PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Saturday, August 7, 2010

JAGA PERANGAI ANAK-ANAK - Part 1

| Post views: counter
dejting guiden
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم



 
Perkongsian kali ini saya ambil dari ceramah yang disampaikan oleh Yang Berhormat dan Berbahagia  Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar, Kelantan yang bertajuk " JAGA PERANGAI ANAK-ANAK".
 
 
 
Anak-anak merupakan satu anugerah dan permata yang tidak ternilai yang diberi oleh Allah terhadap hambanya. Melalui kelahiran anak-anak menunjukkan hasil cinta dan kasih sayang pasangan suami isteri... Anak-anak merupakan satu tanggungjawab yang akan dipertanggungjawabkan di Akhirat nanti...
 
 
 
Namun kini ramai yang tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak yang dilahirkan... Ramai pasangan yang bersekedudukan melahirkan anak luar nikah, kerana ikut nafsu serakah, anak dibuang di tong sampah...

 
Ramai anak yang digelar anak derhaka... tetapi sebelum anak menjadi anak derhaka... Apakah pasti sebagai ibubapa kita telah mendidik anak-anak dengan sewajarnya... Betulkah kita tidak menderhaka kepada anak-anak? Betulkah kita tidak menderhaka kepada Sang Pencipta kita... Allah Yang Maha Esa?
 Kalau kita sendiri telah derhaka kepada Allah... Yang menjadikan kita.. Yang memberi kita nyawa.. memberi kita rezeki... menumpangkan kita di buminya yang maha luas... menyembuhkan kita ketika sakit... tetap mengampuni ketika kita bertaubat walaupun terlalu banyak dosa... jadi apa yang hendak dihairankan kalau anak juga menderhaka kepada kita... Bukankah kita menjadi " Ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus..."
 
                           Moonrise over Mosque Pictures, Images and Photos

Kita menjadi sakit hati kalau perintah kita anak-anak kita ingkari... tetapi berapa ramai ibubapa yang tidak mengendahkan panggilan Allah ketika bilal melaungkan azan untuk solat berjemaah di surau atau masjid. Laungan azan cuma dianggap sebagai tanda masuk waktu solat... Bukankah tidak diterima solat orang muslim yang mendengar laungan azan tetapi tidak menyahutnya dengan berjemaah di surau atau masjid tempat azan dilaungkan? Melainkan kalau darurat... Sedangkan Rasulullah pernah bersabda, bermaksud " Seandainya umatnya mengetahui kebaikan solat berjemaah di masjid, mereka akan datang walaupun dalam keadaan merangkak.."
 
Diantara isi-isi yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah:
 
  1. Tahu HAK orang lain. Hormati HAK orang lain. Jangan diambil barang-barang yang bukan HAKnya walaupun terjumpa di tengah jalan. Jangan dirampas atau direbut barang orang lain walaupun adik-beradik sendiri... biarpun anak-anak yang masih kecil. Ingatkan dengan pesanan " INI HAK ORANG LAIN.. KALAU KITA AMBIL HAK ORANG... NANTI ORANG AKAN AMBIL HAK KITA PULA...". Ini untuk mendidik anak-anak supaya tidak menjadi pencuri, perampas, suka merebut hak orang lain.
  2. Jika didapati anak-anak berperangai demikian, sekat perangai tersebut sedari awal. Permulaan dengan amaran, jika berterusan dihukum dengan rotan... Rotan untuk mengajar bahawa perbuatan itu salah... Simpan rotan dan digantung di tempat yang dapai dilihat oleh anak-anak... menandakan ketegasan kita sebagai ibubapa dalam menghukum perbuatan yang salah.
  3. Galakkan anak-anak suka memberi HAKnya kepada orang lain. Ajar sikap suka berkongsi HAKnya dalam bentuk apa jua samada makanan, permainan, hadiah dan sebagainya. Jauhkan sikap mementingkan diri dan kedekut. Ajar anak-anak untuk berkongsi barang yang paling disayangi... ini mengajar anak supaya sanggup berkorban... Ajar anak-anak memberi sedekah sedari kecil lagi... Ini mengajar anak dengan sikap PEMURAH HATI... Perihatin dengan kesusahan orang lain dan bersifat kasihan belas...
  4. Tanamkan rasa hina, rendah diri, bersalah dan berdosa bila mengambil barang HAK orang lain... Katakan.. " Perbuatan itu seperti binatang... seperti anjing.. lihat sahaja bila sekawanan anjing terjumpa tulang, berebut-rebut dan menyalak-yalak.." Kita ini manusia yang ada akal, mestilah lebih baik daripada anjing... Biar ada perasaan MALU...
  5. Elakkan anak-anak terbiasa dengan barang-barang yang mahal-mahal, yang berjenama, yang mewah-mewah, perhiasan yang mahal-mahal,pakaian yang bagus-bagus,sukakan barang-barang emas, perak, berlian, suka berseronok, enjoy walaupun kita mampu... Dibimbangi sikap itu membuatkan anak-anak lebih CINTAKAN DUNIA.. menjadi orang yang SOMBONG, ANGKUH, LUPA DIRI... Lupakan bekalan untuk AKHIRAT... Selalulah berpesan sebagaimana kebimbangan Rasulullah terhadap umatnya.." Beliau tidak bimbang kepada umatnya yang miskin tetapi yang dibimbangi KEKAYAAN DUNIA membuatkan umatnya lalai dan masuk NERAKA.." Biarlah anak-anak timbul perasaan gerun dan bimbang untuk cintakan kekayaan dunia umpama gerunnya kepada seekor ular yang RACUN BERBISA..
  6. Jangan suka berludah merata-rata atau berludah sambil bercakap. Ini menunjukkan sikap yang PENGOTOR... Ajar anak-anak untuk menahan ludahnya dan dibuang seperti di dalam longkang, di tandas dan tempat-tempat yang bukan laluan orang ramai.
  7. Jangan menguap dan tidak ditutup mulutnya ketika menguap. Ini menandakan kemalasan. Jika tidak dapat ditahan tutup mulut dan bukan di hadapan orang.. sebaiknya berpaling ke arah lain. Tidak layak sebagai orang Muslimin hidup di atas Dunia milik Allah ini untuk BERMALAS-MALASAN.
  8. Bila berada di dalam perhimpunan yang ramai, jangan duduk membelakangi orang lain ( Kedudukan punggung di hadapan orang lain). Sebaik-baiknya duduk di dalam bulatan membentuk satu usrah... Sekiranya majlis yang disediakan kerusi, minta laluan dan izin orang yang duduk di belakang sebagai tanda hormat dan santun. Bila duduk di kerusi, jangan duduk bersilang panggung iaitu diumpamakan memberi kaki di muka orang yang duduk di hadapan.
  9. Ajari anak-anak cara duduk yang betul seperti duduk bersila atau duduk seperti duduk semasa bertasahud atau bersimpuh bagi yang perempuan.
  10. Bila makan hendaklah dengan adab dan sopan. Hormati makanan. Jangan dibaling-baling atau dicampak-campakkan makanan terutamanya ketika diberi kepada orang lain. Itu menandakan tidak mensyukuri nikmat Allah...  Berilah dengan tangan ke tangan jua..Perhatikan pula bagaimana keadaannya bila sukaneka ada acara yang membalingkan gula-gula kepada kanak-kanak dan mereka pula berebut-rebut untuk mendapatkannya... Siapa yang beri teladan yang tidak baik kalau bukan orang dewasa... Begitu juga bila bersanding  beras pulut dicampak-campakkan terhadap pengantin... Kenapa rezeki yang diberi Allah tidak disyukuri ?

Sampai di sini dahulu perkongsiannya... Panjang umur bersambung lagi untuk Part 2... Insyallah...
Semoga ada ilmu yang bermanfaat yang dapat saya kongsi untuk tatapan semua...

Wassalam...


rosniza jusoh
bandar tasik puteri

1 comment:

Ahmad Juhari said...

Adakah mereka cermin kita? nak tahu Allah menerima kita sukatlah pd kelakuan anak kita... waAllah'hu alam.