]


Rujukan link: http://al-fanshuri.blogspot.com/search/label/Kebinasaan%20Lidah

Wassalam
rosniza jusoh

No comments: